Friday, April 16, 2021

Peminat Tulang Rusuk Wajib Terjah Tony Roma's, Rasai Perisa Baharu Sempena Ramadan Raya!

Peminat daging khususnya tulang rusuk lembu, mesti pernah jejak kaki ke restoran Tony Roma’s. Terkenal sebagai sebuah restoran yang menghidangkan hidangan istimewa tulang rusuk dan stik BBQ premium, Tony Roma's boleh dijumpai di lebih 150 lokasi restoran di enam benua.

Sally memang peminat daging, kalau suruh Sally pilih sama ada nak makan makanan laut atau daging, pilihan pertama Sally wajib daging, sebab itu bila tahu yang Tony Roma's ada keluarkan perisa baharu sempena Ramadan Raya ini, terus sepantas kilat Sally terjah!



Sedih sebab tak dapat pulang ke pangkuan keluarga di kampung atau keluarga tersayang? Jangan risau sebab adanya promosi Festive Flavours yang dikhaskan untuk kita makan bersama-sama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan berdekatan kerana ianya disediakan dengan saiz hidangan yang jauh lebih besar namun masih lagi pada harga yang berpatutan.

Antara menu yang disediakan adalah Sup Tulang unik yang dinamakan Rib Bone Stew sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing, dan T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut.



Rib Bone Stew

Walaupun Rib Bone Stew disediakan dengan cara masakan Amerika, namun ia masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, sampaikan daging dan tulang boleh dipisahkan dengan mudah. Rasa daging pula memang lembut, macam cair dekat mulut!

Kalau teringin nak makan Sup Tulang versi cara masakan Amerika, wajib cuba Rib Bone Stew. Ianya didatangkan dalam set Beef Ribs Platter & Lamb Slabs Platter, tapi kalau nak tambah secara a la carte juga boleh.


Festive Beef Ribs Platter

Ini memang favorite Sally, 10 ketul tulang rusuk dengan lima rasa yang berbeza, lengkap bersama hidangan sampingan dan Rib Bone Stew.

Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada tulang rusuk untuk menjadikan daging lebih sedap. Sukakan sesuatu yang pedas? Jangan risau sebab ada juga Sriracha dan Lada Hitam didatangkan sekali bersama rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy juga boleh didapati di dalam hidangan tersebut.

Memang tak rugi sebab ada 5 rasa yang berbeza dalam satu set yang dimasak sempurna!



Festive Lamb Slabs Platter

Set ini pula memang paling sesuai untuk peminat daging kambing. Set dengan tiga potongan daging kambing yang diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, memang ralit dan buat kita leka dengan dagingnya yang lembut itu. Fuhhhh, sambil menaip pun sampai rasa lagi kesedapan kambing dalam mulut ni!

Set ini juga didatangkan dengan hidangan sampingan dan Rib Bone Stew.



T-Bone Steak

Risau kalau datang berdua atau sendirian dan tak dapat nak rasa perisa baharu?

Jangan risau, untuk korang yang datang berdua atau sendirian atau rasa nak makan sesuai dengan kapasiti kita, boleh cuba hidangan T-Bone Steak, 450g daging T-Bone yang dimasak dengan sempurna, didatangkan pula dengan lobak merah dan bau Rosemary segar itu, memang tak pandang kiri kanan la. Sally sendiri jujurnya memang makan T-Bone Steak ini sampai lupa nak kongsi dengan orang lain.



Sebagai pelengkap kepada Festive Flavours kita, bolehlah pesan sekali pencuci mulut, Kurma Tiramisu dan pilihan air antara Lychee Bandung atau Lychee Mojito. Pendek kata waktu iftar dan Raya nanti akan terasa sempurna bila dapat makan semua ini.

Menu eksklusif ini boleh dipesan bermula 19 April hingga 15 Jun di semua sembilan cawangan Tony Roma’s di seluruh Malaysia.



Bulan Ramadan bukan sahaja untuk kita yang beragama Islam meraikannya tetapi untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, yang gemar meluangkan masa makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau ingin membuat tempahan, layari www.tonyromas.com.my


10 comments:

  1. Nasib lah baca ni dah malam hoi!! jejes ailio. Btw, berbaloi betul lah ambil Lamb Slabs Platter tu kan. sesuai family besauu macam Cici ni. dahlah diorang memang peminat kambing. Yumms

    ReplyDelete
  2. Teringat-ingat tulang rusuk tu wak.. Memang harga berpatutan sangat bila makan berkongsi ni..

    ReplyDelete
  3. arghhh, dapnyaaa.. jom buka puasa kat Tony Roma's

    ReplyDelete
  4. Oh myyy sedap nyaa nenu Berbuka kat tr

    ReplyDelete
  5. MZ pun peminat daging jugak.. sedap nampaknya menu2 diaa

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tulang rusuk...yaa ampuuunnn!

    ReplyDelete
  7. Fulamak . Banyaknya menu . Nak makan mana satu ni ..semua hidangan nmpak menyelerakan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!