Thursday, April 1, 2021

LuLu Hypermarket Setia City Mall, cawangan ketiga di Malaysia memang besar weh!

LuLu Hypermarket Setia City Mall | Selepas cawangan pertama di Kuala Lumpur dan pembukaan kedua cawangan di 1Shamelin, LuLu Hypermarket telah membuka cawangan ketiga mereka dia Setia City Mall, Bandar Setia Alam.

Sempena dengan pembukaan cawangan ketiga ini, LuLu Hypermarket menawarkan pelbagai promosi yang tak masuk akal sehingga 4 April 2021. Kenapa tak masuk akal? Bayangkan la macam-macam tawaran besar seperti iPhone, televisyen bersaiz 65", Milo, barangan segar, makanan sedia dimakan, roti, beras dan lain-lain. Pendek kata semua benda yang kita nak cari ada di LuLu Hypermarket.



Persiapan untuk Ramadan? Jangan risau semuanya ada. Korang boleh membeli kurma yang berkualiti tinggi, minuman dari Arab, pelbagai jenis peralatan dapur, elektrik, dan lain-lain bagi memudahkan urusan semasa Ramadan nanti. khas sempena Ramadan serta banyak lagi pada harga yang sukar dipercayai.





Sally teruja betul dengan harga-harga promosi, yang paling Sally ingat mee kuning hanya RM0.29 sahaja!! Beras Basmathi 5kg diskaun sehingga 50%, kurma Ajwa hanya RM39.90/kg, Milo, telur, flannel blanket RM10/RM15. Jenuh nak senaraikan, korang memang WAJIB terjah sendiri tauuuuu!




Berkeluasan 150 ribu kaki persegi, sangat mudah dan menyenangkan untuk membeli-belah di LuLu Hypermarket Setia City Mall kerana ruang niaga, susunan, kebersihan menjadikan pengalaman membeli belah tu lebih lancar dan selesa.

Bermula dengan lantai LG dengan keluasan 70 ribu kaki persegi, bahagian ini menempatkan ruangan pasaraya, barangan segar, coklat yang diimport serta berkualiti tinggi, kurma, kekacang, makanan panas sedia dimakan yang menyelerakan, roti, barangan kesihatan & kecantikan, isi rumah dan banyak lagi.


 
Lantai UG pula seluas 40 ribu kaki persegi pula menempatkan LuLu Fashion Store dan pakaian tradisional Melayu, manakala lantai terakhir korang boleh mencari semua peralatan elektrik dan kelengkapan rumah.











RISAU RAMAI ORANG DAN TIADA PARKIR?

NO NO NO! LuLu Hypermarket Setia City Mall mempunya tempat letak kenderaan yang mencukupi dengan lebih daripada 400 tapak parkir, terbuka serta terdapat tempat letak kenderaan pelbagai tingkat juga. LuLu Hypermarket ada bagi memenuhi semua keperluan membeli-belah kita di dalam suasana beli-belah bertaraf antarabangsa.

So guys, pastikan korang tidak terlepas tawaran pembukaan khas yang akan berlangsung selama 5 hari bermula 31 Mac sehingga 4 April 2021!

3 comments:

  1. wah mcm mcm ada! dah la murah 😲 kalau dekat dah pergi ni

    ReplyDelete
  2. La betul tak jenguk cik sally... blog pun sentiasa cantik

    ReplyDelete
  3. Murahnya.. Sempat lg ni nak pergi Ahad ni :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!