Wednesday, June 2, 2021

Aik Cheong - IT'S CUP, IT'S GRANOLA & IT'S SIXPACK

Aik Cheong - Kopi Malaysia Sejak 1955 | Ramai yang tau Sally memang peminat kopi. Sally kalau sehari tak dapat minum kopi memang rasa lain la badan. Pula kalau dapat kopi jenama Aik Cheong, terus rasa bersinar-sinar mata Sally, sebab Aik Cheong memang salah satu jenama kopi yang menjadi kegemaran Sally dan keluarga.

Untuk pengetahuan korang jenama Aik Cheong bermula pada tahun 1955, maknanya dah hampir 66 tahun mereka bertapak dalam Malaysia. Aik Cheong sentiasa memastikan penggunaan biji kopi yang tulen, dan itu salah satu sebab kenapa produk mereka popular di pasaran. Produk minuman segera Aik Cheong Coffee boleh didapati dalam beberapa variasi antaranya Kopi Hitam, Kopi Putih, Teh Susu (Teh Tarik), Teh Hijau, Coklat Panas dan lain-lain lagi. Bukan terhad kepada kopi sahaja sekarang ada pelbagai variasi termasuk granola dan bijirin oat segera tau!

Setiap satu variasi didatangkan dalam pelbagai pilihan supaya setiap perisa sesuai dengan selera rakyat Malaysia yang pelbagai. Aik Cheong juga diyakini ramai kerana telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM, semestinya diyakini bersih dan suci untuk semua.



IT'S CUP

Untuk kali ini, Sally nak cerita pasal IT'S series. IT'S Series ada dalam bentuk cup, granola dan terbaru Sixpack! Aik Cheong Coffee telah berinovasi dengan melancarkan trend baru minuman segera 'Hot Cup' yang dikenali sebagai "IT'S".



Apa yang menarik dengan IT'S ini ialah warna cawan yang catchy dan menarik, lepas tu kapasiti dia yang lebih besar berbanding dengan kopi-kopi lain yang tersedia dalam cawan Grab and Go ini di pasaran.

Ada 6 variasi yang wajib korang cuba, sebab setiap satu ini ada toppings yang berlainan antaranya Long Black (Extra Shot), Flat White (Extra Shot), Cappuccino (Choco Toppings), Matcha Latte (Nata De Coco), Teh Tarik Gula Melaka (Nata De Coco) & Chocolate (Marshmallow).



Bila kita cuba IT'S ini kan, bukan sahaja kita boleh rasa pelbagai jenis perisa, tapi macam ada surprise sebab topping yang ada di dalamnya, sebagai contoh kalau Matcha Latte ada tambahan Nata De Coco, atau Chocolate ada Marshmallow, how cool is that? Bukan biasa-biasa kan IT'S ini?

Jadinya kalau korang tengah bekerja dari rumah di musim pandemik ini, boleh la cuba IT'S Cup ini, untuk memberikan mood yang berbeza dan berikan kita kegembiraan walaupun dengan hanya berada di rumah.

IT'S GRANOLA




Hah! Kan Sally dah cakap yang Aik Cheong bukan sahaja terkenal dengan kopi tapi ada juga granola. IT'S Granola ini sesuai untuk mereka yang inginkan makanan kesihatan sebab ianya tinggi serat dan mengandungi protein dan bahan asli semulajadi.

Sally memang stand by je granola dekat rumah, sbb sekarang tengah cuba kurangkan berat badan, jadinya bila ada masa nak snacking, Sally suka ambil granola.



IT'S Granola tidak mengandungi perisa tambahan, gula dan bahan-bahan makanan lain. Rasa manis yang ada semuanya didapati daripada bahan-bahan kering yang ada di dalamnya. Kalau nak kawal kolesterol dan menyerap lemak, ini memang sangat sesuai.



Cara penyediaannya pun mudah. Ada air panas, susu, yogurt atau kalau nak makan begitu sahaja pun boleh! Sally prefer makan dengan yogurt, tapi kalau rasa bosan Sally akan rendam dengan susu semalaman macam buat overnigt oats.

IT'S Granola mempunyai 2 perisa iaitu Mixed Berries dan Mixed Fruits and Nuts. Dalam setiap pek telah siap disediakan kekacang dan juga beri kering untuk kita nikmati. Jadinya takde la kita bosan dengan granola kosong sahaja, sambil makan sambil jaga kesihatan, kan best!

