Kejap Food @ Caltex Setiawangsa | Pandu Lalu Berkonsepkan Makanan Lokal Malaysia.



DRIVE-THRU JUAL NASI? JUAL KUIH? JUAL SATE? 🤔

Rasa macam kelakar, tapi eh betul ke wujud? Eh mestilah, Sebelum ni kalau sebut drive-thru je mesti makanan barat, atau fast food...ni first time tau Sally jumpa drive-thru yang jual nasi...hahahaha...dia punya happy macam apa, eh tapi bukan setakat nasi je tau, ada kuih muih, sate dan yang paling best sekali roti aiskrim yang menggunakan roti pelangi!

Musim Covid-19 dan PKPB menyebabkan pergerakkan kita agak terbatas, nak keluar pun takut, nak jumpa orang pun takut tapp hidup masih perlu diteruskan, makan tetap kena makan sebab tu la Sally rasa @kejapfood ni mmg wujud pada masa yg tepat!



Kita tak payah fikir nak cari parking, nak risau kena saman kalau tak bayar, berpanas hujan, tak perlu nak berjalan bagai sebab kita boleh drive thru je dan beli makanan atau snek yang kita nak. Apa yang membuatkan Sally teruja sbb semuanya makanan Malaysia tau dan fresh!

Disini mereka menawarkan pilihan Breakfast Lokal (bermula jam 7.00 - 12.00pm), Everyday Nasi, Daily Special (5 jenis nasi untuk 5 hari berbeza), pencuci mulut dan semestinya semuanya kegemaran dan menu kebanggaan Malaysia.



Daily Special @ RM9.90

⦿ Isnin - Nasi Beriyani Ayam
⦿ Selasa - Nasi Dalca Ayam Kurma
⦿ Rabu - Nasi Tomato Ayam Masak Merah
⦿ Khamis - Nasi Hujan Panas Ayam Rendang
⦿ Jumaat - Nasi Kunyit Ayam Goreng Berempah



Sally suka gila dengan roti aiskrim dia, mungkin salah satu sebab dia menggunakan roti pelangi yang tengah viral sekarang ni kan...Honestly kalau Sally dapat makan roti aiskrim ini hari-hari pun takpe, sebab comel sangat dan sedap!



Harga yg mereka tawarkan pun sgt berpatutan dan kalau korang nak tau Caltex Setiawangsa merupakan outlet pertama @kejapfood di Malaysia. Buat masa ni mereka berstatus Muslim-friendly (Sijil Halal JAKIM sedang dlm permohonan). @kejapfood dibuka setiap hari drpd jam 7am - 10pm. Jgn lupa singgah tau kalau korang ada berdekatan dengan kawasan Taman Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju, Jelatek dan sekitar.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website: www.kejapfood.com
Facebook: www.facebook.com/kejapfood
Instagram: www.instagram.com/kejapfood

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah. Syukur. Memang Kejap Food muncul pada masa yang tepat, di saat orang ramai memerlukannya. Yang bagusnya tu sebab ada nasi dan kuih-muih!

    ReplyDelete
  2. amboi.. mudahnya klu jenis cmni.. tp makanan yg lain dari fast food yg lain

    ReplyDelete
  3. Menarik ni sally. Nak cuba lah nanti. Nk order juga roti aiskrim dia tu. Dapnya.

    ReplyDelete
  4. Alamak. Semua menu best² ni. Tergoda la tgk

    ReplyDelete
  5. Dekat dengan rumah.. Boleh try ni.. Sedapnya tengok.. Sennag kalau lapar drive thru beli nasi.. No fastfood

    ReplyDelete
  6. Ehh ada drive thru la kat kejap food. Patutla nama pun kejap.. Kelakar tp unik nama dia... Terbaiklahh

    ReplyDelete
  7. Oh yumsss nak roti ais krim tu, time kecik kecik makan lah tapi sekarang susah nak cari.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!