Saturday, January 9, 2021

Malas Masak? Wajib Ada 7 Menu Baharu LengQuas! Jimat Masa, Mudah dan Sedap!

LengQuas - Menu Sedia Di Makan | Sebagai manusia, akan ada masa kita malas nak masak, tapi perut tetap perlu diisi walaupun malas macam mana sekalipun. Sally kalau dekat rumah, kadang tu bertekak dengan ibu siapa yang kena masak. Kalau malas sangat order je food delivery, tapi 2-3 kali ok la...kalau hari-hari nak order memang jemu!

Time macam ini la kalau ada makanan sejuk beku atau yang sedia di makan, indahnya hidup. Macam di dengari je permintaan Sally, terus terjumpa LengQuas, jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd.



Yang lagi indah sebab baru-baru ini mereka memperkenalkan tujuh menu makanan baharu. Perghhhh pendek kata macam seminggu tak payah nak fikir nak masak apa. Lagi seronok sebab mereka menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan sekitar Lembah Klang.

LengQuas sudah mula dikenali sejak tahun 2019, dengan menawarkan 17 hidangan lauk-pauk tradisional iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus.

Tujuh menu yang diperkenalkan antaranya lima menu tradisional seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng, LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa, Beef Stew dan Chicken Herb Glaze.





Setiap satu pek ini sesuai untuk dimakan 2-3 orang, nak panaskan pun mudah sangat. Kalau Sally dekat rumah hanya guna ketuhar gelombang mikro (microwave) sahaja untuk panaskan. Menu favorite Sally mestilah Kari Daging dengan Beef Stew tu. Makan dengan roti jadi ralit. Sedap dan kena dengan selera orang Malaysia kita.



SASARAN DAN HALA TUJU KOPETRO DAN LENGQUAS

KOPETRO Food sedang dalam rundingan bersama beberapa pengeksport dalam usaha membawa produk sejuk beku LengQuas menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua tahun 2021 nanti. Mereka juga dalam usaha untuk mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan veterinar bagi membolehkan produk keluaran dapat dieksport ke luar negara. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Selain memasarkan sendiri produk sejuk beku dengan jenama LengQuas, KOPETRO Food juga menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan membuka peluang perniagaan kepada Pengusaha industri kecil dan sederhana untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food.

KOPETRO Food juga telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia. Pemillik perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjasama dengan KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka atau ingin menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn. Bhd. di talian 017-319 5764.

Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, boleh ikuti akaun @lengQuas di Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok atau hubungi hotline LengQuas di talian 017-319 5764.

Layari laman web www.kopetrofood.com.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai KOPETRO atau ikuti akaun media sosial milik KOPETRO seperti berikut:
Facebook: www.facebook.com/lengquas
Instagram: www.instagram.com/lengquas

10 comments:

  1. wah sangat menarik. kuah kacang tu yg menarik ^_^

    ReplyDelete
  2. Heii makanan mcm ni la yg zaza perlukan hihi..sesuai sgt utk org yg xreti masak sgt mcm zaza 😋

    ReplyDelete
  3. Senang ada makanan sejuk beku macam nie kan Sally.. tinggal panaskan aja..

    ReplyDelete
  4. Wah ade paru berlado dan daging hitam.. Kene try ni.. Simpan stok

    ReplyDelete
  5. Wow.. Nampak mudah ada menu frozen lengquas ni... Time travel or xsempat masak leh guna ni..

    ReplyDelete
  6. senangnya.. kalau nak travel lagi senang ada makanan mcm nie

    ReplyDelete
  7. Hah elok sangat la beli semua ni letak kat ofis.. Lapar je boleh makan. Mudah kerja

    ReplyDelete
  8. Menariknya ada makan macam ni. Memudahkan kerja.. Terbaiklah

    ReplyDelete
  9. Pernah makan menu2 sb adik ipar keje dgn kopetro. Byk gak kami borong aritu hehe

    ReplyDelete
  10. Wah best nyer, time MCO kalau tak keluar and malas nak masak boleh makan ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!