Pernah Dengar Pasal Leedee? Betul Ke Leedee Selamat Dan Berkesan?

Bohong la kalau korang tak cakna yang Malaysia ini merupakan antara negara yang rakyatnya paling ramai mengalami masalah berat badan berlebihan dan juga obesiti. Masalahnya makanan dekat Malaysia ni banyak jenis, dah la sedap kan, lagi la payah nak turun berat badan, dan salah satunya memang disebabkan nafsu makan yang tinggi dan susah untuk dikawal.

Jadinya sebagai solusi kepada "masalah negara" ini, Sally carilah produk makanan tambahan yang sesuai untuk membantu, biasa la kadang tu makan tak ingat dunia, jadinya kena ada bantuan! Bukannya korang tak tau, masa PKP ini la masa yang paling crucial tau sebab kita duduk dekat rumah, bekerja dari rumah, anak-anak PdPR lagi...manjang travel dari dapur ke dapur lagi. Bahaya ok!



Cakap pasal pengurusan berat badan, detoks...Memang tak asing lagi produk jenama Leedee, yang sudah hampir 3 tahun dalam pasaran di Malaysia, dan kini sudah mula berkembang ke Singapura dan Brunei juga. Sally memang sekarang tengah dalam proses penurunan berat badan sebab nak dapatkan kekuatan kaki macam dahulu. Selesai merisik, Sally rasa wajib kena cuba Leedee Pinepple dengan Leedee Tox Peach, tapi ehhhh kenapa ada yang kata Leedee ini bahaya ekkk?

BETUL KE LEEDEE SELAMAT? PRODUK LEEDEE NI ADA KELULUSAN KE?

Kepada korang yang tak tau, Leedee telah mendapat sijil Pengkelasan Makanan dan bukan dibawah ubat-ubatan yang perlu didaftar (BKKM). Selain daripada itu, Leedee juga telah mendapat kelulusan Ujian Makmal dari Singapura (ALS), yang membuktikan Leedee memang bebas bahan terlarang Sibutramine. Jadinya memang selamat.



LEEDEE PINEAPPLE



Leedee Pineapple ni paling best. Kenapa Sally cakap best, sebab ianya dihasilkan daripada Jus Nenas Brazil dan Mangga Afrika sebagai bahan utama bersama campuran makanan lain Raspberry Ketone, Hoodia, Bitter Orange, dan fructose adalah gula yang dikenali sebagai gula buah kerana ia terdapat dalam banyak buah-buahan.

Buah nenas bagus sebab tinggi dengan fiber, jadi kita lebih mudah kenyang disamping ianya juga tinggi dengan Vitamin C dan juga semestinya kurang kalori. Cara nak gunakan pun mudah sangat, sebab ianya berbentuk serbuk...korang boleh kemam dan telan atau boleh juga nak campurkan dengan 150ml air. Sally lebih suka campur dengan air sebab lebih rasa sedap. Ambil 30 minit sebelum sarapan pagi.



KELEBIHAN LEEDEE PINEAPPLE
🍍 Membakar lemak 6X lebih pantas di bahagian perut, peha dan lengan
🍍 Mencantikkan kulit
🍍 Membakar lemak tanpa bersenam bersungguh-sungguh (10-20 min sehari)
🍍 Tanpa diet yang ketat sebab Leedee akan membuatkan kita kenyang lebih lama dan bertenaga
🍍 Mengawal nafsu makan



Disarankan semasa amalkan Leedee, kurangkan minuman berkafein, makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit, pastikan tidur berkualiti dan kalau boleh kurangkan air yang berais.

LEEDEE TOX PEACH



Leedee Tox Peach pula adalah makanan tambahan yang berasaskan Jus Buah Pic, Markisa dan Pir sebagai bahan utama bersama campuran Vitamin C dikenali sebagai makanan tambahan antioksida dan untuk kecantikan kulit.

Buah Pic dan buah Pir yang terdapat dalam Leedee Tox Peach memang tinggi kandungan fiber, serta berfungsi untuk detoks badan dan membuang toksin dalam badan yang mana menjadi punca kepada susahnya turun berat badan.



