Kembangkan Pelaburan Dengan Private Mandate

Pelaburan merupakan satu kegiatan menanamkan modal atau wang melalui pembelian instrumen kewangan atau aset baik secara langsung mahupun tidak dengan harapan pemilik modal akan mendapatkan sejumlah keuntungan atau manfaat akan datang dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.

Melabur adalah satu cara untuk meningkatkan potensi jumlah wang yang kita miliki. Matlamatnya adalah untuk membeli pelaburan pada harga rendah, dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi bagi mendapatkan keuntungan. Ada pelbagai jenis pelaburan, seperti pelaburan hartanah, emas, market share, dan Unit Trust. Antara pelaburan yang agak popular dan sering menjadi pilihan ialah Amanah Saham Nasional (ASB).

Tidak dinafikan, setiap pelaburan itu ada risikonya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk menguruskan risiko dalam portfolio pelaburan kita, dan salah satunya ialah dengan mengembangkan pelaburan dengan Private Mandate by DDNK.

What is Private Mandate?

Private Mandate diambil daripada Private Managed Account For Retirement (PMART), merupakan salah satu instrumen berisiko sederhana tinggi bagi mereka yang ingin mengembangkan potensi keuntungan portfolio pelaburan kewangan mereka dan namun masih lagi dijamin selamat oleh Security Commisioner Malaysia.

Ianya juga turut mempunyai variasi berlainan antaranya Private Mandate Unit Trust (UT), Private Mandate ETF atau Private Mandate Saham (blue chip, dividen yield, opportunities dan lain-lain lagi).
 

Siapa yang sesuai membuat pelaburan ini?

Pelaburan Private Mandate sesuai untuk mereka yang ingin portfolio pelaburan (minima amaun RM100K) diuruskan oleh DDNK dengan tatacara yang lebih berisiko rendah tetapi mendapat pulangan yang baik serta lebih terjamin.

Berapa modal minima untuk melabur?

Modal minima yang ditetapkan adalah RM100,000 namun dalam masa singkat, HQ juga turut membenarkan pelaburan bermula dengan RM50,000 namun sebelum memohon, bakal pelabur perlu disaring terlebih dahulu sebagai prosedur utama.

Unit Trust VS Private Mandate

Unit Trust, konsepnya lebih kurang sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana Unit Amanah). Keuntungan Unit Trust melalui dividen dan juga kenaikan harga unit dana. Namun Unit Trust lebih kepada mengikut kepada kemampuan pelabur, dengan modal permulaan serendah RM1000 sudah boleh melabur.

Private Mandate pula menyediakan pengurus dana profesional secara aktif juga bertindak sebagai ‘penjaga’ saham seperti jualan, potongan kerugian dan sebagainya untuk pelabur supaya mendapat pulangan yang maksimum. Ini juga bermakna, keuntungan bagi setiap pelabur Private Mandate adalah berbeza sebab Private Mandate hanya fokus kepada individu, bukannya berkumpulan. Walaupun dua individu pelabur melabur pada waktu yang sama, namun tidak menjanjikan saham mereka akan dilaburkan dalam saham yang sama.

Walaubagaimanapun, setiap share yang dipilih dan dilabur, pihak pelabur tidak boleh membuat pilihannya sendiri kerana Private Mandate ini mengikut budi bicara, terutamanya pelabur yang menggunakan wang simpanan KWSP. Disebabkan itu juga pelabur terutamanya pelabur tunai, akan diberikan option mix (diversify) Unit Trust dan Private Mandate (perbandingan dengan Private Mandate Unit Trust). Dananya akan di kawal oleh pengurus dana bagi memudahkan urusan pembelian, pertukaran dan jualan.

Gross Profit Yang Menarik Dan Tinggi Setakat Ini





Jika berminat, boleh segera hubungi https://wa.link/eikpmp untuk saringan dan untuk maklumat lanjut tentang Private Mandate, boleh ke laman sesawang private-mandate.com.

Alamat: Level 28 Penthouse, G Tower Jalan Tun Razak, 50450, Kuala Lumpur.
Telefon: +6013-3936460 (Sehingga jam 5:30pm)
Masa beroperasi: Isnin - Khamis : 8:00am - 6:30pm, Jumaat - 8:00am - 2:00pm

Post a Comment

5 Comments

  1. kalau ada modal apa salahnya kan..lgpun pelaburan ni mmg menguntungkan

    ReplyDelete
  2. Siapa yg minat dengan pelaburan ni bagus juga kan... Wawa ni kurg mahir bab gini tp boleh share dgn sedare wawa dy mmg suka bab2 ni

    ReplyDelete
  3. Bagus jgk kita melabur utk masa depan, kena biasalah simpan duit tu

    ReplyDelete
  4. This is my first time get to know about this Private Mandate investment, will check out more.

    ReplyDelete
  5. Melabur untuk masa depan memang bagus. Cuma kita perlu banyak belajar dan kaji tentang satu satu pelaburan tu supaya kita tak tertipu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!