[Review] Bita V9 - Vitamin C by Shinjumi

Musim pandemik ini, sistem imun memang perlu diambil berat. Ada macam-macam tips yang dikongsikan di sosial media baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri, dan daripada pelbagai sumber yang lain. Salah satu tips yang banyak dikongsikan ialah pengambilan Vitamin C secara konsisten sebagai 'perisai' kepada tubuh badan kita.


Badan manusia secara azali tak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, dan disebabkan itu kita kena cari sumber lain. Mereka yang mudah jatuh sakit amatlah digalakkan untuk mengambil Vitamin C. Vitamin C ini sejenis antioksidan yang memang tak asing lagi untuk kulit dan berfungsi untuk mengelakkan sel-sel badan kita rosak dan terganggu. Tak kisah jenama apa tetapi pastikan ianya sumber yang natural ya bukan sintetik!



Masa tercari-cari jenama apa yang macam bagus untuk diamalkan, Sally terjumpa dengan Bita V9 - Vitamin C by Shinjumi. Bita V9 ini hadir dalam bentuk tablet boleh dikunyah, alaa macam masa zaman kecil dulu kan selalu minta dekat doktor nak Vitamin C.

Bita V9 - Vitamin C ini sedap gila sebab berperisa Mangga. Selalunya kalau Vitamin C orang ingat buah oren, tapi Bita V9 menggunakan Mangga. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Bita V9 - Vitamin C ialah Serbuk Jus Mangga, Serbuk Madu Lebah, Serbuk Jus Strawberi, Ascorbic Acid (60mg), Mineral & Vitamin Premix, Ekstrak Sarang Burung, Ekstrak buah Mulberi, Live Culture (Lactomax), Ekstrak Buah Delima, L-cystein, Kolagen daripada Ikan, Tocotrienols, Coenzyme QIO, Kunyit. Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.



Kebaikkan mengamalkan Bita V9 - Vitamin C by Shinjumi:
- Memudarkan bintik-bintik hitam
- Mengurangkan ruam/kemerahan kulit
- Mengurangkan kedutan
- Memperbaiki tompok kasar pada kulit
- Membaiki dan mencegah kulit kering

Sally suka sangat dengan rasa dia, ikut hati memang nak makan 3-4 biji sekali tapi kena la tahan diri sendiri sebab Vitamin C kalau kita makan banyak tapi khasiatnya tidak diserap oleh badan kita, macam sia-sia sahaja. Jadinya kita ikut aturannya kunyah 1 biji pada waktu pagi dan 1 biji pada waktu malam. Paling penting kena pastikan minum air putih secukupnya, paling kurang 8 gelas sehari.



Bita V9 - Vitamin C sesuai diamalkan oleh lelaki mahupun perempuan, seawal umur 10 tahun dan keatas. Pendek kata satu botol boleh diamalkan oleh seisi keluarga.

Website: www.shinjumi.my
Shopee: shopee.com.my/shinjumiofficial
Instagram: www.instagram.com/shinjumiofficial
Facebook: www.facebook.com/shinjumiofficial/
Tik Tok: https://vt.tiktok.com/ZSbX26sN/
WhatsApp: http://www.wasap.my/60139820981

Post a Comment

1 Comments

  1. Lama tak amik vit c..memang nanti nak amik balik utk kulit..bagi berseri sikit..yg sally ckp pasal nk kunyah dua tiga biji tu betul haha..klu mkn rs nk mkn byk2 je tp tak blh ahaha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!