Saturday, May 8, 2021

Tawaran Masa Terhad ‘AYAM SEDAP BAQ HANG’ Daripada The Chicken Rice Shop

Diam tak diam, kita dah menghampiri ke penghujung Ramadan kan, mesti semua dah buntu nak masak apa untuk berbuka puasa. Pulak baru je kita kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) disebabkan oleh pandemik, nak makan di kedai pun dah tak boleh kan.


Sebenarnya Sally dah beberapa hari teringin sangat nak cuba menu baru ‘Ayam Sedap Baq Hang’ oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) ini lepas tengok kawan-kawan cuba. Dah la ianya akan disajikan pada masa yang terhad sahaja iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021, terus membuak-buak perasaan nak cuba tu datang, jadinya Sally pun order la guna khidmat foodpanda.



‘Ayam Sedap Baq Hang’ diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, lepas itu dipanggang dan disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Memang terserlah citarasa Malaysia, pedas masin semua cukup. Itu belum lagi sebab ada dua ketul ayam, fuhhhh terus kenyang membawa ke sahur.

Memang kena sangat la slogan TCRS; ‘Bukan Sekadar Nasi Ayam’ sebab menu ‘Ayam Sedap Baq Hang’ baru ni memang rasa dia lain daripada yang lain dan berbaloi untuk seisi keluarga. Pendek kata korang pasti takkan kecewa dengan hidangan ini.



Selain daripada keaslian menu ‘Ayam Sedap Baq Hang’, menu Dino Choco Malt tu memang buat set ini sesuai untuk semua. Sally sendiri tak terfikir yang air bersusu sesuai untuk menu macam ni...hehehe...omputih kata macam "match made in heaven", acenggituuu~

Kalau korang buntu nak berbuka puasa makan apa, atau pun bosan makan Rendang Ketupat Lemang nanti, boleh la ke The Chicken Rice Shop untuk rasai sendiri keunikan ‘Ayam Sedap Baq Hang’. Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, boleh layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop


5 comments:

  1. Ok nampak sedap giler ayam sedap baq hang ni. TCRS ni memang fav akak pun

    ReplyDelete
  2. pestime ngk tcrs ada milo tabur.. menu kat sini mmg sedap.. anak Fiza pun suka mkn nasi ayam dia

    ReplyDelete
  3. Memang sedap.. Rasa pedas rempah dia. Fuh memg terbak

    ReplyDelete
  4. Fuhhh nie rasa macam nak berbuka dekat TCRS hari nie

    ReplyDelete
  5. Alahaiii rindunya nak berbuka dekat TCRS lagi macam dulu.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!