Bufet Ramadan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong

Kat mana nak berbuka? Kalau masih mencari tempat makan best untuk berbuka puasa, apa kata cuba bufet berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong.


Untuk yang macam samar-samar lagi, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Untuk bufet Ramadan pada tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 gerai kecil, didalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.



Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'.



Selain itu, ada juga Nasi Biryani yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)', 'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'.





Seterusnya, di gerai kecil, antara menu yang wajib dicuba mestilah 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuetiau Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner'.

Hidangan di gerai kecil ini termasuk 'Kambing Grill Sos Lemon', 'Char Kuetiau', 'Tepanyaki', 'Roti John', 'ABC', 'Dim Sum' dan banyak lagi.



Dah puas dengan menu utama, tak lengkap berbuka kalau tiada pencuci mulut. Disini terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah-buahan tempatan. Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis setiap bubur yang berlainan setiap hari termasuk 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'.



Harga Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong

Dewasa (Seorang) - RM79
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59

Bufet Ramadan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadan 2021 iaitu dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Special Offer!

Untuk yang ingin menempah untuk kuantiti yang ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa iaitu Satu (1) Meja (8 Pax) - RM632

Early Bird Offer!

Tak cukup lagi? Ini Sally nak war-warkan. Korang boleh dapatkan baucar Bufet Ramadan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut :
Dewasa (Seorang) - RM59
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30
1 Meja (8 Pax) - RM450

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadan di Lugar De La Boda, boleh layari laman web Hanana Group.

Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista, 47100 Puchong, Selangor.
buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanselangor2021

Post a Comment

0 Comments