Sunday, October 4, 2020

Masalah Kulit Kering Dan Berminyak, Produk Apa Yang Sesuai?

Heyyy guysss! Lama rasanya tak review skincare, except the one during MCO last time...hehehehe...But today, as I found something really good and suitable for my skin condition...Kalau korang nak tau, kalau nak tau laa...haha!


Sally punya kulit memang jenis kombinasi, kulit muka Sally kategori yang terlalu kering sehingga sebum keluar dan menjadikan kulit muka jadi berminyak. Usually muka di bahagian dagu, dahi dan T-Zone memang akan berminyak tapi dekat certain kawasan pipi tu rasa kering sangat macam tegang dan biasanya orang yang ada masalah kulit jenis kombinasi ni ada pori yang besar dan ada blackhead.


Korang tau jela #KakakKimchi korang kalau produk skincare Korea je, dia punya excited lain macam..hahahaha...ni dapat tau essenHERB ada skincare best, sepantas kilat check it out. EssenHERB ada 11 range utk keperluan kulit muka yg pelbagai, tapi Sally nak cerita pasal rangkaian Bulgarian Rose & Tea tree yang boleh didapati di Malaysia (specifically in GUARDIAN store).

­čî╣Bulgarian Rose
Sgt sesuai utk melembapkan, menyuburkan dan mengembalikan keremajaan kulit. Incase kalau korang ada masalah kulit mcm Sally, yg kering sehingga kulit jd berminyak, I would seriously recommend this...this range will keep your skin hydrated. Bulgarian Rose ini boleh memulihkan kulit yang kasar dan kering.


­čî┐ Tea tree
This range mmg best utk menyerap dan mengawal sebum dan minyak pada muka. Tea tree membantu utk menenangkan kulit sensitif, it is like an antiseptic range, kalau jenis muka yang ada acne pun sesuai sgt. Toner dia ada rice starch. It is also Clinical tested - Derma pro.


Honestly, first time cuba ampoule utk kedua-dua range ni, Sally mmg dah jatuh hati...tekstur, bau...mmg serasi sgt. The best ampoule, seriously! Selain daripada ampoule, Sally try juga toner untuk kedua-dua rangkaian ni, I must say, best gila!

Selalunya kita stick kepada satu set/rangkaian kan, tapi Sally combine this two range ikut keserasian dan masalah kulit Sally (combination skin)...I use Bulgarian Rose toner (sebab dia gel type yg bertukar jd water drop), this to keep hydrate my skin dan Tea Tree Toner, which boleh guna in 2 direction...if utk soothing & moisture; tak perlu goncang botol...or utk kawal minyak dan sebum, boleh goncang botol utk campurkan rice starch tu...For now, hanya Tea Tree Range yang Sally ada as a whole, memang guna cleaser, toner, ampoule dan cream dia...


EssenHerb Tea Tree Cleanser

Cleanser dia boleh jadi make-up remover as well, sebab ada gelembung berkrim menghilangkan solekan gelap dan kotoran secara menyeluruh. Lepas tu fungsi dia yang membuang sel kulit mati dan sebum secara menyeluruh, membuatkan kita dapat kulit yang cerah dan lembut dan yang penting sekali tak rasa tegang pun sbb ekstrak biji Baobab mengekalkan kelembapan walaupun selepas mencuci muka.

EssenHerb Tea Tree Toner

Macam yang Sally share, toner Tea Tree ni ada rice starch, so kita boleh gunakan dalam 2 cara, kalau rasa nak guna untuk melembapkan kulit, boleh guna kapas lepas tu guna je tanpa goncang, tapi kalau nak guna untuk serap minyak dan sebum, goncangkan kandungan dan biarkan serbuk yang tenggelam bergabung, then basahkan kapas dan lap minyak dan kawasan sebum untuk memperbaiki tekstur kulit. Kalau Sally, selalu masa nak keluar Sally akan goncang tapi lepas mandi sebelum tidur, Sally biar je tanpa goncang supaya kulit kekal lembap.

EssenHerb Tea Tree Ampoule

Ini salah satu produk yang paling Sally suka, selalu kita guna serum kan, tapi kali ini dalam rangkaian essenHERB ada ampoule. Ianya sangat menenangkan kulit sensitif, merawat sebum dan minyak disamping memberikan keseimbangan. Diuji secara klinikal - Derma pro.

EssenHerb Tea Tree Cream

Bahan pelembap sayur mengawal penyerapan sebum dan minyak. Dalam krim ini terkandung 85% ekstrak daun pokok teh dan bahan pelembab daripada sayuran.

Overall, Sally mmg dah jatuh cinta dengan range ini, untuk range Bulgarian Rose, Sally hanya guna toner sahaja, tapi kalau berkesempatan mungkin nak beli juga the whole range. essenHERB Bulgarian Rose & Tea Tree boleh didapati di Guardian. So, go check out your nearest @guardianmy store! Tak perlu nak kena tunggu pergi Korea ekkkk...Hahaha...

1 comment:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!