
Bahan-Bahan:
½ Sudu Mother’s Choice Soft Table Spread
½ Biji Bawang Holland
2 Ulas Bawang Putih
15 - 20 Biji Bebola Daging (Marina)
1 tin Sos Spaghetti
½ cawan Air @ Susu Penuh Krim (Meadow Fresh)
½ sudu kecil Garam
½ sudu kecil Parsley
½ sudu kecil Oregano
½ sudu kecil Serbuk Lada Hitam
Capsicum/Shitake/Cendawan Butang
Keju Mozarella & Cheddar (Mother’s Choice)
2 keping Paratha (Dibakar dan dihiris halus) - (Kart’s)

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan kuali dan bakar roti paratha, kemudian hiris halus (lebar seperti fettuccine)
Panaskan butter dalam kuali dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan bebola daging. Kacau lagi hingga sebati. Tabur Parsley, oregano.
3. Tuangkan sos pasta, susu dan hirisan cendawan butang, capsicum. Gaul rata.
4. Tambahkan keju cheddar dan mozarella. Biar hingga keju cair.
5. Tabur parsley. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Senang dan cepat je kan nak sediakan? Resipi ini kalau rasa takde idea nak masak atau nak buat snek minum petang ke makan malam ke, boleh je buat. Yang penting ada kelainan kan? Oh, Sally gunakan bahan-bahan daripada FFM Marketing Sdn. Bhd. (syarikat induk utk produk seperti Marina, Kart's, Mother's Choice dan Meadow Fresh.)

dik sally skrg ni rajin memasak...bagus la...
ReplyDeletesemuanya nampak menaikkan selera makan akk dik oi...
adoi...telan air liur je la...
hahahaha...kalau dah duduk rumah kak mmg makan je kerjanyaaa
Deletepehhh plating dia tu mcm fine dining tau kak sally!
ReplyDeletesis cobaaaaaa...hahahahaha
Deletesedapnya")
ReplyDeletekalau dekat dah jamu Cik Nor dahhh
Delete