Asid yang memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia akan menyebabkan kesan kimia terjadi, sebab itu bila kita kena pedih ulu hati kita rasa macam dada kita seperti terbakar, selalunya terjadi selepas makan makanan berat dan pedas.

Sally pun ada masalah pedih ulu hati, selalunya akan kena bila Sally makan makanan yang terlalu pedas dan bila makan tidak mengikut aturan masa yang betul. Lagi-lagi bila ada gastritis, bertambah la kena berhati-hati dengan pemakanan. Mungkin ada yang selalu kena, ada sesekali sahaja, tapi amat bahaya jika kena dalam tempoh masa yang lama kerana ianya tanda-tanda gejala Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).
Apa yang boleh kita buat jika pedih ulu hati menyerang?
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk atau kerap, perkara pertama ialah menukar tabiat pemakanan kita, kurangkan makanan pedas, berminyak dan makan dengan porsi yang sedikit tetapi kerap. Untuk mereka yang merokok, bolehlah slowly cuba untuk berhenti atau kurangkan.
Ubat apa yang sesuai untuk meredakan pedih ulu hati?
Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan mudah boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi, salah satu yang selalu kita tengok dalam iklan ialah Gaviscon. Metaclopramide juga boleh jadi pilihan bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.
Kalau tiada ubat-ubatan macam mana?
1) Minum Air Kelapa
2) Amalkan Minum Madu
3) Minum jus segar/Chamomile
Kesimpulannya, kita kalau boleh masa nak makan, cari masa yang sesuai dan jangan skip waktu makan. Jangan makan ketika tengah sedih atau kecewa, sebab boleh membuatkan dada yang sebak itu mengganggu pencernaan, makan dengan kuantiti yang sedikit, kunyah dengan perlahan sebelum telan. Pengambilan makanan hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.
Selain daripada itu, pengambilan kafein juga perlu dikawal kerana boleh merangsang rembesan asid di dalam perut. Kalau ada gejala yang berterusan, sila berjumpa dengan pakar!
Ahaha... kita pun suka minum air kelapa kalau rasa pedih--pedih ulu hati. Memang serasi dan air kelapa pun byk khasiatnya.
ReplyDeleteEna selalu kena gastrik kalau skip makan... sangat berguna tips ni, diperlukan bila tak ada ubat di sisi.. mekacehh share kak Sally
ReplyDeleteThanks sally kasi tips ni..akak ni gastrik juga kalau xde ubat tahan je la. Lepas ni boleh cuba tips sally ni.
ReplyDeleteGood sharing Sally.. Kak Sue pun kadang-kadang jadi macam kat atas nie juga..
ReplyDeletefiza pula cari ais.. kalau ada ais krim lagi oke..
ReplyDeletepenah juga sesekali rasa cemni.. kadang2 tngh drive pun ada..
ReplyDeletemakan banyak sngt ke haaa mulala.. huurmm..
Ooo air kelapa boleh erk.. Sedapnya kalau dpt air kelapa.. Memg kadg pedih hulu ati..
ReplyDeleteKita tgh hadap pedih ulu hati sejak kena gastrik.. Skrg dh kurg skit dr yg dlu sbb always amalkan madu...
ReplyDeleteterima kasih tips, sgt berguna ni... harus tau juga utk meredakan sakit
ReplyDeleteThanks for the tips, sometimes i also encounter such pain but its on and off.
ReplyDeleteSo far setakat ni akak belum kena. Minta fijauhkan. Tapi tips yang Sally sharekan ni memang bagus
ReplyDeletecik en kerap gunakan gaviscone.. klu cmni boleh la cuba spare madu kat rumah.. mekasih info ini.. berguna sangat
ReplyDeleteTerbaca minum air kelapa tu Allah.. nikmatnyaaaaaa..
ReplyDeleteTerbayang kan kesedapannya tu..
air kelapa dan teh chamomile tu fav kiteeee
ReplyDelete