Saturday, November 7, 2020

Zizi Kirana lancarkan single baharu "Tentu" secara eksklusif di bawah projek “JOOX ORIGINALS Super Producer”

JOOX, Platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya mempersembahkan “Tentu”, single terbaru oleh artis Hip-Hop sensasi Malaysia, Zizi Kirana. Lagu ini dilancarkan di bawah projek “JOOX ORIGINALS Super Producer”.

‘Tentu’ mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik tanah air apabila berjaya menduduki tangga ke-13 di antara semua lagu Bahasa Malaysia hanya setelah dua hari dilancarkan. Lagu ini telah dilancarkan secara eksklusif oleh JOOX Malaysia, dan pasti akan menghanyutkan peminat muzik menerusi lirik yang mencerminkan pemerhatian dan pandangan Zizi Kirana mengenai kejadian semasa di seluruh dunia.

Menurut Zizi, yang juga merupakan salah satu komposer lagu "Tentu", tahun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar bukan hanya kerana pandemik COVID-19, tetapi juga kerana kematian rakan karibnya, Sandra Dianne. Penyanyi itu mengatakan bahawa dia menyalurkan kesedihan dan perjuangannya melalui masa-masa sukar ini ke arah kreativiti, lalu terlahirnya lagu JOOX ORIGINALS ini.

Tentu” menutup tirai siri Super Producer JOOX ORIGINALS, yang telah menghasilkan banyak lagu hit untuk peminat muzik Malaysia sepanjang tahun 2020, menampilkan artis-artis terkemuka seperti Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Sophia Liana, dan Aziz Harun, dihasilkan oleh penyanyi serta penulis lagu terkenal dan penerbit muzik Faizal Tahir . "Tentu" kini dinikmati oleh peminat muzik tanah air dan juga berjaya memasuki senarai hit Era Lagu Baru Nak Up. Bukan itu sahaja, lagu ini juga berjaya menduduki tangga ke-13 di antara semua lagu Bahasa Malaysia hanya setelah dua hari dilancarkan.

Single Terbaru Zizi Kirana - Tentu

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, berkata, “JOOX dengan bangganya melancarkan single baharu Zizi Kirana ‘Tentu’ sebagai penutup tirai untuk projek siri Super Producer kami yang sangat berjaya di Malaysia pada tahun ini. Sepanjang tahun ini, kami mengeluarkan banyak lagu hit untuk peminat muzik di Malaysia yang mendambakan perkhidmatan penstriman muzik yang menepati citarasa tempatan dan juga gaya hidup pantas, dan sekaligus membentuk tabiat dan pilihan muzik mereka.

"JOOX akan terus menyediakan kandungan segar dan paling inovatif, serta fitur interaktif yang menyeronokan kepada penggemar muzik Malaysia seperti fungsi karaoke yang mendapat sambutan hangat dan memberangsangkan. Fitur Karaoke JOOX tidak hanya memberikan peluang kepada pengguna JOOX untuk menunjukan bakat muzik mereka tetapi mereka juga boleh berduet dengan bintang tempatan seperti Zizi Kirana. Yang paling penting bagi kami di JOOX adalah untuk terus komited dan menyumbang kepada perkembangan muzik di Malaysia” tambahnya.

JOOX juga menyediakan platform untuk para peminat yang berkeinginan untuk berkongsi pentas dengan Zizi Kirana! Pengguna JOOX yang berbakat dapat menyanyikan lagu "Tentu" pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui fitur karaoke JOOX, dan juga berpeluang untuk bernyanyi bersama artis lain seperti penyanyi dan penulis lagu Sissy Imann, yang turut sama berduet dengan Zizi! Jangan ketinggalan peluang keemasan untuk berduet dengan Zizi Kirana dalam Kempen Karaoke JOOX Originals dari 20 hingga 26 November, dan nantikan “JOOX Live Chat” yang akan datang! Aplikasi JOOX boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store atau laman rasmi JOOX website.

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!