Pengalaman Diserang Psoriatic Arthritis.

Ramai yang tahu dan tak kurang juga ramai yang tidak tahu Sally pernah rasa duduk di atas kerusi roda selama 4 bulan kerana diserang Psoriatic Arthritis secara tiba-tiba pada penghujung tahun lepas. Mula-mula rasa macam sakit lutut je, tapi lama-kelamaan jadi lebih teruk. Sendi mula membengkak sampai ada yang kata kena gout.

Psoriatic Arthritis (PsA) merupakan penyakit radang sendi yang ada kaitan dengan penyakit kulit psoriasis. Doktor kata, kebanyakan pesakit mendapat radang sendi selepas psoriasis melibatkan kulit. Sally mula perasan Sally ada psoriasis bermula dekat kulit kepala yang pada awalnya Sally ingat hanya masalah kelemumur tapi bila macam makin teruk, terus kena sekali dengan sakit sendi lutut. Walaupun tahap teruk penyakit kulit tiada kaitan dengan tahap teruk radang sendi, memang tak pernah Sally bayang sebab selama 30 tahun Sally gunakan kaki, tiba-tiba Allah tarik nikmat berjalan, terus terasa kerdil.

Mula-mula pergi hospital, biasa la kita di suruh buat temujanji dengan pakar sebagai pesakit luar, tapi dalam tempoh tu lutut Sally makin teruk, sampai tahap Sally pernah duduk dalam tandas selama hampir setengah jam sebab tiba-tiba lutut jadi macam terkunci. Puas Sally panggil ibu dan abang, tapi mereka tak dengar sebab ada dalam bilik, sehingga la kebetulan abang Sally keluar dari bilik untuk ke tandas. Kalau tak, tak tahu la berapa lama lagi Sally akan "berkampung" dalam tandas.



Daripada insiden tu, Sally terus di bawa ke bahagian kecemasan dan dimasukkan ke wad. Buat pertama kali dalam 30 tahun masuk wad, masa pandemik pula tu, langsung tiada lawatan. 15 hari tinggal dalam bilik sendirian, tanpa teman. Sally boleh kata hampir gila, murung sebab tak tahu nak buat apa. Berbeza bila kita yang selalu ceria, tiba-tiba dikurung.

Sebenarnya radang sendi PsA mempunyai pelbagai bentuk. PsA boleh melibatkan sendi-sendi tangan dan kaki, tulang belakang atau kedua-duanya. Ia kerap kali melibatkan banyak sendi (polyarthritis) tetapi boleh juga melibatkan bilangan sendi yang sedikit (oligoarthritis). Di samping itu, keradangan tendon, ligament dan synovium (enthesitis), keradangan sarung sekeliling tendon (tenosynovitis), serta bengkak jari tangan atau jari kaki (dactylitis) boleh juga berlaku.

Dalam kes Sally, radang sendi Sally lebih kepada enthesitis dan dactylitis. Mesti korang tertanya-tanya macam mana arthritis atau radang sendi Sally boleh menyerang sehingga terus Sally hilang nikmat berjalan?



Jujurnya ada beberapa sebab antaranya peningkatan berat badan yang mendadak, selalu berjalan jauh, bekerja dalam keadaan berdiri terlalu lama dan beberapa sebab lain lagi. Sally perasan berat Sally naik mendadak masa musim PKP yang pertama, Sally memang masak, makan, masak, makan sahaja. Sally naik hampir 10kg dalam masa beberapa bulan. Selain daripada itu, kerja part-time Sally sebagai tour guide di Korea juga antara penyebab, sebab selalunya memang kerah kaki lebih daripada kapasiti. Sehari berjalan kadang hampir 14 jam.

Bila dah kena PsA, secara otomatik akan ada kaitan dengan pakar ortopedik, pakar dermatologi dan kena hadiri fisioterapi dengan jurupulih anggota (physiotherapist). Kalau tanya pasal rawatan, sebenarnya tak ada rawatan yang spesifik pun kecuali usaha untuk mengawal radang sendi serta mengelakkan kesakitan dan kerosakan pada sendi. Kedua-duanya memang kena ada usahasama di antara pakar ortopedik dan pakar dermatologi sebab ada perbezaan respon di antara kulit dan sendi dengan ubatan tertentu.

Awal-awal kan, Sally memang setiap hari bergantung kepada ubat tahan sakit, bayangkan la kena makan 2 biji sehari, satu papan ada 10 biji dan setiap papan ubat itu harga dia RM45. Basically, Sally habis RM300 sebulan untuk ubat belum termasuk dengan supplement untuk kuatkan tulang dan untuk pengetahuan korang, ubat tahan sakit tu kena beli sendiri ya sebab pihak hospital bagi paracetamol sahaja. Dua bulan pertama memang most of the time Sally duduk atas katil sahaja, nak ke tandas pun panggil abang Sally untuk papah, kalau tak memang ambil masa 10-30 minit untuk meniti ke tandas walaupun tandas hanya kurang dari 10 langkah.

