Sebagai contoh, jika ahli tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum, mereka boleh membuat pindaan di i-Sinar Online.

Namun, suka untuk diingatkan bahawa jumlah pengeluaran yang dibenarkan masih kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Jika ahli sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan boleh dilakukan. Contohnya:
Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka hanya boleh membuat pengeluaran terhad kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000 (Akaun 1), mereka boleh mengeluarkan amaun daripada Akaun 1 sehingga 10% daripada simpanan mereka. Namun, masih diingatkan, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 sahaja. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Status kelulusan akan diumumkan selepas 5 hari waktu bekerja. Layari portal i-Sinar (iSinar.kwsp.gov.my) untuk maklumat lanjut.
Baru mau pemohon
ReplyDelete