Sunday, April 11, 2021

MBG Selayang Fruits Hub; Kedai Sehenti Buah-Buahan Segar.

Pernah tak korang rasa gembira gila bila nampak buah? Kalau YA, kita memang geng! Sally memang suka buah, suka gila as if kalau suruh makan buah sahaja pun seharian, Sally boleh senyum sampai ke telinga.

Kenapa macam tu? Sebab buah-buahan pada dasarnya adalah sumber vitamin dan mineral penting, dan kaya akan serat. Selain daripada itu, buah-buahan juga merupakan agen antioksidan yang boleh menjaga sistem imun tubuh kita.



Pengambilan buah dan sayur yang cukup dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung, barah, radang, dan diabetes. Jadi, korang boleh agak macam mana perasaan Sally bila pertama kali jejak kaki ke MBG Selayang Fruits Hub?



MBG Selayang Fruits Hub

MBG Selayang Fruits Hub merupakan kedai sehenti buah-buahan segar, yang mana kita boleh membeli produk segar seperti buah-buahan dengan harga borong mahupun dalam jumlah yang kecil, dan menjualnya kembali atau untuk kegunaan sendiri.

Ketika ramai yang bergelut dengan kesan daripada pandemik Covid-19, ada yang kehilangan pekerjaan dan mencuba untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, tak kira la menggunakan platform atas talian mahupun secara terus kepada pengguna.



Selain daripada bahan basah untuk di masak, ramai juga yang mencuba untuk menjual buah-buahan dan di MBG Selayang Fruits Hub, mereka membuka peluang untuk membeli buah-buahan dalam jumlah kecil atau secara pukal dengan harga potongan yang sangat istimewa. Bukan hanya terhad kepada buah-buahan tempatan malah buah-buahan yang diimport juga boleh dibeli dalam kuantiti yang kecil mahupun borong dan pukal.





Walaupun ini kali pertama Sally menjejakkan kaki ke MBG Selayang Fruits Hub, tapi rasa macam dah selalu jengah dah. Kawasan di MBG Selayang Fruits Hub terbahagi kepada 4 kawasan utama iaitu:
1) Bahagian Runcit
2) Bahagian Buah Dingin
3) Kawasan Gudang
4) Pembelian Borong / Pukal


Jujurnya Sally tak pernah nampak kawasan sebesar ini yang ada pelbagai jenis buah-buahan. Lebih istimewa sebab Sally sempat tour MBG Selayang Fruits Hub bersama-sama dengan pemilik dan pengasas MBG; Encik Adnan Lee.

Terkulat-kulat masing-masing bila beliau tanya pelbagai jenis soalan tentang buah-buahan, yang rata-rata selalunya kita tak pernah nak ambil tahu tentang asal usulnya. Bayangkan la betapa cetek ilmu pengetahuan sampai 1 kati pun tak tau sama dengan berapa gram...elehhhh...korang tau ke?



Beliau juga turut menceritakan asal usul MBG. Sally daripada dulu sangat la curious makna MBG tu sebenarnya apa, surprisingly punya la mudah maksud dia. MBG diambil daripada cogan kata "Money Back Guarantee", yang mana sebagai pengasas, Encik Adnan Lee sangat mementingkan kesegaran dan kualiti buah-buahan yang dijual. Ini pada Sally salah satu sebab kenapa MBG mampu bertapak dalam pasaran buah-buahan di Malaysia, dan menjadi antara pelopor kepada hub buah-buahan tempatan dan import.



Kelebihan MBG Selayang Fruits Hub

Semestinya kerana MBG Selayang Fruits Hub merupakan KEDAI SEHENTI yang buah-buahan segar, terlalu banyak pilihan buah-buahan tempatan dan yang diimport. Seperti namanya, MBG memang menjamin kesegaran buah-buahan mereka kerana kebanyakkan di ambil secara terus dari petani. Buah-buahan yang diimport pula dijaga rapi dalam bilik sejuk.

Di sini, pembelian secara pukal atau pembelian secara kecil-kecilan diberi potongan harga antara 20% hingga 50% berbanding daripada membeli dari kedai runcit luar. Jadinya peniaga mampu merancang stok dan harga supaya tidak membazir dan mampu mendapat keuntungan yang lebih baik.



Kepada mereka yang ingin mencuba untuk menjual buah-buahan sendiri atau perniagaan penghantaran buah-buahan terutama pada masa pandemik ini, dan juga Ramadan serta Aidilfitri yang bakal menjelma, MBG Selayang Fruits Hub sangat bagus untuk mereka yang baru ingin bermula dan yang ingin membeli secara pukal.

Pembelian borong, pukal, kuantiti sedikit, semuanya boleh dilakukan di sini kerana MBG Selayang Fruits Hub sentiasa mempunyai stok yang cukup dan dijamin kesegarannya!

Kurma Barhi Daripada Peru

Lagi satu keistimewaan MBG Selayang Fruits Hub ialah disini juga korang boleh jumpa buah-buahan unik, yang tidak terdapat di kedai buah-buahan lain contohnya Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, Buah-buahan daripada Jepun, Buah Fig (Tin/Ara) segar, Strawberi daripada Korea, Kurma Barhi (Barhi atau Barhee, salah satu jenis kurma yang terkenal, yang mempunyai isi tebal dan lebih sedap jika dimakan segar daripada dikeringkan), Buah Markisa, Buah Ceri, Saphire Grapes dan lain-lain. Pendek kata memang macam IKEA versi buah-buahan!





Alamat: Lot 639, Jalan Batu Hampar, Off Jalan Ipoh, Batu 7, 68100, Selayang, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Buka dari Isnin hingga Ahad, bermula jam 5.00 pagi hingga 6.00 petang
Tel: 016-2798 603 (Azmer), 016-6824 603 (Azizeh)
Laman web MBG: www.mbg.com.my
FB: www.facebook.com/mbgfruit
IG: www.instagram.com/mbgfruitshop

2 comments:

  1. Zaza ni dah la suka beli buah..best gak ada kedai buah2 gini..nak kirim epal tu boleh tak hehe

    ReplyDelete
  2. They have so many types of fruits and all are so fresh, price pun sangat memuaskan.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!