MyClarity - Supplement Untuk Kesihatan Mata.

Sejak bermula PKP tahun 2020, kebanyakkan masa memang habis depan laptop dan juga tugas sebagai content creator memang telefon pintar ada melekat 24 jam dekat tangan, nak fikir caption, nak edit gambar, edit video dan sebagainya. Tak dinafikan mata memang rasa lesu, walaupun ada cermin mata, tapi masih tak dapat nak fokus kalau dah terlalu lama terdedah dengan cahaya.

MYCLARITY - EYE HEALTH SUPPLEMENTS



Sally jujurnya bukan orang yang suka makan supplement, tapi bila tau ada satu supplement untuk kesihatan mata, jujurnya memang teruja la. Sally dah lama pakai cermin mata, walaupun bukan berniat nak hilang rabun, tapi bila tau supplement ini sesuai untuk mereka yang sering bekerja dengan laptop dan telefon pintar, terus nak cuba.

MyClarity mengandungi Anthocyanins dari Blackcurrant dan Bilberry, Lutein, Zeaxanthin, Marigold, Eyebright, Oren, Lemon dan Madu Asli. Jangan risau sebab semuanya diperbuat daripada bahan semulajadi herba dan tumbuh-tumbuhan, diyakini 100% organik, natural dan tiada bahan pewarna. Manis MyClarity juga diambil semulajadi daripada semua buah-buahan, tiada gula tambahan mahupun stevia yang digunakan.



Sangat sesuai untuk mereka yang ada diabetis dan juga Vegan (Vegetarian). MyClarity tinggi dengan kandungan Vitamin C, jadinya sangat sesuai juga di musim COVID-19 untuk sistem imun badan dan sesuai untuk semua peringkat umur (Mula dari 5 tahun keatas. Setiap kotak MyClarity mengandungi 20 sachet untuk penggunaan sebulan. Ambil MyClarity pada setiap hari dan rehat pada hari minggu, hari Sabtu dan Ahad.



SIAPA YANG PERLU AMALKAN MYCLARITY?

1. Pengguna kanta sentuh
2. Mata yang mudah kering dan penat
3. Sering terdedah dengan penggunaan berterusan peralatan elektronik seperti televisyen, komputer dan telefon pintar.
4. Pemandu yang sering memandu jarak jauh
5. Sering terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan
6. Rabun jauh dan dekat
7. Masalah rabun malam
8. Sering membaca atau fokus membuat kerja secara dekat dalam jangkamasa yang panjang

PENGGUNAAN MYCLARITY


1. Detoks. Sebelum mengamalkan MyClarity, adalah disarankan untuk detoks tubuh badan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mula mengambil MyClarity. Detoks boleh menggunakan teh detoks yang dijual di farmasi atau lemon suam, jus lidah buaya dan sebagainya.

2. Sebaiknya MyClarity diambil di waktu pagi sebelum makan.

3. Minum air putih sebanyak 2-3 liter sehari, dan kurangkan pengambilan minuman bergula.

4. Jika boleh kurangkan pengambilan kafein dan minuman bergas (tinggi dengan gula).

5. Amalkan minum air lemon suam/panas tanpa gula untuk membantu melancarkan darah dan supaya tubuh lebih beralkali. Jika suka boleh tambahkan sedikit madu asli.

6. Kurangkan makan makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, ketam serta udang dan sotong untuk mengelakkan toksin. Kurangkan juga pengambilan makanan segera dan makanan yang diproses seperti nuget, daging burger dan sebagainya.

7. Amalkan senaman kardio / jogging / treadmil untuk meningkatkan metabolisma tubuh supaya mempercepatkan penyerapan untuk kesan yang lebih efektif.



KESAN PENGGUNAAN MYCLARITY - (Kesan yang dijangka mungkin berbeza pada setiap individu)

Minggu Pertama

1. Badan akan mula dinyahtoksik dan badan akan mulai serasi dengan perubahan.
2. Lebih bertenaga sepanjang hari dan mental lebih bersiap sedia.
3. Waktu malam, badan akan mulai mengantuk sekitar 10-11pm dan disarankan untuk dapatkan tidur yang secukupnya di antara 7-8 jam pada waktu malam tanpa gangguan.

