PENYELIDIKAN BERSAMA OGAWA & UNIVERSITI MALAYA MENGENAI KEBAIKAN MASTER DRIVE AI 2.0 MASSAGE CHAIR.

Sejak bertahun lamanya, kewujudan dan kebaikan kerusi urut telah menjadikan ianya salah satu alat yang paling diinginkan oleh semua orang, terutamanya mereka yang mencari ruang untuk berehat santai dan juga yang ingin melepaskan lelah kerana tekanan yang dihadapi semasa bekerja dan kehidupan seharian.

Selalunya spa mewah dan kelab kesihatan akan menjadi pilihan untuk bersantai, tetapi kini tidak lagi kerana OGAWA Malaysia telah mengumumkan satu penemuan penyelidikan yang dilakukan bersama dengan Universiti Malaya yang menyatakan urutan yang cekap juga boleh didapati dalam bentuk kerusi urut dan OGAWA Master Drive AI 2.0 telah menunjukkan kerusi urut mampu menambahbaik peredaran darah dan kualiti tidur.



OGAWA Malaysia bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk mengenal pasti kesan kerusi urut automatik terhadap peredaran darah dan kualiti tidur seseorang.

Berkomitmen untuk membawa kesejahteraan dan meningkatkan gaya hidup kepada pengguna mereka, OGAWA Malaysia bersama Universiti Malaya telah menjalankan satu penyelidikan bertajuk ‘Investigating the Effects of OGAWA Master Drive AI Automated Massage on Blood Circulation and Sleep Quality’ untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai pentingnya kesan urutan untuk badan sambil memberikan keselesaan dan memberikan kualiti tidur yang lebih baik.

Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia berkongsi bahawa kesan kumulatif dari gangguan kepada kualiti tidur boleh menyebabkan peningkatan risiko hipertensi, diabetes, obesiti, kemurungan, serangan jantung dan juga strok. Selain itu, menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan dan gangguan emosi meningkat dari 12% pada tahun 2011 kepada 29% pada tahun 2017.



OGAWA Malaysia dan Universiti Malaya menjalankan penyelidikan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan individu ketika menggunakan produk OGAWA Master Drive AI 2.0. Hasilnya, kajian ini telah mendedahkan bahawa 100% peserta menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam peredaran darah: 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M6 Deep Tissue dan 43.48% melalui Program Peredaran Darah, sementara 100% peserta mencatat peningkatan kualiti tidur, dan hingga 88.73% mengalami peningkatan dalam kualiti tidur melalui program Sweet Dream.

Prof. Dr. Saad Mekhilef, CEng (UK), SMIEEE(USA), FIET(UK), Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya menyatakan bahawa pihak universiti berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyelidikan untuk tidak hanya menyumbang pengetahuan mereka kepada kajian penting ini yang mungkin berguna untuk kajian masa depan, tetapi untuk membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara keseluruhan dan berpotensi meningkatkan jangka hayat rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan yang kesejahteraan tidak hanya merangkumi diet yang sihat dan senaman yang konsisten, tetapi urutan biasa dapat menyumbang lebih banyak lagi bagi jiwa manusia - dari membetulkan tekanan postur hingga meningkatkan imuniti.

Melalui kajian ini, mereka ingin menyampaikan faedah kesihatan urutan yang mungkin tidak ramai tahu, bukan hanya setakat melegakan sakit otot, mengurangkan tekanan namun mampu meningkatkan sistem imun dan memberi kesan positif kepada kehidupan seharian.



Dibangunkan dengan sehingga 5,184 kombinasi urut untuk memberikan penyelesaian kesihatan yang luas, OGAWA Master Drive AI 2.0 menampilkan Artificial Intelligence (AI) yang canggih termasuk fungsi pengecaman wajah, Health Tracker and Scanner™, dan Penganalisis Automatik Bertenaga AI yang menggunakan algoritma untuk mengumpulkan dan mengurus data untuk menyesuaikan kerusi urut dengan senarai penyelesaian yang disyorkan yang diprogramkan yang tepat pada kawasan masalah. Pendek kata, kerusi urut ini akan memberikan urutan mengikut program yang sesuai dengan badan melalui pengecaman wajah dan data yang dimasukkan.



Selain itu, sempena Hari IbuBapa, OGAWA juga akan mengadakan promosi khas dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga tempoh 68 bulan untuk produk terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran ini atau OGAWA Malaysia, sila layari www.ogawaworld.net

Di harapkan, hasil daripada kajian yang telah dijalankan akan memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang kebaikan urutan, dan pada masa yang sama dapat mendidik masyarakat mengenai manfaat kesihatan yang mampu diberikan kerusi urut OGAWA.

Post a Comment

13 Comments

  1. dapat seketul ogawa chair ni bestnya..balik2 kerja terus urut..nak stress pun x dapat..bolehlah apply sebab ada 0% hihi

    ReplyDelete
  2. Kiranya urut-mengurut ini memang memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia.

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak Ogawa chair nie.. macam best ja. Kalau rasa penat boleh lah duduk kat sini kejap.. hilangkan penat badan dengan kerusi urut..

    ReplyDelete
  4. Idaman kalbu sungguh. penat balik ekrja duduk sinia de orang urutkan. Boleh hilangkan stress dan kemurungan ni

    ReplyDelete
  5. Ogawa kali nie mmg best la.. siap ada urut tapak kaki tu.. seronok sally dpt rasa kerusi urut taraf vvip tu

    ReplyDelete
  6. Teringin nk ada 1 kat rumah tp tu la, harga dia padan dgn teknologi

    ReplyDelete
  7. Ogawa ni mmg jenama terbaiklah... Kita penah try la mse kt mall.. Mmg best tp nk beli kne kumpul duit lagi hihi

    ReplyDelete
  8. Fuh advance betul ogawa ni. Cam muka je dah boleh tau program urutan utk kita.

    ReplyDelete
  9. Tengok kerusi pun fuhhh. Memang nikmat duduk di atasnya dan di urut

    ReplyDelete
  10. Ogawa memang terbaik. Tengah kumpul duit jugak nak beli ogawa satu untuk rumah

    ReplyDelete
  11. I also like this massage chair functions and features.

    ReplyDelete
  12. Nampak selesa sangat Ogawa Chair ni. Dalam wishlist juga ni

    ReplyDelete
  13. Best kalau ada satu kat umah, lps penat buat keja blh urut

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!