CureƩ @ Jalan Imbi | Sebelum masuk tahun 2021, Sally dengan kawan-kawan sempat la lepak-lepak. Masa tu teringin nak makan Japanese Curry, jadinya ajak dorang lepak dekat CureƩ. Sebenarnya ini kali pertama lepak dekat sini, itu pun sebab Google pasal Japanese Curry keluar la restoran CureƩ ni.
Honestly ambience kat sini memang best, suka gila lepak dekat sini. Bayangkan la nak dekat 4 jam kami makan-makan berborak. Leka makan snek pun ya juga. Sally try order Gyoza with Curry Minced Chicken dan Lotus Root Chips. Sedap gila dua-dua ini, especially yang Lotus Root Chips, dah la garing well seasoned juga. Memang sangat recommended.
Hokkaido Soup Curry (Dihidangkan dengan terung, keladi, lada benggala, labu, lobak merah, cendawan Shimeji dan nasi menggunakan beras Jepun). Yang ini pemilik kedai cadangkan sebab katanya antara menu yang menjadi pilihan kalau pelanggan datang ke CureƩ.
Boleh pilih sama ada nak tambah peha ayam goreng, avaocado, Tempura Udang atau Natto. Tahap kepedasan pun boleh dipilih, kalau nak pedas ke atau nak biasa je, tapi kalau tambah kena add-on harga juga la ya.
Finally, haaaa yang ini Sally punya...tapi bukan la dua-dua sekali, basically Japanese Curry kat sini kalau yang basic disajikan dengan lobak merah, kentang dan nasi menggunakan beras Jepun). Tahap pedas pun boleh pilih, dan boleh pilih nak add-on apa, macam Sally tambah Chicken Katsu sahaja, kawan Sally tambah Chicken Katsu dengan Omelette.
Selain Chicken Katsu, boleh juga cuba Avocado Katsu, Prawn Katsu, Tuna Katsu, Natto, Fujiwara Tofu, dan Squid (Squid Ink Curry). Nak tambah keju pun boleh!
Yang ini pula menu acah-acah sihat, hahahaha...yang order nya tak makan...kami yang kena habiskan, Rawsome Tempeh Avocado Wrap. Kalau Sally suka je dengan menu ini, sebab ada tempe dan juga Avocado. Mungkin lain kali boleh cuba masa tak kenyang sangat lepas makan Japanese Curry tu.
Walaupun kenyang, akan sentiasa ada ruang untuk desserts. jadinya kami order beberapa jenis, tapi lupa pulak nama dia...tapi ada burnt cheesecake, matcha burnt cheesecake, matchagato dan deep fried Snickers dengan aiskrim. Sedap, mostly sedap especially yang deep fried Snickers dengan aiskrim, lain daripada yang lain.
Overall, puas hati la makan dekat sini. Mungkin akan repeat kalau ada dekat area Jalan Imbi, lokasi restoran ini dekat belakang Berjaya Times Square, 2 minit jalan sahaja dah sampai. Memang wajib cuba kalau korang teringin nak makan menu asli Jepun.
Alamat: No.40, Jalan 1/77A,Changkat Thambi Dollah, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Jam operasi: Dibuka setiap hari kecuali Rabu daripada jam 12pm - 6pm
Jam operasi: Dibuka setiap hari kecuali Rabu daripada jam 12pm - 6pm
3 Comments
Sedapnya! Bila nak ajak kita?š
ReplyDeletePerghhh. sedap.. nak mencari jugak kalau ada kat Johor niiii... Teringin try.. walau x tahu apa rasanyaaa.. hehe
ReplyDeleteSuka lotus root chips tu. Sedap.
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!