IT'S SIXPACK

IT'S SIXPACK ini yang terbaru dalam IT'S series. IT'S SERIES - IT’S SIXPACK berkonsepkan “Family-styled boxed” dimana ianya mengekalkan konsep nikmati kopi sebenar di rumah. Ianya terhasil daripada pilihan IT'S Cup yang paling popular dalam kalangan peminat kopi dan minuman Aik Cheong.

Antara perisa yang ada termasuk dalam IT'S SIXPACK:
i) Cappuccino dengan Choco Toppings
ii) Chocolate dengan Marshmallow
iii) Teh Tarik dengan Gula Melaka
iv) White Coffee dengan Salted Gula Melaka



Setiap kotak mengandungi 6 paket untuk 6 hidangan minuman dan didalamnya juga terdapat nombor pada setiap bungkusan untuk dijadikan rujukan untuk langkah-langkah menghasilkan minuman yang sempurna dan memenuhi citarasa tersendiri para pelanggan. Kita boleh laraskan ikut selera, tahap gula, berapa banyak topping untuk pengalaman yang berbeza.



Gabungan kopi dan coklat memang tak dapat disangkal merupakan kombinasi yang menarik. Untuk peminat Cappuccino, wajib cuba sebab ada topping serbuk coklat untuk melengkapi secawan kopi yang sedap. Jangan risau sebab Cappuccino will stay as Cappuccino, takkan berubah jadi Mocha walaupun ada twist dengan Choco Toppings.





White Coffee dengan Salted Gula Melaka ini yang terbaru, dimana White Coffee Aik Cheong telah dicampur dengan Salted Gula Melaka bagi memberi rasa yang berbeza dengan penambahan Gula Melaka. Kalau korang nak tau, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat dimana indeks glisemiknya agak rendah rendah serta kaya dengan vitamin dan mineral.

Personally, Sally suka gabungan White Coffee dengan Salted Gula Melaka ini, dia macam ada rasa tradisional tapi masih lagi mengekalkan keaslian dan juga keunikkan kopi Aik Cheong.





Teh Tarik ini pun ada tambahan Gula Melaka, serius sedap tau...untuk topping ada Nata De Coco. Macam pelik kan? Tapi trust me, gabungan Teh Tarik dengan Nata De Coco memang best. Kita jadi leka dan take our own sweet time dengan Teh Tarik.







Chocolate pun salah satu favourite Sally (to be honest semua kopi, teh, coklat Aik Cheong Sally suka)...Salah satu sebab Sally suka sangat dengan Chocolate ini sebab ada marshmallow as topping. Oh Maiii! Ingatkan dalam TV je boleh nampak minum Hot Chocolate dengan Marshmallow, sekarang buat dekat rumah pun boleh!



Produk IT’S SIXPACK ini korang boleh dapatkan di platform atas talian rasmi Aik Cheong seperti Shopee dan Lazada dan juga pasaraya terpilih seperti Aeon Big, Giant, Mydin di seluruh Malaysia. Nikmati minuman yang kualiti dijamin dan aroma yang menarik pada bila-bila masa dan dimana jua.


✅ SHOPEE: https://bit.ly/3wuk7Kw
✅ LAZADA: https://bit.ly/3v9OuWd

MEDIA SOSIAL AIK CHEONG COFFEE:
Aik Cheong Coffee Facebook : www.facebook.com/aikcheongcoffee
Aik Cheong Coffee Instagram : www.instagram.com/aikcheong_official

IT’S more than just Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc
IT’S more than just Instagram : www.instagram.com/its_by_acc

6 comments:

  1. Nampak sedap coffee tu. Mcm2 perisa yer. Senang bawak jalan cari air panas je letak dlm tu

    ReplyDelete
  2. Wahhhh byk pilihan ni. Menarik. Jadi rambang mata nak pilih yang mana

    ReplyDelete
  3. Sallyyyy nak satu cawan tuuu..hehe lawo lah tengok..kopi yg ni tak rasa lagi..nanti blh usha kot nak beli

    ReplyDelete
  4. Memnag lain dri lain nin siap ade toping.. Yang granola nak makan makanan sihat dh siap mcm ni

    ReplyDelete
  5. Coffee lovers wajib cuba kopi dari aik cheong ni kan .

    ReplyDelete
  6. Aik Cheong memang sedap2 minuman dia..kte suka

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!