Hidangan Tradisional Malaysia Lazat - Wajib Cuba, Kalau Tak Nak Menyesal!

Makanan dan masakan Malaysia terkenal dengan rasa yang kaya dan pelbagai. Sebagai masyarakat berbilang budaya, Malaysia telah mewarisi pelbagai jenis masakan dan bahkan mencipta beberapa campuran fusionnya sendiri yang unik dengan ciri khas untuk masakan Malaysia. 


Dalam artikel ini, akan dikongsikan lima menu makanan Malaysia yang lazat dan wajib di cuba. Jika berada di Malaysia dan tak cuba makanan yang ada ini, memang tahap menyesal! 


Inilah dia beberapa hidangan paling ikonik yang harus anda cuba semasa berkunjung ke Malaysia. Dan makanan itu adalah : 


#1 - Nasi Lemak 



Nasi Lemak adalah makanan nasi tradisional yang diangkat sebagai hidangan nasional tidak rasmi di Malaysia. Nasi lemak ini dimasak dari beras yang disatukan dengan santan kelapa kemudian dimasak atau dikukus sehingga lembut. 


Aroma santan yang berpadu dengan daun pandan membuatkan nasi lemak ini berbau wangi dan menyelerakan. Makin padu apabila ianya disajikan dengan berbagai hidangan tempatan seperti sambal ikan-bilis, telur rebus, ulam timun dan ayam goreng berempah yang sedap. 


Walaupun Nasi Lemak ini adalah makanan tradisional Melayu, namun ianya juga sangat popular di antara budaya yang berlainan di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti di Singapura; Brunei, dan Indonesia.


#2 - Rendang 



Rendang adalah salah satu hidangan paling popular di Malaysia dan disertakan dengan pilihan daging lembu, ayam atau kambing. Hidangan daging pedas yang berasal dari Indonesia ini telah memenangi hati banyak orang di Asia Tenggara. 


Hidangan Rendang menggabungkan banyak rempah yang terdapat di rantau ini, seterusnya ia turut dicampur dengan santan untuk membuat sos yang akan bersebati dengan daging. Rendang cukup sedap jika digabungkan dengan ketupat dan selalunya ia dihidangkan semasa musim perayaan. Walaupun rendang ini merupakan menu masakan melayu tetapi cina dan india juga turut menikmatinya. 


#3 - Murtabak 



Murtabak adalah seperti pizza ataupun penkek telur versi tempatan yang boleh dimakan sepanjang hari tanpa jemu. Murtabak ini, yang awalnya merupakan masakan India Muslim, kini telah digemari oleh semua kaum termasuk juga pelancong asing. 


Murtabak sangat sedap kerana diisi dengan daging cincang, bawang dan sos pedas sebelum digoreng hingga coklat keemasan. Hidangan ini biasa dijumpai di Asia Tenggara, Arab Saudi, Indonesia, Malaysia, dan Singapura kerana ia adalah hidangan yang dibawa ke wilayah-wilayah ini oleh peneroka Muslim India awal. Menu murtabak ini selalunya akan semakin laris dan mendapat permintaan tinggi tatkala tiba bulan Ramadhan. 


#4 - Laksa 



Laksa adalah makanan dalam bentuk mi beras yang dinikmati bersama kuah dari isi ikan yang agak pekat, pedas dan penuh berperisa. Terdapat pelbagai variasi laksa di Malaysia. Sebagai contoh, laksa utara, laksa Kelantan dan juga laksa Sarawak. Walaupun disebut dengan nama laksa tetapi tiap satunya mempunyai perbezaan dari segi rasa dan bahannya. 


#5 - Nasi Dagang



Nasi dagang adalah menu untuk penduduk Pantai Timur yang sangat terkenal dengan menu masakan mereka yang pelbagai. Antara negeri yang sering dikaitkan dengan menu basi dagang ini adalah Terengganu dan juga Kelantan. 


Tidak semua orang mampu membuat nasi dagang ini. Ini kerana proses memasaknya tu sangat renyah. Bayangkan nasi untuk menu nasi dagang hendaklah di kukus secara berulang kali. Apapun, nasi dagang memang sedap lagi-lagi bila dapat dinikmati bersama kari ikan tongkol yang awesome.


Berada di Malaysia merupakan salah satu kegembiraan untuk pencinta makanan. Pelbagai menu yang sedap ada untuk di cuba hingga membuatkan sesiapa saja boleh menjadi rambang mata, tak tahu nak nikmati menu yang mana satu. 


Bagi anda yang kurang gemar untuk makan di luar tetapi malas juga untuk masak di rumah, anda boleh menggunakan servis online food delivery dari pihak Foodpanda Malaysia



Dengan servis penghantaran dari pihak Foodpanda ini, pelbagai jenis makanan lazat Malaysia boleh di cuba hari-hari tanpa ada sebarang masalah. Tak perlu lagi nak pening kepala tak tahu untuk makan di mana dan tak usah juga lagi untuk membuang masa rempuh kesesakan lalu lintas.


Lagi-lagi ketika di waktu perlu berada di rumah selalu kerana adanya virus Covid-19 ini. Untuk apa kita mempertaruhkan nyawa sedangkan ada cara lain yang boleh memudahkan urusan kita itu. 

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!