Apa yang best dengan Leedee Tox Peach ni sebab ianya berbentuk jus, kalau letak dalam peti sejuk mesti lagi sedap...cara nak amalkan pun mudah sangat, satu sachet sebelum tidur, tak payah nak bancuh ke apa, buka satu sachet dan boleh makan terus.

Kalau korang ada sembelit, boleh amalkan satu sachet pada waktu pagi dan satu sachet pada waktu malam. Satu kotak ada 10 sachet, untuk kegunaan selama 10 hari. Tapi kalau takde masalah, boleh je amalkan 2-3 hari sekali. Minum setengah sachet dan kemudian simpan di dalam peti ais, tapi Sally satu sachet pun tak cukup. HAHAHA. Sedap sangat.

KELEBIHAN LEEDEE TOX PEACH
🍑 Melawaskan dan membantu masalah sembelit
🍑 Mengurangkan toksin dalam badan dan mencergas badan yang lesu
🍑 Membantu mengurangkan berat badan
🍑 Mencantikkan kulit kerana mengandungi Vitamin C



Walaupun fungsinya melawaskan, tapi Leedee Tox Peach tidak akan membuatkan kita berulang alik ke tandas, tidak menyebabkan cirit birit, tak mengganggu perjalanan kehidupan seharian kita.

Sally dah habis dah sekotak, memang hasilnya badan rasa ringan, bukan kurus tau, ringan daripada segala sisa toksin, setiap pagi Sally akan membuang dan perut tak rasa sebu. Hari pertama, mmg bau dia agak kurang nyaman sikit la tapi lepas tu lama-kelamaan jadi ok, Walaupun Sally takde la masalah untuk membuang, tapi kita boleh rasa sihat la usus tu, bersih semua dia buang! Hahaha!

Sally memang berani sarankan untuk siapa yang ada masalah sembelit atau yang jenis hanya membuang 2-3 hari sekali untuk cuba, korang memang takkan menyesal sebab hasilnya memang seperti apa yang diwar-warkan! Jangan lupa cuba tauuuuuu.



Kepada ibu-ibu yang mengandung atau yang menyusukan anak di bawah satu tahun, yang ada masalah buah pinggang, atau yang ada masalah kronik tidak disarankan untuk mengambil produk pengurusan berat badan atau detoks

Pada Sally, gabungan di antara produk Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach ini mampu memberi kesan penurunan berat badan yang maksimum dan sangat berkesan. Leedee juga adalah jus makanan tambahan yang bukan tergolong dalam ubat-ubatan atau ubat kurus, tetapi Leedee merupakan makanan tambahan yang mempunyai bahan yang boleh membantu mengawal selera makan.

Tapi apa pun, setiap makanan tambahan (supplement) kalau korang nak amalkan, Sally sarankan air kena ambil dalam kuantiti yang cukup, paling kurang 8-12 gelas sehari atau setiap 25kg berat badan kita bersamaan dengan 1 liter air dan jangan la bila dah makan supplement, langsung tak bersenam dan makan berlebihan. Moderately in everything ok!

Leedee Pineapple berharga RM89.00 (SM), RM92 (SS)
Leedee Tox Peach berharga RM79 (SM), RM82 (SS)


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Nadd Empire Sdn Bhd 017-6797270 / 017-6790191 (En Syafiq) atau layari laman sesawang Leedee (www.leedee.my). Untuk pembelian korang boleh cari agen sah Leedee.

Instagram: @leedee.hq
Facebook: Leedee Online HQ

Post a Comment

3 Comments

  1. iena suka leedee tox peach tu sedap and buat iena lawas membuang.. Sally turun berapa kg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally kebetulan masa tu tgh buat GM Diet, turun 5kg seminggu tu...hahahaha

      Delete
  2. Tak susah nak turunkan berat badan dengan selamat sekarag ni kan. Janji follow tips yang disarankan. Confirm berjaya.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!