Syrian House Restaurant; Pakar Masakan Timur Tengah & BBQ

Syrian House Restaurant @ Kampung Baru | Ish #KakakKimchi korang dah berubah selera daripada makanan Korea ke makanan Timur Tengah pula ke?


Tak tak tak, hari-hari makan kimchi pun jenuh juga jadinya harini Sally nak kongsikan sebuah restoran, dekat je di area Kampung Baru, Kuala Lumpur yang menyediakan masakan daripada Timur Tengah.





Interior dalaman dia memang sangat cantik, memang rasa macam dekat Arab. Kalau korang nak shisha pun ada juga disediakan disini. Jadinya, jom kita tengok menu-menu yang sempat Sally cuba. Lain kali rasa nak makan Shawarma pula!



Basically yang ini adalah menu pembuka selera. Sally macam biasa, kalau ada roti Arab mesti kena padankan dengan Hummus, tak kisah la Hummus yang biasa atau Hummus Beiruti (Hummus versi Lubnan). Baba ghanoush juga memang tak pernah mengecewakan.

Dan buat kali pertamanya Sally mencuba Muhammara, yang pada dasarnya dibuat dengan kacang walnut dan lada merah panggang. Di Lebanon, makanan ringan ini sangat popular sebagai sebahagian daripada menu dan sering disajikan dengan roti pita.

Menu pembuka selera dekat sini juga disertakan dengan Tabbouleh Salad. Kalau dapat Fattoush Salad pun sedap dah. Hahahaha. Dasar Sally suka makan!!



Ini yang paling Sally suka; Syrian House Mixed Grill. Yang ini memang terus tak pandang benda lain dah, dapat pula dengan roti yang panas tu memang ngam sangat la cerita dia. Ada ayam, kambing, daging lembu dan juga kentang goreng, bawang, cili dan tomato yang di gril.

Perapan daripada semua daging memang sedap dan kena dengan selera Sally! Masya-Allah dengan harga RM175, Syrian House Mixed Grill memang sesuai untuk seisi keluarga!



Iye, abaikan budak yang nampak gembira sangat dapat makan. Pulak diletaknya Syrian House Mixed Grill depan muka dia, memang lepas dia, dia lagi la yang makan. HAHAHA



Kalau korang yang suka makan nasi, boleh cuba kombinasi Nasi Mandy, Kabsa, Biryani dan Maqluba. Kalau korang nak tau Kabsa & Biryani sebenarnya hampir sama sebab cara masak dia sama cuma yang membezakan mereka ialah rasa rempah Biryani lebih kuat dibandingkan dengan Kabsa, yang lebih ringan dan kadangkala lebih manis.

Daripada segi lauk, kota boleh pilih sama ada nak ayam atau daging kambing. Kalau ambil dua-dua pun takkan menyesal sebab dua-duanya dimasak dengan baik dan diperap secukupnya terutama kambing yang sangat lembut. Pendek kata cukup sempurna~ Macam tu laaa!



Honestly yang ini menu yang paling Sally tak ingat. Sally suka gila dengan rasa yogurt dia, sebiji macam Kibbeh Labanieh tapi Sally tak pasti sama ada ianya adalah menu yang sama. Labanieh tu membawa maksud sos atau kuah yogurt bersama bawang putih. Memang best. Ianya didatangkan dengan nasi, tapi macam biasa Sally masih prefer makan dengan roti pita.

Ada lagi satu menu; Kebab with Tahinea. Yang itu pun sedap, iye biasa la sedap sampai lupa nak mabil gambar...HAHAHAHA



Finally, dah sampai dah pencuci mulut. Sally at first macam rasa tak cukup tau bila order, sekali nahhhhh ambik dia punya portion memang besar tak boleh bawak bincang!!

Kalau dah ke restoran Timur Tengah, pencuci mulut macam Kanafeh, memang wajib order. Kanafeh adalah pencuci mulut tradisional Timur Tengah yang dibuat dengan pastri filo yang diparut, atau kadangkala menggunakan adunan semolina halus, direndam dalam sirap berasaskan gula manis, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan-bahan lain seperti krim atau kekacang, bergantung kepada dimana ia disediakan.

Yang bergulung cantik tu ialah Halawet el Jibn (Sweet Cheese Rolls), haaaa sampai berbelit lidah nak menyebutnya kan. Halawet el Jibn adalah hidangan pencuci mulut Arab yang enak yang diperbuat daripada gulungan adunan keju lembut dan manis yang disumbat dengan krim, dan dihiasi dengan kacang pistachio dan kelopak mawar. Sebelum makan kita akan siram sirap daripada bunga oren dan air mawar.



Sebagai penutup, mestilah kena minum secangkir kopi atau teh panas, baru la sempurna hari kita selepas dapat makan di Syrian House Restaurant. Jadi, kalau korang macam ada teringin nak shisha ataupun makan makanan berunsurkan Timur Tengah, wajib wajib wajib terjah ke Syrian House Restaurant di Kampung Baru.

Alamat: 02, Lorong Raja Uda 1, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Dibuka setiap hari bermula jam 10.00am - 12.00am
Instagram: www.instagram.com/syrianhouserestaurant

Post a Comment

3 Comments

  1. Lawanya restoran dia..aihhh kenapalah jauh..kalau tak, blh gak nanti berbuka kat kat sini

    ReplyDelete
  2. Wow now you make me crave crave for arabic food, nanti nak ajak my boss buka puasa kat sana.

    ReplyDelete
  3. ohmaii. Mixed Grill tu memang menggoda jiwa. okay kena masuk dalam list berbuka lah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!