Wednesday, November 25, 2020

Promosi LuLu Super Friday; Super Products, Super Deals!


LuLu Super Friday (23 November - 6 Disember 2020) - Siapa yang tak suka dengan penjimatan dan sebab itu la Sally nak kongsikan dengan korang tentang promosi LuLu Super Friday yang telah bermula sejak 23 November sehingga 6 Disember 2020. Jangan risau, bukan hanya terhad kepada hari Jumaat sahaja tau, ianya sepanjang minggu!


Promosi LuLu Super Friday dijalankan di kedua-dua cawangan LuLu di CapSquare (Kuala Lumpur) dan 1 Shamelin Mall (Cheras). Apa yang menarik sepanjang LuLu Super Friday, produk-produk terpilih ditawarkan diskaun sehingga 70%. Sangat berbaloi, selari la dengan tagline mereka Super Products, Super Deals!

LuLu Super Friday juga menyokong dan mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia bagi menaikkan dan menstabilkan ekonomi Malaysia. Siapa kata barang Malaysia tiada yang bagus?

BARANGAN ELEKTRIK DAN GAJET

Untuk mereka yang mencari peralatan elektrik dan juga gajet terbaru, terdapat pelbagai promosi yang telah dijalankan untuk direbut. Semua alatan seperti telefon bimbit, laptop, barangan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin dan lain-lain turut dijual dengan promosi yang tak masuk akal.

Bayangkan televisyen jenama Sony 65" 4K Android TV boleh dapat dengan harga serendah RM3,299 daripada harga asal RM4,299. Penjimatan RM1,000!!


FESYEN DAN GAYA HIDUP

LuLu Super Friday juga membawakan pelbagai jenis fesyen pakaian lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Bukan hanya terhad kepada pakaian, kasut dan beg juga ada promosi. Untuk fesyen pakaian wanita jenama-jenama terkemuka seperti Eten, modernform, Ladies Fashion ditawarkan diskaun sehingga 30%.

Jangan risau, untuk jenama pakaian kanak-kanak, O'Dear juga turut menawarkan diskaun hebat sehingga 50%, manakala jenama Ruff menawarkan diskaun sehingga 30%.



Rambang mata bila tengok fesyen pakaian kanak-kanak, teringat dekat anak-anak buah yang sedang membesar dekat rumah, ikut hati memang semua nak di sapu bersih! HAHA. Tidak dilupakan kasut dan beg pelbagai jenis juga ada banyak diskaun. Jangan terkejut kalau kasut jenama Sketchers pun ada diskaun sehingga 50%!!!

Jangan risau, semua fesyen up-to-date, bukan hanya promosi nak habiskan stok tau, stok semuanya stok yang latest dan berbaloi kalau kita grab!

BARANGAN KELENGKAPAN RUMAH

Jujurnya ini bahagian yang paling Sally suka, terutamanya set FL Granite Cookware ini yang didatangkan dengan saiz 20/24/28cm ini. Bayangkan harga asal RM399, tapi dapat diskaun 25%, sekarang hanya RM299. FL Granite Cookware ini bukan hanya sesuai untuk dapur gas, dapur induksi pun boleh tau.

Oh! Kalau korang berminat, set FL Granite Cookware ini hanya terdapat di cawangan LuLu Hypermarket CapSquare. Selain daripada set periuk macam ini, ada pelbagai lagi barang kelengkapan rumah yang boleh kita terjah macam tablewares, coffee pot, frying pan dan banyak lagi la.


Mainan kanak-kanak pun ada promosi tau.

PRODUK MAKANAN DAN BARANGAN PENCUCI

Terakhir sekali, tak lengkap la promosi kalau takde promosi barangan makanan. Sempena promosi LuLu Super Friday ada pelbagai produk makanan seperti beras, minyak masak, susu tepung dan susu UHT, biskut dan coklat boleh kita dapatkan.

Kepada peminat malt drink jenama Barbican, ada promosi tau sebotol hanya RM1.90, tapi hanya terhad kepada 6 botol sahaja untuk setiap pembelian/pelanggan.




Sabun pencuci jenama TOP, Good Maid dan Dynamo pun ada termasuk di dalam promosi LuLu Super Friday. Kenapa bayar lebih jika kita boleh jimat dengan berbelanja di LuLu Hypermarket sempena promosi Lulu Super Friday. Untuk maklumat lanjut dan katalog promosi, boleh layari laman Facebook: www.facebook.com/LuLuHypermarketKL atau laman web malaysia.luluhypermarket.com/MY/all

5 comments:

  1. Replies
    1. Ada yg more than half price Kak Wawa... Up to 70%!

      Delete
  2. kite tak pernah tahuu ada kedai ni wak..
    tengah sale kaw kaw pulak tu..

    ReplyDelete
  3. Best kan shopping kat Lulu ni... Okay brang dapur dah topup sempena Super Friday ni.. Xsabar tunggu Christmas sale pulak

    ReplyDelete
  4. kalau dekat, nak juga pergi. banyaknya offer. mata ni asyiklah terpandang periuk tu :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!