Minggu kedua

1. Masalah mata akan mula diatasi.

(a) Mata kering/lesu
Mata yang sering gatal-gatal, merah dan tidak selesa disebabkan kurangnya komponen air mata

(b) Asthenopia
Mata penat, ketegangan mata dan silau akan mulai berkurang, iritasi mata akan hilang.

(c) Rabun malam
Meningkatkan penjanaan semula Rhodopsin untuk penglihatan yang lebih jelas di waktu malam terutama ketika memandu dengan cahaya dari lampu jalan atau berjalan di sekitar bangunan dengan cahaya dari lampu yang terhad.

(d) Pseudomyopia
Mata mudah rabun jika terlalu kerap bekerja di jarak dekat tetapi masalah rabun jauh akan mula berkurang dan penglihatan lebih jelas.

2. Mengurangkan lingkaran gelap sekitar mata dan meningkatkan peredaran darah sekitar mata.
3. Boleh bekerja lebih lama pada jarak dekat atau menghadap komputer tanpa masalah seperi mata berpinar, mata penat atau ketegangan mata.
4. Kapasiti mental untuk memproses data oleh otak terasa lebih berwaspada, cepat dan cekap.
5. Kekejangan mata / kedutan mata atau otot mata yang berdenyut / berkelip sewaktu penat bekerja akan hilang.
6. Badan terasa lebih segar dan lebih sihat disebabkan peningkatan sistem immunisasi badan.

Minggu ketiga

1. Floaters (titik/bahan terapung di medan penglihatan) akan berkurang
2. Flashes of light (kelihatan seperti lintasan cahaya atau kilat di medan penglihatan) akan hilang.
3. Mengurangkan rabun dekat dan jauh secara berperingkat. Tahap refraksi mata akan berkurang jika diamalkan secara berterusan.
4. Mata lebih sensitif kepada cahaya dan dapat melihat objek jauh dan dekat dengan jelas.
5. Medan penglihatan yang lebih jelas dan terang.

Minggu keempat

1. Mengatasi penyakit mata seperti katarak, glaukoma (penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik) dan Retinopati Diabetes / Hipertensi.
2. Kesan yang dialalami pada minggu kedua dan ketiga akan dipertingkatkan dan lebih banyak peningkatan.
3. Melambatkan presbyopia atau rabun dekat akibat kanta mata yang tidak boleh menampung untuk jarak dekat (untuk umur 40-an ke atas).
4. Kandungan antioksida yang tinggi akan melindungi mata dari kerosakan berpunca daripada radikal bebas seperti bahan makanan dan cahaya matahari yang berlebihan.



BERAPA LAMA PERLU AMALKAN MYCLARITY?

Tempoh pengambilan adalah berbeza bergantung kepada masalah mata. Cadangan adalah seperti berikut :

1. Glaukoma/ Katarak (Peringkat awal)
Dinasihatkan untuk mengamalkan MyClarity sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

2. Rabun Jauh atau Rabun Dekat
Amalkan MyClarity untuk tempoh setahun untuk kesan yang lebih efektif dan tahan lama.

3. Retinopati Diabetes / Retinopati Hipertensi
Amalkan MyClarity selama setahun untuk kesan yang lebih efektif dan tahan lama

4. Asthenopia / mata kering / rabun malam dan lain-lain masalah mata
Selepas simptom berkurang dan masalah mata selesai, digalakkan untuk terus amalkan MyClarity untuk mengekalkan efek positif dan sebagai pencegahan dari penyakit berulang atau penyakit mata yang lain.

REVIEW DARIPADA SALLY



Sally dah amalkan MyClarity selama seminggu, memang rasa mata tak lesu walaupun berhadapan dengan laptop dan telefon pintar dalam jangka masa yang lama. Mulanya Sally minum pada waktu malam sebab selalu lupa, mata jadi aktif bila amalkan malam. Selepas hari ketiga, Sally paksa diri untuk ingat supaya minum pada waktu pagi, baru la rasa mata tu segar sahaja.

Waktu malam pula, pukul 10-11pm memang dah mula mengantuk, tapi Sally suka sebab pagi tu sebelum azan Subuh memang mata dah celik sendiri tanpa perlu gunakan alarm. Sally nak pergi check power mata selepas sebulan nak tengok kalau ada perubahan. Nanti Sally akan update!

INSTAGRAM: www.instagram.com/myclarityhq
WHATSAPP: wa.me/60122500852

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!