Dalam tempoh itu, ramai yang hulurkan bantuan, ramai yang kongsi job yang Sally boleh buat dekat rumah tanpa pergi event, hantar ubat-ubatan (salah satu yang Sally gunakan ialah GarciPro Massage Gel - produk keluaran MISG Global), hantar makanan tambahan (supplement), dan tak kurang juga yang beri bantuan dari segi kewangan. Sally memang rasa bersyukur sangat walaupun dalam keadaan yang sakit, masih ramai yang prihatin.



GarciPro Massage Gel memang sangat membantu mengurangkan rasa sengal pada bahagian sendi Sally yang sakit. Sally hanya picit sedikit gel dan sapu pada bahagian yang terasa sakit sambil urut perlahan. Selalunya mereka yang ada radang sendi memang tidak digalakkan untuk berurut, kalau setakat sapu-sapu tu tak ada masalah.

Gel ini diformulasikan daripada Eucalyptus Oil atau lebih dikenali sebagai Minyak Kayu Putih, yang terbukti mampu untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian saraf selain daripada fungsinya yang mudah meresap ke dalam kulit kerana dihasilkan menggunakan teknologi nano. Selain daripada Minyak Kayu Putih, di dalam massage gel ini juga turut mengandungi Aloevera, Peppermint, Argan Oil, Menthol Crystals dan juga Epal Hijau. Bau dia wangi tau, kalau pakai masa dekat luar pun tak ada la macam botol minyak angin bergerak, malah lebih menyegarkan.



Teksturnya yang ringan dan lembut, tidak melekit, mudah menyerap memang buat Sally jatuh cinta la dengan GarciPro. Bila rasa sakit urat, sengal otot dan sendi ke, memang cepat-cepat sapu supaya tak sakit berlarutan.

Ibu pun selalu berebut guna dengan Sally, ye la bila dah menginjak ke umur hampir 70 tahun, selalu sangat dia mengadu sakit pinggang, lutut. Kalau yang ada masalah senggugut pun boleh guna. Kadang bila sakit kepala pun Sally sapu nipis dekat jari lepas tu urut dekat kepala, dan hidu untuk redakan selsema. GarciPro juga mempunyai kelulusan KKM dan telah disahkan selamat digunakan (KKM NOT210104156K).



Sebenarnya, bukan hanya sebab GarciPro Sally kembali boleh berjalan. Sebelum itu lagi Sally dah mula turunkan berat badan juga sebab salah satu sebab Sally susah nak berdiri kerana berat badan, daripada hujung Disember 2020 sehingga April 2021, Sally dah berjaya turunkan hampir 14kg (138kg ke 124kg), tapi tak dinafikan, GarciPro memang membantu Sally untuk kurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit sebab bila lutut sakit, Sally akan ikhtiar untuk sapu dulu sebelum makan ubat dan alhamdulillah daripada 6 papan sebulan, sekarang satu papan pun jarang habis dalam sebulan.

Jujurnya Sally mmg rasa lost dan hopeless sangat masa awal kena PsA, tapi memikirkan ada abang dan ibu yang bergantung hidup pada Sally, Sally cuba ikhtiar untuk kembali sihat. Sekarang Sally perlu buat fisioterapi untuk rawatan fizikal, dan jumpa pakar ortopedik dan pakar dermatologi dua bulan sekali, dan semestinya kena pastikan GarciPro sentiasa ada dalam simpanan Sally. Walaupun masih solat duduk dekat kerusi, masih tak boleh naik tangga, masih tak boleh berjalan terlalu lama, tapi sekurang-kurangnya dah boleh berdiri kan?


Jaafar Onn pun yakin dengan keberkesanan GarciPro. Kalau korang ada masalah angin dalam badan, sakit urat, sakit lutut, mudah rasa kebas dan ingin melancarkan pengaliran darah, boleh la cuba guna GarciPro Massage Gel. Kalau boleh ikhtiar tanpa guna ubat-ubatan, lebih baik kita cuba dulu kan?

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang garciprohq.com

Instagram: @garcipromalaysia
Facebook: Garci Pro Malaysia - AppleFit

Post a Comment

4 Comments

  1. Oooo.. bagus jugak rupanya produk ni..boleh try nanti.... Moga terus sihat dan kuat hadapi kehidupan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nona! insya-Allah akan sentiasa kuat :)

      Delete
  2. Semoga cepat sihat sally..zaza pun guna sbb mmg ada problem kaki kebas

    ReplyDelete
  3. semoga Sally akan kembali sihat sediakala, kak ana pun selesa guna garci.pro ni sebab ia tak panas dan tak bau minyak angin. rasa dingin tapi melegakan sangat bila disapu pada pinggang..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!