Wednesday, October 7, 2020

Aktiviti Musim PKPP (Hasil Belian di Kedai Eco RM2.10)

DIY Mask Extender | Walaupun dah makan beberapa bulan dah sejak PKP, PKPP tapi Sally rasa masih belum terlambat lagi kan...Kebetulan minggu lepas, teman ibu ke Kedai Eco RM2.10, dia sibuk nak beli pasu bunga la apa la, tapi Sally memang takde benda nak beli, tapi bila dah ke Kedai Eco RM2.10, mustahil tak beli apa-apa.

Kebetulan masa ada dekat bahagian alat jahitan tu, ada butang, getah, set alat jahitan...terus beli. Hakikatnya Sally hanya ada satu sahaja tau mask extender sejak PKP, bila dah bosan, guna mask kain. Kebetulan ada sekali keluar dengan kawan, mask kain dia kotor, lepas tu Sally bagi la mask baru, dengan extender sekali (sebab mask earloop), takkan la setengah jalan nak mintak balik kan...sampai sekarang tak sempat jumpa lagi, so Sally pun keep la guna mask kain.


Tapi biasa la, mudah bosan kan...So, sebagai ganti...Sally jahit la mask extender sendiri, siap buat 10 lagi, mana la tau kalau ada orang nak pinjam ke, boleh je bagi satu kan...plus dia punya kos tak sampai pun RM5, kalau beli satu pun ada yang jual RM2, RM3...kalau 10 dah berapa pulak kan?

Sebenarnya DIY ni kalau rajin semua benda jadi, kalau tak rajin...buat la macam mana pun, end up mesti beli walaupun mudah je. So, apa je aktiviti korang masa PKP / PKPP?

3 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!