Sunday, June 20, 2021

Mama Buatkan Kuih Chang Versi Halal.


Kuih Chang Halal | Sana sini Sally tengok orang buat/makan Kuih Chang...Dekat Malaysia ni, mostly Chinese yang makan Chang ni, jadinya nak cari yang versi Halal selalu susah. Kebetulan mama Sally buat Kuih Chang ini minggu lepas, kakak Sally siap update lagi sebab masa awal kakak Sally mintak mama buatkan Kuih Chang masa dia umur 26 tahun, sekarang dah 33 tahun baru mama tunaikan ok! Hahahahaha...Hari bersejarah!

Mama Sally mmg Chinese, convert masuk Islam masa nak nikah dengan arwah papa dulu...Hehehehe...itu la untung ada mak cina kan! Nak makan je request! Walaupun kakak Sally yang request, Sally sebagai adik bongsu merangkap anak kesayangan dalam keluarga, semua dapat ekkk...hehehehe..



Kuih Chang, sering dijual menjelang Pesta Duan Wu (Pesta Bot Naga) yang lazimnya disambut pada pertengahan tahun. Untuk korang yang tak kenal Kuih Chang, ianya juga dikenal sebagai Zongzi atau sekadar Zong, yang merupakan hidangan tradisional Cina yang terbuat dari beras pulut yang diisi dengan inti yang berlainan dan dibungkus dengan daun buluh, atau kadang-kadang dengan daun yang rata dan besar diameter dia.

Kebanyakkan Kuih Chang di kukus, tapi ada juga yang rebus, ikut kepada selera masing-masing. Di barat Kuih Chang lebih dikenali sebagai "Sticky Rice Dumplings".

Kuih Chang Halal

Kali pertama buat, dapat sebiji je Kuih Chang sebab takde tali nak guna untuk ikat, kakak Sally je dah makan dua...hahahaha...tau je la sekarang kan musim PKP 3.0 ini, benda stationary payah nak jumpa...kali kedua mama buat baru dapat lebih...hehehehe...sedap gila wehhh serius tak tipu, bila buat sendiri, memang meriah la dia punya inti kan...puas makan!

Kuih Chang Halal

Sekarang ni dah banyak resipi untuk buat Kuih Chnag versi Halal, tapi untuk dapatkan balutan Kuih Chang yang sempurna memang kena ada kesabaran dan juga usaha untuk belajar. Sally awal-awal lagi dah surrender dah laa, dapat dekat Sally takut isinya terburai daripada balutan ketika merebus....jadi dengan ini Sally menyatakan dengan sepenuh hati yang Sally makan nak, buat tak nak! HAHAHAHA

Kuih Chang tidak halal biasanya menggunakan daging dan minyak khinzir untuk menjadikannya lebih lemak dan lembut namun dengan mengubahsuai menggunakan daging ayam dan sos tiram, boleh dapat rasa yang hampir serupa dalam versi yang halal.

Korang pernah makan Kuih Chang atau pernah buat tak??

2 comments:

  1. Ehemmm ehemm..dah depan pintu ni bawa pinggan..
    Mesti sedapkan air tangan Emak...share lerr resepi Sally..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana boleh lepas rentas negeri ekkk! hahahaha...nnt Sally tanya dekat mama resipi diaaa

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!