Bufet Ramadan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail - A Touch of Heritage.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail | Bercerita pasal masakan Melayu asli, kalau orang tanya nak cari dekat mana, memang takde yang lain selain daripada Restoran Rebung Dato Chef Ismail yang terbaik. Untuk Ramadan tahun ini, Chef Ismail memilih tema "A Touch of Heritage" yang akan membuatkan kita teringat kepada masakan kebanggaan Malaysia.



Seperti tahun-tahun yang lepas, bufet kali ini akan menampilkan lebih daripada 90 jenis menu yang menarik perhatian pengunjung antaranya lauk pauk yang istimewa disini seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas dan lain-lain lagi. Jangan lupa untuk cuba juga Nasi Ulam, yang sentiasa menjadi "signature" kepada Chef Ismail.







Restoran Rebung Dato Chef Ismail mempunyai lif serta mesra OKU. Restoran ini juga MEMPUNYAI SURAU yang luas dan selesa (boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa) untuk semua umat Islam mengerjakan solat Maghrib dan Isyak. Selain itu, parking kereta disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM4.00 sekali masuk.

Dalam norma baharu dengan SOP yang ketat, ruang makan mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang pada satu masa;
👉 Blue Room berkapasiti 12-15 orang
👉 Red Room berkapasiti 50-60 orang
👉 Green Room berkapasıti 60-70 orang
👉 Stage Area berkapasiti 80-90 orang
👉 Yellow Room berkapasıti 25 orang
👉 Anjung boleh menampung sehingga 40-50 orang

Harga bufet hanya RM84.80 untuk dewasa dan RM53.00 untuk kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun. Pakej bufet Ramadan akan bermula dari 13 April sehingga 11 Mei 2021



Bermula bulan Januari 2021, Restoran Rebung Dato Chef Ismail telah memulakan sıstem order makanan secara dalam talian melalui aplikasi foodpanda. Selain itu, pada 1 Mac 2021, Restoran Rebung Dato Chef Ismail juga telah memperkenalkan 5 produk baru “Ready-2-Eat Series” iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan & Sambal Tempoyak. Produk-produk ada dijual di restoran dan juga boleh didapatı di aplikasi Shopee (shopee.com.my/restoran_rebung_chef_ismail)

BERITA BAIK! Kalau korang rasa tak nak makan bufet tapi nak beli beberapa jenis menu sahaja daripada hidangan bufet, boleh walk-in ke Restoran Rebung Dato Chef Ismail bermula jam 3.00-6.00pm, untuk membeli juadah berbuka puasa. Ala-ala macam Bazar Ramadan!

Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Alamat: 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No. 1, Jalan Tanglın, Taman Botani Perdana, 50480, Kuala Lumpur.
No. Restoran : +6 03 2276 3535 | Office : +6 03 2276 2525
Emel » restoranrebungchefismail@gmail.com
Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail

Post a Comment

0 Comments