Program Cuci Masjid; Kerjasama Antara KOPETRO dan Seniman.

Menjelang Ramadan, sudah menjadi kebiasaan syarikat-syarikat besar akan memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) juga tidak melepaskan peluang untuk menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.



Program ini dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang ingin menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang mulia ini.



Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN juga turut menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

PuasRaya Promo: Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadan ini dengan KVClean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KVClean bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021. Nak mudah? Hubungi sahaja KVClean di talian 013-3996788.



Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19.

Oleh kerana itu, KOPETRO berbesar hati telah berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman, supaya ringan beban mereka untuk menemui bulan Ramadan yang penuh barakah ini.



Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah sebelum bermulanya aktiviti Program Cuci Masjid.

Semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan
bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat Malaysia, dan mereka akan sentiasa yakin yang segala penat lelah mereka masih lagi kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia khususnya.

 

KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia. Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LengQuas dan KOPETRO.

Baca lanjut: KOPETRO lancar Peraduan Makan & Menang LengQuas

Facebook:
- https://www.facebook.com/kopetroberhad
- https://www.facebook.com/lengquas.official

Instagram:
- https://www.instagram.com/kopetroberhad
- https://www.instagram.com/lengquas.official




Post a Comment

12 Comments

  1. Bagusnya Kopetro ni..sambil mencuci sambil bersedekah..barulah jemaah semua solat dengan bersih dan selesa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, bgus usaha yang dilakukan koptero. Membersih, sanitasi, lepastu bagi sumbangan..

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada program macam nie.. nak juga join hari tu tapi tak ada rezeki nak join. InsyaAllah lain kali..

    ReplyDelete
  4. Bagusnya buat program macam ni. Best kalau dapat join sekali

    ReplyDelete
  5. Bagus la program CSR mcm nie.. harap dpt jadi contoh kepada badan korporat yg lain

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Ramai yang dapat merasa rezeki masing-masing dengan program ni

    ReplyDelete
  7. Bagusnya usaha mereka dalam buat amal kebajikan cmni.. Moga akaj makin ramai badan2 korporat join program cmni

    ReplyDelete
  8. Bagus program macam ni diadakan. Buat amal kebajikan sama sama membersih masjid.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Kopetro atas usaha yg dijalankan. Membantu mereka yg memerlukan. Semoga terus maju.

    ReplyDelete
  10. Wow bagus initiative ni, banyak beramal and membantu. Semoga murah rezeki.

    ReplyDelete
  11. Salah satu usaha murni ni. Senang nak terawikh. Moga dilipatkan berkali ganda pahala

    ReplyDelete
  12. Bagus Kopetro adakan program mcm ni utk membantu yg memerlukannya

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!