Portuguese Egg Tart Guna 2 Bahan - Rich's Portuguese Egg Tart Topping & Tart Shell



Portuguese Egg Tart | Sally kan jujurnya bukan la peminat Tart Telur Portugis, tapi ada masa tu kadang teringin. Sally ni pulak sejenis kalau nak makan tu manjang nak banyak je, beli 2-3 ketul kang berebut...Dah la harga Tart Telur Portugis sekarang ini bukan main mahal lagi.

Kebetulan masa pergi bakeri sebab nak cari bahan-bahan nak buat kek, Sally nampak ada Rich's Portuguese Egg Tart Topping complete sekali ada Tart Shell, terus Sally beli. Yang tart shell tu ada perisa original dan pandan ikut hati memang nak original tapi takde stok, jadinya Sally beli jela Pandan. Dah excited punya pasal.



Topping Tart Telur tu berat dia 970g, dan memang cukup-cukup untuk 30 pcs shell tu. Kiranya memang dah satu set la tu. Nak guna pun mudah, semudah 1-2-3; cairkan, tuang dan bakar! Yang penting confirm jadi dan sedap. Selamat dan senang, rasa pun berkualiti dan konsisten. Shell tu pun tak perlu nyah beku, boleh terus guna.

Cara-cara penggunaan:

Langkah 1: Cairkan topping sepenuhnya ke dalam bentuk cecair pada suhu antara 2°C - 10°C. Sebelum digunakan, keluarkan gelembung angin kalau ada untuk memastikan permukaan tart yang licin.

Langkah 2: Tuangkan cecair ke dalam tart shell, sekitar 80-90% penuh.

Langkah 3: Panaskan oven 235°C dan bakar selama 17-20 minit dan sedia untuk dihidangkan. Sekiranya ingin menggunakan air-fryer, tetapkan suhu 180°C dan bakar selama 10 minit.



Awalnya Sally guna oven, tapi dekat 30 minit pun tak masak sekata lagi. Jadinya untuk baki yang ada Sally guna air-fryer. Walaupun macam agak terhad daripada segi kuantiti, tapi masak lebih cepat daripada oven dan yang paling Sally suka sebab masak sekata dan cantik kejadiannya.



Sebenarnya Sally pun kurang yakin betul ke tidak suhu yang Sally set, sebab bahagian bawah macam kurang garing berbanding yang guna oven...mungkin juga sebab dah ada aluminium base itu. Mungkin lepas ni nak cuba tambah masa tapi kurangkan suhu kot, kalau korang nak cuba juga boleh la guna suhu 180°C dan bakar selama 10-15 minit. By the way, kalau nak beli Rich's Portuguese Egg Tart Topping & Tart Shell, boleh cari di kedai bakeri yang berdekatan, atau Shopee pun ada. Kalau berdekatan dengan Bake With Yen, kat sana mesti ada.


Post a Comment

5 Comments

  1. Nampak menarik dan sedaplah Sally..sis pun suka makan egg tart..nak buat malas..kalau dah siap mcm ni senanglah

    ReplyDelete
  2. Uish sedapnya sally... Rasa nak makan pula tp hmmm hmm.. Sengaja goda kan... Dahla fav wawa

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nti nak try resepi ni klu sng buat

    ReplyDelete
  4. Wah biar betul, now its so easy to make Portuguese Egg Tart at home.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Boleh cuba style ni pulak. Memang favourite akak ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!