HISAP ROKOK NAMUN BEBAS ASAP? INI ALTERNATIF YANG PEROKOK PERLU TAHU!

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok dan dianggarkan bahawa akan ada lebih satu bilion perokok menjelang 2025. Ini menunjukkan, mereka yang menghidu asap rokok atau dikenali sebagai perokok pasif adalah sama-sama berisiko dengan perokok aktif dan terdedah kepada segala jenis penyakit yang membawa maut.

Wanita dan kanak-kanak adalah antara golongan paling ramai menderita diserang penyakit bahaya kesan daripada pencemaran asap rokok daripada perokok tegar sekitar mereka, yakni ahli keluarga kebiasaannya. Jadi tak peliklah jika ada laporan kesihatan yang menyatakan 80% risiko serangan penyakit bahaya membabitkan golongan berkenaan.

Kalau tanya kepada rakan-rakan Sally yang merokok, rata-rata mempunyai keinginan untuk berhenti merokok tetapi kalau nak berhenti serta merta selalunya agak sukar dan ramai yang kecundang. Bagi si perokok yang tak nak berhenti, tak kurang juga yang mula bertukar kepada produk alternatif seperti vape, heated-tobacco products (produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran) dan ‘rokok elektronik’ (eCig), antara produk yang dikatakan mengurangkan kemudaratan kepada penggunanya.

HISAP ROKOK NAMUN BEBAS ASAP? INI ALTERNATIF YANG PEROKOK PERLU TAHU!

Jujurnya, kalau nak kata vape itu bagus tak juga, buktinya menurut satu kajian saintifik, vape tidak mempunyai tembakau namun masih ada cecair nikotin yang akan diwapkan dan hanya mengandungi secara purata 95% kurang tahap bahan kimia bahaya jika dibandingkan dengan rokok biasa. Walaupun kini ada beberapa jenis vape atau rokok elektronik telah mengubahsuaikan cecair mereka supaya bebas daripada nikotin dan tembakau, namun perokok masih lagi mencari alternatif kurang bahaya untuk rokok tradisional.

BEBAS DARIPADA BAHAYA ASAP ROKOK

Umum tahu, bahayanya asap rokok hingga menjadi antara faktor terjadinya beberapa jenis penyakit, baik kepada perokok aktif dan juga perokok pasif. Tar, dan karbon monoksida antara dua jenis bahan kimia yang paling berbahaya yang terkandung dalam asap rokok. Punca utama adalah asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.

Baru-baru ini, Sally mengetahui tentang produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran di mana tembakau akan dipanaskan dan bukannya dibakar. Secara lazim, ia juga dikenali sebagai ‘heated tobacco products’.

Ya, kurang kemudaratan bukannya bermaksud ia bebas daripada sebarang risiko, teknologi ini tidak dibakar, sebaliknya hanya dipanaskan dan mengeluarkan wap serta bebas daripada asap tetapi perokok masih boleh mengurangkan kemudaratan sekiranya berjaya beralih sepenuhnya kepada produk alternatif. Ianya juga mampu membantu dan menyelamatkan lebih ramai perokok pasif.

SISTEM PEMANASAN TEMBAKAU

Walaupun idea memanaskan tembakau sudah wujud buat seketika, tetapi ianya masih memerlukan masa untuk diterima oleh perokok sebagai alternatif kepada ketagihan mereka. Produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran seperti IQOS dirangka sebagai alat elektronik canggih yang memanaskan tembakau, cukup untuk melepaskan wap yang mengandungi nikotin melalui pemanasan tembakau di mana ia dapat mengurangkan pelepasan bahan kimia berbahaya yang sering dikeluarkan asap rokok. Namun perlu diingatkan, ianya masih tidak bebas risiko dan memberikan nikotin, yang menimbulkan ketagihan.

Apapun, pilihan yang terbaik adalah untuk berhenti atau jangan mulakan tabiat merokok tapi jika tidak boleh beralihlah kepada alternatif yang kurang berbahaya. Sayangilah diri dan juga ahli keluarga terdekat kita.

Post a Comment

5 Comments

  1. Omg i mmg tak tahan la asap rokok huhu

    ReplyDelete
  2. Alternatif yg bagus jgk ni..elok la perokok2 cuba kalau tak jenuh nak hidu bau asap rokok tu 🤕

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info, i memang tak boleh tahan asap rokok, kalau terhidu mesti batuk

    ReplyDelete
  4. Laki i tetap dengan rokok putih tu.. Dia tak suka vape ke ape.. Takpela.. Aslkn dia tau rokok takleh dlm rumah.. Hahahha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!