Wednesday, October 14, 2020

Eat Sushi Sunway Giza; Syurga Untuk Penggemar Sushi.

Eat Sushi, Sunway Giza | Siapa penggemar sushi dekat sini? Well, if your answer is YES, this is definately your right landing page! Sally memang penggemar sushi, pertama kali belajar makan sushi masa umur 10-11 tahun, makan TEMAKI atau dikenali sebagai California Roll, lepas tu berjinak-jinak la dengan pelbagai jenis sushi sehingga la sekarang.

Eat Sushi (Malaysia) Sunway Giza ini diasaskan di Australia (Capalaba Central Shopping Centre Australia) sejak tahun 2009 dan kini sudah mempunyai 6 cawangan dan cawangan pertama di luar negara ialah di Malaysia dan terletak di Sunway Giza. Jgn risau guys, walaupun Eat Sushi di lahirkan di Aussie, tak hilang ok rasa Jepun tu, masih mengekalkan keaslian sushi dari Jepun dengan sedikit sentuhan barat (Australia).


Sally dah rasa hampir semua jenis sushi yang ada di sini tau, jujurnya tak boleh nak tipu yang rasa, ambience dan segalanya di sini masih mengekalkan identiti sebuah restoran Jepun tapi moden. Antara signature sushi yg wajib korang cuba disini ialah:

1) Unagi Rainbow Maki
Sally jujurnya bukan peminat belut, takut nak makan sebab rupa fizikal dia, tapi kali pertama makan belut di Korea beberapa tahun lepas, terus jatuh cinta. Hahaha, bagi peminat belut dan sukakan sushi yang ada gabungan belut seperti Unagi Rainbow Maki, korang akan rasa kelainan sebab di Eat Sushi, Unagi Rainbow Maki mereka ditambah dengan cream cheese, sedikit berbeza daripada Unagi Maki yg tradisional.

2) Grill Salmon Rainbow Maki
Kelainan pada Grill Salmon Rainbow Maki ialah mereka mencampurkan sos yang istimewa supaya ada sedikit twist rasa masam. Memang tak boleh move on, Salmon yang segar dan rasa masam yang membangkitkan selera.

3) Tempura Sushi Maki
Hah, jangan terkejut sushi pun boleh dijadikan tempura tau. Tempura Sushi Maki antara menu yang paling banyak peminat terutamanya peminat makanan bergoreng dan tempura.


Avocado Rainbow Maki - ini antara sushi yang Sally repeat 2-3 kali, tambahan kepingan buah Avocado tu membuatkan sushi kita rasa lemak, dan yang penting sedap dan lebih sihat 😀


Dua lagi sushi yang Sally suka, mestilah Grill Hotate Rainbow Maki (Gabungan Crabstick Salad dan dicampur dengan kekapis yang telah digril) dan Egg Rainbow Maki (Ada tambahan telur, hehehe...nampak cantik tapi yang penting sedap!).


Selain itu, jangan lupa tau cuba dia punya Takoyaki, sedap betul...Sally makan 2 piring juga. Tak menyesal la walaupun nyaris nak terbakar lidah sebab makan panas-panas dalam mulut.



In terms of harga pula, sangat affordable dan kalau kita datang bersama keluarga pun takkan rasa terbeban. Di sini, harga sushi mengikut warna piring, yang bermula serendah RM2.80 (piring berwarna biru), RM3.80 (piring berwarna hijau) dan RM4.80 (pinggan berwarna hitam). Murah dan berbaloi kan? Bolehlah makan sahaja tanpa rasa bersalah.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi 03-74967318
Alamat : A-13-G Sunway Giza, Jalan PJU 5/14 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya‚ Selangor.

7 comments:

  1. Tak pernah makan sushi..dulu selalu tgk satu rancangan yg mkn2 sushi terus rasa kempunan haha..tp sampai skg tak cuba2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyy kenapa tak cuba, sedap tauuu dah la kenyang :)

      Delete
  2. aku lapaq tengok tempura sushi tu
    nampak sedap pula
    tak ajakkkk
    haahhaa

    ReplyDelete
  3. Oh yumsss! I m craving for some sushi also, hope they have delivery.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good news Kelly, they have promo for PKPB, check out their official FB/IG to get the details :)

      Delete
  4. saya penggemar sushi jgak.. kalau kat penang ni kedai macam sushi king dengan empire sushi je la mampu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. ohooohoi tngk laaaa comelnya lahai sushi2 dia.. geram !!
    kalo trlajak area sana blhla singgah..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!