6 Restoran Cina Halal Di KL Yang Ramai Orang Suka

Makanan cina di Malaysia memang agak terkenal. Lagi pula menu makanan cina ini memang banyak yang sedap rasanya. Dalam masa yang sama, ramai pengemar makanan suka dengan kaedah cara masakan cina itu sendiri yang banyak guna kaedah kukusan.

Di Malaysia, ada makanan cina yang dijual di tepi jalan dan pasar malam. Ada juga di kedai makan kecil dan tak kurang juga di restoran-restoran. Untuk makanan cina di Kuala Lumpur, ada banyak restoran cina muslim berstatus Halal yang boleh dikunjungi tanpa was-was.

1. Amber Chinese Muslim Restaurant



Apabila anda menikmati hidangan dari Amber, anda akan merasakan seolah-olah anda sedang berada China Utara kerana rasanya begitu hampir dengan rasa hidangan yang asli. Setiap pinggan adalah campuran rempah segar dan rasa unik yang disusun dengan mahir menggunakan teknik memasak tradisional.

2. Golden Valley Chinese Muslim Restaurant



Masakan Cina-Muslim Golden Valley sangat memuaskan hati pelanggan. Menu di sini juga sangat sempurna untuk makan secara berkongsi. Pelanggan boleh menikmati ikan bass laut kukus gaya Nyonya, kerang lala dalam sup kaldu, ayam marmite, salad udang, ayam badam, nasi goreng halia dan am kong po.

Kedai makan ini menawarkan hidangan set CNY yang boleh memuatkan 5 orang atau 10 orang yang merangkumi pelbagai hidangan serta yee sang bermula dari RM58.

3. Mohd Chan Restaurant



Restoran Mohd Chan menawarkan masakan ala Kanton yang dimasak di rumah yang bukan sahaja disetujui halal, tetapi juga menyelerakan. Hari ini, nama restoran ini berdiri kuat dengan jumlah pelanggan yang ramai menandakan kepercayaan pelanggan untuk nikmati masakan Cina-Muslim semaksimum mungkin di sini.

Beberapa pilihan yang popular termasuk ikan kukus klasik, sotong mentega klasik, kam heong lala, ayam telur masin dan sayur empat musim.

4. Jibby Chow



Jibby Chow menyajikan hidangan Cina kegemaran ramai dengan sentuhan kontemporari, seperti itik panggang dalam mantao kukus atau lobster Boston dalam sos cili khas mereka.

Mereka biasanya mempunyai menu spesial untuk CNY (termasuk set yee sang). Terlalu banyak pilihan menu makanan di sini termasuklah nasi atau mi, pencuci mulut dan banyak lagi.

5. Dolly Dim Sum




Sekiranya anda ingin mencari tempat bagi mendapatkan hidangan untuk perayaan atau sebagainya, Dolly Dim Sum adalah pilihan yang tepat. Menu dim sum yang sedap dan beraroma, menjadi tarikan utama di sini. Dekorasi restorannya juga sangat menarik dan selesa.

Antara pilihan dim sum yang popular adalah ladu udang har gao klasik, tart telur yang baru dibakar, vegetarian spring roll dan siew mai kukus.

6. Muhibbah Seafood Restaurant



Dari gerai kecil hinggalah menjadi restoran yang dilengkapi dengan meja bulat besar seperti restoran makanan laut Cina terbaik, Muhibbah merupakan restoran masakan cina halal yang sudah lama menapak di Malaysia.

Restoran ini mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam industri makanan cina halal. Menu makanan juga banyak termasuk masakan laut dengan cara masakan cina yang sangat menyelerakan.

Itulah antara restoran cina halal di Kuala Lumpur yang ramai orang suka. Selain dari makan terus di restoran-restoran ini, penggemar menu masakan cina di Malaysia turut suka membuat pesanan makanan chinese food secara atas talian.



Membuat pesanan di website foodpanda contohnya, makanan cina yang dipesan boleh terus dihantar sehingga ke depan pintu rumah. Status makanan yang ditempah juga sudah ada ditulis statusnya sama ada halal ataupun non halal supaya kita tidak tersilap semasa membuat pesanan.

Dengan adanya servis penghantaran makanan seperti foodpanda ini, secara tidak langsung ramai penggemar makanan akan terus berada di rumah tanpa perlu keluar ke mana-mana seperti dulu.

Harga yang ditawarkan juga agak berpatutan, atas pilihan pelanggan sendiri mahu order makanan yang mana dan mahu dihantar ke lokasi di mana.

Post a Comment

0 Comments