5 Sebab Kenapa Ting Tong Ayam Goreng Wajib Dicuba.



Ting Tong Ayam Goreng, nama pun dah catchy gila kan? Tapi guys jangan risau, takde lagi kes yang dilaporkan jadi tingtong (gila) lepas makan ayam goreng ni...HAHAHA...Ting Tong Ayam Goreng ini diusahakankan oleh sepasang suami isteri, Puan Yanti dan suaminya, Rosdi Lew.

"Apa yang wajib cuba nya? Ayam Goreng je pun." - Netizen

Salah, korang salah! Ianya confirm Bersih, Halal, Segar dan Sedap!



Kenapa Sally cakap macam tu?
Sebabnya kesegaran, kualiti minyak, dan pelbagai aspek lagi di jaga untuk mendapatkan rasa yang segar dan manis isinya.

1. AYAM YANG SEGAR
Kalau Korang nak tau, ayam yang digunakan bukan dibeli di pasaraya atau yang sejuk beku tau, semua ayam disembelih dan digoreng pada hari yang sama. Takde istilah ayam busuk, ayam tidak segar atau sebagainya. Semestinya ayam yang terbaik kualitinya disediakan.

2. REMPAH YANG ASLI DAN TING TONG
Ayam Goreng Ting Tong menggunakan 10 jenis rempah yang membangkitkan rasa, dan sukatan yang betul bakal menjadikan "ting tong" tu. Resipi asal telah diturunkan dan diwarisi daripada arwah ibu Puan Yanti, dan rahsianya ayam goreng ini akan kekal rangup lebih lama.

3. HALAL DAN BERSIH
Jangan risau sebab Ting Tong Ayam Goreng memang telah mendapat pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Semestinya cara sembelihan dan juga penyediaan diyakin bersih dan selamat untuk dimakan.



4. PELBAGAI PILIHAN BAHAGIAN AYAM
Di Ting Tong Ayam Goreng, bukan sahaja ada ayam goreng tau, semua bahagian ayam ada dijual. Untuk pilihan ayam ada bahagian peha, kepak, thigh. Selain daripada itu ada juga dijual kaki ayam, pedal, tengkuk, rangka ayam, kulit ayam dan juga makanan sampingan; kentang goreng dan tauhu goreng.



5. BOLEH DELIVERY ATAU DINE-IN
Lepas tengok review, fuhhh berdesup Sally usha delivery. Kalau korang teringin nak cuba boleh try tengok dekat FoodPanda dan GrabFood. Jangan risau, ianya diyakini bersih, halal, sedap dan segar sentiasa. Kalau korang tak nak delivery, boleh singgah ke outlet mereka di:

1) AB Corner, Wangsa Maju
62, Jalan 2127A, 53300 Kuala Lumpur

2) Medan Selera Abang Besar
Jalan Sri Cheras, Taman Kota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

3) Laman IR Uptown & Foodcourd Lake Field Sg Besi
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Kedai dibuka bermula jam 3.30pm - 11.30pm







Kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 atau mereka yang hilang punca pendapatan atau suri rumah, ada peluang untuk memulakan perniagaan menjual Ting Tong Ayam Goreng. Kepada yang berminat boleh berhubung dengan Puan Yanti di talian (012-2597711) untuk berbincang bagaimana untuk memulakan bisnes (modal bergantung kepada perbincangan). Mereka akan membekalkan bahan-bahan seperti tepung dan lain-lain.. Matlamat asal ialah utk membantu mereka yang memerlukan peluang untuk memulakan perniagaan.

Facebook: Ting Tong Ayam Goreng
Instagram: @tingtongayam

Post a Comment

12 Comments

  1. ish !! dahlah saya memang penggemar ayam goreng

    ReplyDelete
  2. lps makan ting tong. hahahaha.. anyway ayam goreng makanan kesukaan cik en

    ReplyDelete
  3. Fav tu rangka ayam dengan kulit ayam, nanti lps PKPB bolehlah jjcm cuba Ayam Ting Tong nih.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ayam goreng gini.. mcm goreng kat rumah pastu makan ngn nasi panas2..

    ReplyDelete
  5. Alamak.. sedapnyaaa..
    Syok buat ratah gitu je ni kan..
    Nampak kerangupan dia tu..

    ReplyDelete
  6. 10 rempah tu yang buat ayam ni sedap kan. Boleh cuba nanti. Dkt WM je pun ni.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tengok.. Nampaknrangup.. Dah lama tak makan rangka.. Dh usha kat grabfood.. Nanti teringin boleh beli

    ReplyDelete
  8. Omg... this is so tempting, now you make me want to try this Ayam Goreng Ting Tong.

    ReplyDelete
  9. uuishh semua bahagian dia jual hehe.. kadang2 rasa tingin nak makan pedal n kaki ke.. tapi x penah makan kaki ayam yang guring. selalu sup je..

    ReplyDelete
  10. Menarik sangat ni ada banyak bahagian bahagian ayam goreng. 10 jenis rempah bergabung pasti sedap!

    ReplyDelete
  11. 5 Sebab? 1 dah cukup - Sedap!

    ReplyDelete
  12. memang nampak sedap la walaupun nama kelakar..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!