Wednesday, September 23, 2020

Nak Jadi Penyanyi? JOOX Be The Star 2020 Bakal Merealisasikan Impian Anda!

JOOX Be The Star 2020 | Suka karaoke? Ada impian untuk bergelar penyanyi dan menerbitkan sebuah single sendiri?

Ini ada berita baik untuk kaki karaoke ataupun mereka yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi. JOOX telah menjadikan aktiviti karaoke jauh lebih mudah diakses dan digunakan oleh semua orang pada bila-bila masa dengan memperkenalkan fungsi dan fitur karaoke yang unik di aplikasi JOOX, salah satunya fitur terbaharunya “Quick Sing”, yang membolehkan peminat muzik tanah air untuk bernyanyi dan menari mengikut rentak korus lagu kegemaran mereka.

Kepada mereka yang minat menyanyi dan ada cita-cita ingin menjadi penyanyi, ini adalah peluang keemasan yang dinanti-nantikan! Sepanjang bulan September ini, pengguna JOOX boleh menyertai "Be The Star 2020", sebuah pertandingan pencarian bakat baharu yang dilancarkan di seluruh Malaysia pada 14 September oleh JOOX.

Dengan hanya mengirimkan video nyanyian karaoke Quick Sing, pemenang bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta berpeluang melancarkan lagu di JOOX! Lagu tersebut akan dihasilkan oleh kumpulan produksi profesional di bawah sebuah label muzik.



Cara Mudah Penggunaan Fitur JOOX “Quick Sing”:

1. Masuk ke aplikasi JOOX, klik "SING" di sudut kanan atas, ada butang "Quick Sing" di bahagian tengah skrin.

2. Pilih lagu kegemaran dan klik butang "Quick Sing".

3. Kita boleh memilih untuk menyanyikan mana-mana bahagian lagu dengan menggunakan butang pilih.

Senang sahaja kan?

Bermula 5-11 Oktober, peminat muzik Malaysia di beri kesemparan untuk memilih dan mengundi finalis yang layak untuk memenangi Be The Star 2020. Setiap pengguna JOOX dapat memberi 30 undi setiap hari yang boleh dibahagikan untuk finalis-finalis pilihan mereka.

10 finalis yang mendapat undian tertinggi dari pengguna JOOX dan juga pihak pengurusan JOOX akan membuat persembahan secara langsung di aplikasi JOOX pada 23 Oktober di mana pengguna JOOX lain boleh mengundi ketika sesi siaran langsung tersebut.

Maklumat lanjut acara pencarian bakat ini tersedia melalui laman rasmi JOOX di bit.ly/jooxbethestar2020 , pendaftaran ditutup pada 27 September, Ahad, 11.59pm.

Muat turun aplikasi JOOX di telefon bimbit melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda di masa hadapan.

1 comment:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!