Cadangan Hadiah Untuk Pengantin Baru (Edisi PKP - Tahun 2021)



Fuhhhh...sejak-sejak dah ditarik balik PKP 2.0, bukan main banyak jemputan kahwin. Ye la walaupun hakikatnya kita masih lagi di dalam PKPP, PKPB, PKPD...tetapi bila diberi kelonggaran untuk mengadakan majlis sosial seperti majlis perkahwinan, memang dah kira syukur la kan?

Mungkin ada yang lebih gemar memberikan duit kerana memikirkan pengantin dan keluarga perlukan duit berbanding barangan, tapi tak dinafikan pengantin baru juga mungkin memerlukan barangan-barangan yang bakal disenaraikan di bawah untuk memasuki alam baru, alam selepas menjadi suami isteri dalam keluarga kecil mereka.

Cadangan Hadiah Untuk Pengantin Baru

1. BARANGAN ELEKTRIK


Salah satu antara barangan yang pasangan perlukan semestinya barangan elektrik. Barang elektrik tidak terhad hanya kepada periuk nasi, blender, kipas, toaster sahaja. Mungkin boleh berikan yang agak unik dan jarang diberikan contohnya air-fryer, multicooker, pressure cooker, microwave, atau mixer. Mungkin harganya sedikit mahal, jadi mungkin boleh berkongsi dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang lain. Kesian pengantin kadang ada sampai 5 periuk nasi!!

2. TONG GAS / DAPUR GAS / INDUCTION COOKER

Kelakar rasa kan? Hei! Tong gas sekarang mahal tau, jadi apa kata berikan mereka sesuatu yang lain daripada yang lain, tetapi hati-hati jangan sampai ada masalah lain pula!

3. BARANGAN KELENGKAPAN RUMAH


Barangan atau peralatan kelengkapan rumah juga amat membantu buat pasangan baru. Pelengkap kepada sebuah rumah yang sempurna. Contoh barangan peralatan rumah mestilah televisyen (TV), mesin basuh, peti sejuk, set meja makan, vakum dan lain-lain. Mahal sikit tapi tahan lama!

4. KITCHENWARE @ PERALATAN DAPUR

Ini antara yang selalu kita tak terfikir, tapi sebenarnya ada kelebihan kalau kita berikan mereka peralatan dapur. Antaranya mestilah set pisau, saucepan, wok, set periuk belanga, casserole, set pinggan mangkuk dan sebagainya.

                                    

Kalau korang tercari-cari di mana nak beli peralatan dapur yang berkualiti seperti jenama LANGEN, NEOFLAM, CSK, KIGI, GORME dan lain-lain dengan harga yang berpatutan, Sally sarankan korang jengah di laman sesawang MyCookingStory. Bukan setakat harga berpatutan, bahkan ada FREE SHIPPING di seluruh Semenanjung Malaysia. Kalau tak dapat nak hadirkan diri ke majlis, minta alamat dan MyCookingStory akan hantar terus ke depan pintu pasangan pengantin.

Gunakan kod diskaun "MCSSALLY" untuk tambahan 10% diskaun. Sally memang beli set peralatan dapur untuk semua jemputan yang tak mampu nak disantuni lagi buat masa sekarang.

5. SET PINGGAN MANGKUK

Kesian pengantin kena beli pinggan mangkuk dekat kedai RM2 sebab lepas masak tak tahu nak hidang dalam apa. Jadinya, set pinggan mangkuk sangat la sesuai untuk diberikan, kalau tak dapat bagi set Corelle ke Clayton ke, boleh je beli set di IKEA atau kalau nak viral sikit set Enamel macam yang selalu Dato’ Rizalman guna tu.

6. SET KEGUNAAN DI BILIK TIDUR


     

Hah! Jangan fikir yang bukan-bukan ya. Set yang Sally nak cadangkan ialah set cadar dan sarung bantal, atau tuala mandi. Kalau tau saiz mereka boleh juga hadiahkan set baju tidur pasangan. Untuk yang beragama Islam, boleh juga hadiahkan mereka set telekung dan sejadah. Semoga makin bahagia perhubungan yang baru dibina. Insya-Allah.

7. HIASAN RUMAH

Hiasan rumah ini agak luas perspektifnya. Korang boleh tempah hiasan dinding yang sesuai, belikan jam dinding, karpet atau sekarang ini trend pokok-pokok indoor kan, kalau rasa tak yakin yang pasangan tu boleh jaga, beli sahaja pokok hiasan yang artificial.

8. BAUCAR MEMBELI BELAH

Kalau dah kekeringan idea sangat, boleh sahaja berikan baucar membeli belah atau baucar diskaun yang sesuai, mana tau mereka ada keinginan yang lain dan kita tak tau selera orang macam mana kan. Sekarang ini AEON, GIANT, AEON BIG semua ada jual baucar mereka.

Sebenarnya ada banyak lagi hadiah yang boleh korang berikan kepada pengantin yang baru mendirikan rumahtangga, seeloknya berikan hadiah yang sesuai dan yang boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang. Kalau kawan rapat, boleh juga tanyakan kepada mereka apa yang mereka inginkan, dan kita beli sahaja ikut keinginan mereka.

Post a Comment

3 Comments

  1. Banyak sekrg pilihan nak bagi pengantin. Bolehh dapat barng mahal dengan harga murah

    ReplyDelete
  2. lagi best kalau bagi hadiah kan..nanti penganti pun akan selalu ingt kat kita hihi..semua yang tersenarai tu mmg pengantin suka hihi

    ReplyDelete
  3. Baguslah cadangan hadiah macam nih... memudahkan bakal pengantin yang akan duduk rumah baru nanti. Semua dalam list sangat berguna. selalu juga bagi hadiah macam ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!