'Rasa Viet' Hilangkan Rindu Pada Makanan Vietnam.



Travel ke Vietnam masa PKPB! Eh jangan salah faham, tak keluar dari Malaysia pun...buat apa nak terbang ke Vietnam semata nak makan Pho, kalau dekat Rasa Viet pun ada. Masuk je dlm kedai macam dah ada dekat Vietnam dah...hehehe...interior dalaman dia mmg ada vibe Vietnam tu.

Rasa Viet merupakan sebuah restoran yg Muslim Friendly dan yg paling best sebab semua makanannya bebas MSG, jadi boleh la makan dengan tenang~ Bahan-bahan mentah mereka turut diperoleh daripada pembekal yang berstatus halal.



Sally cuba pelbagai jenis menu, antaranya 🥭 Mango Salad (Prawn & Smoked Duck), selalunya orang order yang udang, Sally order dua-dua sekali...udang dan juga itik salai. Surprisingly rasa itik salai tu serasi tau dengan mango salad tu, masin sikit la sebab itik salai kan...tapi kalau makan memang ralit...lagi bertambah sedap sebab ada keropok udang tuuu.



Grilled Lemongrass Chicken 🍗 (digril dengan serai tu), ini pun antara starter yang wajib cuba, rasa sos dia tu sedap, dah la wangi je sebab isi ayam itu digril bersama dengan serai. Cukup lemak!



Summer Roll (Vietnamese Spring Roll), yang original takkan sama ya dengan yang orang kita jual. Istimewanya juga di Rasa Viet, tak guna sos cili Thai atau sos lain, tapi ada homemade peanut sauce, yang penting bukan kuah kacang macam kita makan dengan ketupat tu.





Dah settle dengan appetizer, sekarang kita usha menu utama pulak. Sally try 🥩 Beef Pho, Grilled Chicken Vermicelli & Braised Fish 🐟 in Fish Sauce.

Serius la pho dia sedap gila...mmg lain drpd yg lain. Sup dia direneh lebih daripada 10 jam tau, bukan reneh guna tulang lembut, tetapi isi dia...So, mmg sangat flavorful. Disertakan juga chili vinegar dengan dipping sauce tu kalau korang jenis nak ada kick pedas, tapi kalau Sally mmg makan macam tu je dah sedap, terasa sup dia tu!



Chicken Vermicelli, pilihan untuk mereka yang nak makan mee tapi tak nak yang berkuah. Ralit makan sebab macam makan salad je feel dia, tapi kenyang. Vermicelli/Bihun mereka memang diimport secara terus dari Vietnam.



Braised Fish 🐟 in Fish Sauce, untuk korang yang nak makan nasi. Ikan yang digunakan ialah ikan "Butterfish", sedap manis dan kenyal, sos ikan tu seharusnya masin, tapi kalau makan dengan nasi memang ngam!



Oh, utk desserts, wajib wajib wajib try Traditional Caramel Pudding 🍮 (Banh Flan) dan Fried Cempedak yg dihidangkan dgn aiskrim kelapa 🥥!! Paling tak boleh lupa order, mestilah Vietnamese Drip Coffee ☕ tu, serius mmg rindu gila sbb dah hbs dah stok kopi Vietnam Sally...sampai 2 gelas tau Sally order!

Jgn lupa pergi singgah Rasa Viet kalau korang ada berdekatan dgn Bangsar South, trust me mmg worth it la setiap menu yg korang pilih...lepas ni pergi Rasa Viet je la, tak payah terbang pi Vietnam! 😬

Rasa Viet - The Sphere Bangsar South
G-3A, The Sphere, 59200 Kuala Lumpur
📞 03-2242 1880
🕰 11am - 10pm (Setiap Hari)

✔ Facebook: www.facebook.com/RasaViet
✔ Website: www.rasaviet.com

Post a Comment

8 Comments

  1. Tengok gambar ni pun dah rasa terliur.. lemongrass chicken tu yg nampak menarik perhatian zaza..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lah pilihan makanan kat sini.. semua menarik..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok.. Lemongrass chiscken pernh rasa, spring roll pernah.. Cuma bukan kat viet ni la.. Kene try yang kat sini ni

    ReplyDelete
  4. Pehhh lama xmakan makanan vietnam.. Kita suka gila menu2 dia.. Tgk kt rasa viet ni rasa nk cuba tp jauh..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, npk berkhasiat je.. paling suka vietnam roll.. terliur kita

    ReplyDelete
  6. Vietnamese roll tu memang favourite akak sangat. Sedap je makan. Crunchy dan soft je kan

    ReplyDelete
  7. Boleh terjah, akk suka Vietnamese food 🍲 tp ssh nk cr.. Ni dh tahu, nt boleh terjah

    ReplyDelete
  8. Wah i m craving for vietnamese food, going to check out their delivery menu.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!