Nak Buat Cermin Mata Murah? Wajib Terjah Eye Pro Vision di Sungei Wang!

CERMIN MATA MURAH DI SUNGEI WANG | Kalau cerita pasal cermin mata, memang Sally dah mula guna cermin mata sejak darjah 4 lagi, bayangkan la sekarang cermin mata Sally, power pun dah menginjak ke 575, part tebal jangan cerita la...

Bila jadi blogger sepenuh masa dan sentiasa menghadap skrin komputer dan telefon pintar, sedikit sebanyak mengganggu keselesaan mata dan silau jadi makin teruk. Cermin mata yang Sally buat tahun lepas macam dah meminta-minta dah nak tukar, apa lagi...kalau nak buat cermin mata murah, memang wajib jengah Sungei Wang tapi huihhhh banyaknya kedai, yang mana satu yang okay?

Eye Pro Vision; kedai viral No 1 di Malaysia

Selepas merisik sana sini, Sally terjah Eye Pro Vision, dengar kata mereka ini kedai viral No 1 di Malaysia, serendah RM65 dah boleh dapat cermin mata...ini scam ke apa...Meh kita usha laa untuk dapat kepastian...Kata orang kalau nak murah kena cari William (sebab bos je boleh bagi diskaun HAHA), kebetulan rezeki, ada dia kat kedai...kita check mata sap sap soiii siap....hahahaha...tapi takde la sepantas kilat, ini perumpamaan je. Haha.

Eye Pro Vision; kedai viral No 1 di Malaysia

Eye Pro Vision; kedai viral No 1 di Malaysia

Honestly staf kat sini jenis yang peramah, Sally pula dah la jenis loyar buruk manjang, melayan je la dorang...pendek kata servis memang tip top!

William ini pula jenis tak lokek ilmu, sambil check mata, daripada zero knowledge sampai boleh tau la pasal apa itu katarak, glukoma...and guess what, mata Sally dah ada sikit-sikit tau katarak, gila seram!! Sayang mata kita oii!!

Eye Pro Vision; kedai viral No 1 di Malaysia

Masa ini William tengah tunjuk Sally beza kanta yang anti silau dan kanta yang biasa, bayangkan la kalau kita guna kanta tanpa anti silau, cahaya UV yang bahaya tu boleh masuk terus ke dalam bahagian mata, itu yang boelh terjadinya katarak!

Kalau korang nak tau, Sally tak pernah rasa perlu kanta yang anti silau, sebab selalu kalau nak tambah kanta anti silau, kena tambah duit. Bayangkan dengan power Sally yang dah hampir menginjak ke 600 ini, memang mahal, pernah buat cermin mata sampai RM800 dulu-dulu, tanpa kanta anti silau, kalau tambah berapa la jadi kan tapi sekarang tak risau sebab kita boleh dapatkan cermin mata yang lengkap dengan kanta Alpha Blue 420, siap sekali dengan bingkai dengan harga RM125! Now I get your attention kan?!!

Eye Pro Vision; kedai viral No 1 di Malaysia

Apa yang bagusnya dengan kanta Alpha Blue 420?

Kenapa Sally pilih Eye Pro Vision pertamanya, salah satu sebab memang sebab kanta dia. Kanta Alpha Blue 420 memang specialty untuk Eye Pro Vision, yang mana ianya dikhaskan untuk tahan silau pada waktu malam, terutamanya mereka yang ada kesukaran nak nampak masa memandu kerana silau lampu LED daripada kereta.

Selain itu, macam yang Sally cakap awal tadi, jadi blogger sepenuh masa dan sentiasa menghadap skrin komputer dan telefon pintar, memang WAJIB WAJIB WAJIB kalau buat cermin mata guna kanta Alpha Blue 420 ini, sebab kanta ini memang 100% UV420 dan takkan tembus silau dengan adanya 12 lapisan coating tahan silau, bertambah gembiranya kalau power kurang 400 dan silau dalam 200, harga cermin mata hanya RM125 !!

Gila tak terkejut, sebab sebelum ini macam Sally cakap tadi la harga memang tepuk dahi la kalau nak buat cermin mata, sampai pernah 3 tahun Sally tak tukar cermin mata tau, itu yang daripada power 300 mendadak naik ke 500.

Eye Pro Vision; kedai viral No 1 di Malaysia

Habis tu Sally punya cermin mata berapa RM pula kalau dah lebih power 400?

Masih affordable guys, sebab spek yang cantik macam Sally pakai ini tak sampai RM200 pun, masih on budget, bukannya kita buat cermin mata seminggu sekali kan...hahahaha...Bila tengok skrin laptop, skrin smartphone, memang rasa kelainan daripada cermin mata yang lama.

Overall memang puas hati dan berbaloi sangat buat cermin mata dekat sini walaupun dalam pandemik COVID-19 ini, beberapa orang kawan pun dah booking Sally nak suruh teman buat cermin mata dekat sini selepas selesai PKPB nanti. Kalau ada saudara mara, kawan-kawan atau ahli keluarga nak buat cermin mata murah tapi kualiti tip top, Sally cadangkan terjah Eye Pro Vision di Sungei Wang!

Eye Pro Vision; kedai viral No 1 di Malaysia

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza
11am - 9pm
William (+6016 377 1304)

Post a Comment

5 Comments

  1. cermin mata akk skrg ni pun akk buat dkt kajang..
    baru rm39 hehehe...

    ReplyDelete
  2. sekarang ni trend cermin mata bulat tu, saya haritu ada nk beli spek, pastu bila try hat bulat tu burukkk. tk sesuai dgn muka saya.

    kak sally pakai sesuai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! akak suka gila tapi ramai kata tak cantik, at last back to square one blk laaa...huhuhu

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!