Dengari Lagu-Lagu Artis Bawah Naungan YG Entertainment di JOOX!

Selepas lebih daripada empat tahun debut mereka, kumpulan gadis terhangat BLACKPINK telah melancarkan album penuh pertama mereka, yang mendapat sambutan hangat dan memberangsangkan daripada peminat mereka. Bagi meraikan populariti BLACKPINK yang semakin meningkat dan juga fenomena K-Pop secara keseluruhannya, JOOX, platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia, menghimpunkan pustaka muzik dan katalog karaoke K-Pop terbesar di Asia dengan penambahan lagu-lagu terbaharu.

Pencinta karaoke dan K-pop di tanah air bukan sahaja dapat menyanyikan lagu-lagu dari album terbaharu Blackpink ‘THE ALBUM’ tetapi juga dapat menikmati hit artis-artis popular lain di bawah naungan YG Entertainment seperti BIGBANG, iKON, TREASURE, WINNER dan ramai lagi.


JOOX sekali lagi membuktikannya sebagai platform pilihan Asia untuk penstriman muzik dan hiburan antarabangsa dan K-Pop, di mana peminat K-pop dapat menikmati lagu-lagu popular dan terkini termasuklah lagu terbaharu Blackpink ‘Love Sick Girl’, ‘Ice Cream’ yang merupakan lagu kolaborasi bersama Selena Gomez, ‘How You Like That’, dan termasuklah 8 lagu terbaharu daripada album mereka seperti ‘Playing with Fire’, yang turut dimuatkan dalam musim terbaharu permainan PUBG “Spark The Flame”.

Katalog karaoke K-pop terbesar di Asia ini disediakan oleh JOOX kepada para peminat K-pop di Asia terutamanya di Malaysia dengan harapan ianya dapat memberikan kepuasan tersendiri kepada peminat K-Pop. JOOX juga berharap dapat memperluaskan koleksi muzik dan katalog Karaoke dari semasa ke semasa. Pengguna JOOX Karaoke boleh menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan K-pop popular seperti 'Bang Bang Bang' BIG BANG; ‘Adore You’ dan ‘LOVE SCENARIO’ iKON; ‘I Love You’ TREASURE dan ‘Million’ Winner;. Lagu-lagu tersebut telah tersedia di kedua-dua pustaka JOOX dan “Quick Sing”.


Adakah anda salah seorang peminat setia Blackpink? Tunjukkan kepada dunia betapa anda menyukai Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa dengan mendengarkan ‘THE ALBUM’ di JOOX. Nantikan lebih banyak senarai lagu K-Pop dibawakan oleh JOOX.


"K-Pop merupakan salah satu fenomena muzik terbesar di dunia dan JOOX akan sentiasa memastikan bahawa peminat K-Pop tidak akan pernah ketinggalan untuk mendengar, menari, dan menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka melalui Karaoke dan fungsi “Quick Sing”. Penambahan lagu-lagu terbaharu daripada album BLACKPINK dan juga hit popular dari YG Entertainment ke pustaka muzik dan katalog karaoke kami memberikan peluang kepada pengguna setia JOOX untuk mengakses artis-artis K-Pop yang popular dan terhangat. Ianya sekaligus membuktikan komitmen kami untuk memberikan muzik dan hiburan yang terbaik kepada peminat muzik di Asia terutamanya di Malaysia kerana mereka sememangnya layak untuk mendapatkannya,” kata Angie Tan, Pengurus JOOX Malaysia.

Fitur “Quick Sing” adalah salah satu hiburan untuk menyanyi, menari dan menunjukkan bakat muzik pengguna JOOX kepada dunia. Dengan wujudnya fitur “Quick Sing” ini, para pengguna tidak perlu lagi menyanyikan lagu kegemaran mereka secara keseluruhan kerana fitur ini menyediakan bahagian korus lagu untuk terus dinyanyikan, sekaligus membolehkan pengguna fokus kepada bahagian lagu yang paling menarik dan mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka dalam video sambil diiringi oleh lagu kegemaran mereka. Raikan muzik Blackpink dan artis YG Entertainment lainnya dan jangan lupa untuk berkongsi berita gembira ini kepada semua orang dan buktikan kenapa K-Pop berjaya menawan dunia.

Post a Comment

4 Comments

  1. Me as ikonic and kinda yg Stan is happy :)

    ReplyDelete
  2. sebagai seorang yg x kenal sangat dengan dunia kpop, x tahu sangat pasal artis2 tu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. IKON !!!!!!! hahaha.. anak buah tngh nak hasut suka Treasure..
    belum lagi terhasut belummmm hehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!