Alhamdulillah! Rezeki Dengan realme 🤪

Alhamdulillah. Lama betul tak buat entri personal, tapi yang ini wajib kongsikan dengan korang...Lebih kurang bulan Ogos macam tu, Sally ada join satu contest anjuran Maybank. Contest ini pun bukannya susah sangat, cuma kena bayar bil menggunakan MAE, dan lepas tu transaction tu kita post dekat IG Story, tag Maybank dan realme Malaysia.

Honestly bukan la rajin gila nak join tapi dah mmg setiap bulan kita bayar bil kan, jadinya dah alang-alang tu kita masuk je la kan...Lepas tu dalam awal bulan 10, Sally kena mentioned dekat IG, guess what...alhamdulillah sangat sebab Sally antara 10 orang yang bertuah yang menang Grand Prize.


Pemenang Grand Prize akan menerima sebuah telefon bimbit realme C3, realme Watch dan Buds Air Neo. Yang membezakan hadiah utam dengan hadiah saguhati, ialah realme Watch. Keseluruhan hadiah ini bernilai hampir RM950 (kalau ikut harga dekat Shopee). Sally pun ada menang Buds Air Neo, lucky draw juga masa event realme (828 realme Fans Festival). Terima kasih Maybank dan realme Malaysia!

Kali ini rezeki memang luar biasa, sebelum ini pun Sally ada menang telefon bimbit, tapi dah selamat di jual untuk dijadikan duit belanja. Almaklum la bila tak bekerja, dengan PKP lagi...jadi terhad pendapatan Sally.

Sepanjang PKP pun ada banyak contest yang Sally join, ada yang ada rezeki, ada yang tak dapat apa...tapi Sally anggap itu lumrah la bila kita join contest. So, kalau berkesempatan, rajinkan la diri untuk join contest ke giveaway ke, mana tau salah satu daripada itu ada rezeki kita?

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!