Be In Control In 4 Weeks With Glucerna® | Memperkasakan Gaya Hidup Rakyat Malaysia Yang Menghidap Diabetes.

Be In Control In 4 Weeks With Glucerna® | Korang nak tau, ada satu survey yg telah dijalankan oleh Abbott baru-baru, seramai 158 orang telah menjawab survey ini dan guess what, daripada survey ini Abbott merumuskan bahawa kebanyakan pesakit diabetik mempunyai kesukaran utk mengawal bacaan glukos mereka.

Hasil menunjukkan ‘kelesuan diabetes’ di kalangan penghidap diabetes, yang berlaku apabila mereka sukar menguruskan penjagaan kesihatan dan mengawal penyakit, telah menyumbang kepada kadar kepatuhan nasihat perubatan yang rendah, penjagaan kesihatan diri yang berkurangan dan kawalan paras glukosa yang lemah. Lebih daripada tiga suku responden menyatakan bahawa mengekalkan berat badan sihat dan mengikuti diet sihat adalah dua punca tekanan yang utama. Dua aspek teratas dari segi pengurusan diet yang menyebabkan tekanan adalah mengikuti diet yang sesuai untuk penghidap diabetes (72%) dan perlu mengira kalori atau karbohidrat setiap hari (73%).

Be In Control In 4 Weeks With Glucerna®

Sejak 5 tahun yang lepas, ibu Sally memang dah di diagnosis menghidap Kencing Manis selain daripada penyakit Darah Tinggi. Semasa bekerja ibu memang jarang sakit tapi selepas pencen, satu persatu penyakit datang menjengah.

Ibu memang susah sangat nak kawal pengambilan gula dia, kalau minuman 3 in 1 memang dia suka sangat, sampai satu tahap tahap glukos dalam darah dia naik agak tinggi dan selalu kena marah dengan doktor bila dia pergi regular medical check-up, jadinya lepas Sally tahu tentang susu formulasi Glucerna yang boleh membantu mengawal pengambilan gula dan mengawal paras glukos dalam darah, terus Sally belikan untuk dia.


Kebetulan, masa ibu mulakan perjalanan Glucerna dia, Sally dapat tau tentang program perjalanan selama 4-minggu bersama Glucerna yang bertemakan #BeInControlWithGlucerna, memang terus Sally suggest ibu sertai. Dalam tempoh 4 minggu ini, ibu amalkan Glucerna di dalam diet makanan harian setiap hari. Bukan setakat minum je, ada pelbagai resipi yang Sally cuba pelbagaikan guna Glucerna juga tau.

Jujurnya dalam 4 minggu ini, ada masanya ibu memang rasa macam nak menyerah kalah juga, tapi lepas satu tahap tu, bila dia tengok kadar glukos dia berkurang dari sehari ke sehari, semangat tu datang balik. In terms of berat badan, tidak banyak perubahan tapi kadar glukos memang berubah dari semasa ke semasa. Bayangkan daripada bacaan 9.8 (Minggu 1), 8.3 (Minggu 2), 7.7 (Minggu 3) dan 8.1 (Minggu 4). Ibu sendiri lepas tengok bacaan minggu kedua, terus semangat nak sambung sampai minggu 4.


Bayangkan la macam mana keadaan orang yang minum manis hari-hari, makan banyak, makan benda yang manis, tiba-tiba kena kawal pengambilan. Nasib juga la Sally pelbagaikan minuman dan makanan yang dia ambil, jadinya tak la terhad kepada minum susu sahaja.

Resipi Menggunakan Glucerna®

Di dalam kit Be In Control In 4 Weeks With Glucerna®, ada disertakan buku resipi yang menggunakan susu Glucerna. Sally sempat la cuba beberapa resipi yang dihasilkan oleh Georgen Thye (Pakar Perunding Pemakanan & Pengasas Georgen Cooking). Boring la kalau 4 minggu asyik minum susu je kan, jadinya kita adakan kelainan sikit.


Sally cuba buat Apam Balik, Caffe Latte dan Matcha Latte. Bak kata ibu, memang ada beza la dari segi rasa, tapi sebab dah terbiasa dengan rasa Glucerna, jadinya tak ada masalah la. Sally pun ada jugak cuba, surprisingly rasa sedap dan lepas tu kita jadi lebih kenyang dan tak terlalu craving for sugar.


Fakta mengenai Glucerna®

● Glucerna® BAHARU dengan formula yang dipertingkatkan membantu pengurusan diabetes dan memberikan nutrisi lengkap untuk penghidap diabetes. Dengan kepakaran saintifik selama 30 tahun dari lebih daripada 30 kajian saintifik, Glucerna® adalah formula diabetes No.1 yang paling disyorkan oleh pakar penjagaan kesihatan dan terbukti secara klinikal dapat mengawal paras glukosa dalam darah pada sasarannya dalam masa hanya 4 minggu.

● Glucerna® baru mempunyai 4X Myo-inositol. Kajian saintifik menunjukkan bahawa myo-inositol membantu meningkatkan kepekaan insulin, yang membawa kepada kawalan glukosa yang lebih baik.


● Glucerna® juga mempunyai 28 vitamin dan mineral, termasuk peningkatan vitamin D, kalsium, zink dan zat besi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan orang yang menghidap diabetes. Ia mengandungi asid folik 35% lebih tinggi dan zat besi 56% lebih tinggi (Glucerna® Vanila baru berbanding versi sebelumnya dari Glucerna® Vanila) untuk membantu memenuhi keperluan wanita yang meningkat semasa kehamilan, menjadikannya sesuai untuk wanita dengan diabetes kehamilan.


Glucerna didatangkan dalam 3 perasa; Coklat, Vanila dan yang terbaru perisa Gandum. Setiap hidangan Glucerna Vanila dan Gandum memberikan tenaga sebanyak 228 kkal, manakala Glucerna Coklat pula memberikan 226 kkal. Glucerna jika digunakan sebagai pengganti makanan, dapat membantu mengurangkan pengambilan kalori, dan seterusnya menyokong pengurusan berat badan. Glucerna® juga telah mendapat pengesahan Halal JAKIM.

Suka Sally nak ingatkan, Glucerna bukan pengganti ubat diabetes, Glucerna tidak bertujuan untuk mengubati diabetes, tapi membantu menyokong pengurusan diet mereka yang ada diabetes. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Glucerna dan mendapatkan sampel, boleh ke laman sesawang ini. Boleh juga dapatkan Glucerna di platform Lazada dan Shoppee.

#GlucernaMyJourney
#BeInControlWithGlucerna
#GlucernaMy

Post a Comment

2 Comments

  1. Moga ibu terus konsisten bersama Glucerna. In shaa Allah, kandungan gula dalam darah akan beransur kepada bacaan lebih rendah.

    ReplyDelete
  2. Faham sangat-sangat payahnya nak kawal makan. bahaya 3 in 1 tu tapi itulah benda sedap la yang bahaya hahahha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!