Monday, October 5, 2020

Stor Konsep Baru Di KLCC, Sempena Ulangtahun ke-53 Guardian Malaysia.



Sebut sahaja Guardian, pasti terlintas sebuah farmasi yang memfokuskan kesihatan dan kecantikan yang bertemakan warna oren di bahagian logonya. Hari ini, Guardian merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit dengan lebih 450 buah stor di seluruh negara. Sempena menyambut ulangtahun Guardian yang ke-53, stor utama Guardian Malaysia di Suria KLCC telah diberi wajah baru.

Kalau korang nak tahu, stor Guardian di KLCC merupakan stor utama Guardian Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada jutaan pelanggan di pusat membeli-belah bertaraf dunia sejak tahun 1998. Sebagai peneraju dalam farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit, Guardian Malaysia telah memberi respon pantas kepada perubahan dengan tawaran ‘Nilai Terbaik’ setiap hari untuk barangan keperluan harian pelanggan kami dan membawakan trend Kecantikan & Jenama yang terkini dari seluruh dunia.



Pelbagai usaha telah dilakukan dalam pengubahsuaian pengalaman membeli-belah agar Guardian Suria KLCC sentiasa kekal sebagai destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan utama. Semua kemasan dan lekapan telah direkabentuk untuk meningkatkan keterlihatan produk dan memberikan suasana membeli-belah yang lebih selesa, sama ada ia bahagian Korea atau Jepun. Setiap sudut padat dengan ciri menarik yang pasti membuat pelanggan teruja.



Antaranya ialah:

- Teknologi umur kulit Eucerin iaitu DermaAnalyser yang membantu pelanggan memahami kulit mereka dengan lebih baik

- Stor Maybelline - dipasang dengan Augmented Reality Filter yang menampilkan solekan maya dan alat solek dalam talian untuk membantu pelanggan mencari produk solekan terbaik.

- Bahagian khas untuk produk penjagaan kulit, kosmetik dan penjagaan rambut Korea dan Jepun.

- Dinding Kundal yang mempamerkan jenama penjagaan rambut terkemuka Korea yang hanya boleh didapati di Guardian.

- Perkhidmatan farmasi tersedia 7 hari seminggu di stor ini menawarkan perhatian penuh kepada pelanggan - terutamanya untuk tujuan pengisian ubat, pemeriksaan dan perundingan kesihatan

- Bahagian Penjagaan Kesihatan yang diperluas merangkumi ruang khas untuk produk diabetes, mendidik pelanggan mengenai rancangan diet dan tip-tip pencegahan.

- Rangkaian produk Own Brand Guardian yang pelbagai menawarkan kualiti dan nilai wang akan turut dipamerkan dengan jelas.



Bagi meraikan pencapaian ini dan Ulang Tahun ke-53 Guardian, Guardian Malaysia akan melancarkan peraduan Sambutan Ulangtahun Fit & Fab. Banyak hadiah hebat menanti para pelanggan yang menyertai Cabaran #GuardianFITnFAB di TikTok yang mana akan berlangsung pada 16 Oktober sehingga 15 November. Hadiah-hadiah termasuk sebuah iPhone 11 Pro Max untuk pemenang utama, pengering rambut Dyson Supersonic untuk video Paling Kreatif, SONY PlayStation 4 untuk Video Paling Comel dan 8 hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM500 setiap seorang.

Selain itu, di stor-stor terpilih dan dalam masa tertentu, setiap pelanggan pertama yang berbelanja minimum sebanyak RM53, akan menerima Kotak Hadiah Ulang Tahun Guardian bernilai RM153. Kotak-kotak ini mengandungi kejutan istimewa daripada penaja-penaja yang terlibat, BioEssence, L’oreal, Maybelline, Pantene, Sunsilk, Canmake dan Catrice. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Guardian Malaysia.

4 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!