Tempat menarik di Terengganu | Kalau nak diikutkan, Sally balik Kuala Besut tu dalam setahun ada la dekat 10 kali, tapi nak berjalan nak teroka negeri Terengganu tu jarang betul, biasa la kalau balik akan terus balik rumah dan duduk dalam rumah je sampai la balik ke KL balik kecuali kalau pergi ke rumah saudara mara.
Semasa mengikuti program Eksplorasi Koperasi Terengganu, ada beberapa lokasi yang sempat kami singgah untuk sesi fotografi dan OOTD, heyyy OOTD wajib tau!
1. Masjid Lapan Kubah / Masjid Russia - Daerah Jerteh
Terletak di Kg Lapan Kotak di daerah Jerteh, Masjid Lapan Kubah juga dikenali sebagai Masjid Russia kerana senibina istimewa yg seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia. Masjid ini telah dibina bagi menggantikan sebuah masjid kayu usang yg sudah berusia hampir 100 tahun.
Paling membanggakan kerana ianya 100% hasil drpd usaha arkitek dan tenaga anak tempatan. Kalau ke Jerteh, jangan lupa singgah ke masjid ini untuk solat dan boleh bergambar dekat sawah padi juga di kawasan berdekatan.
2. Pantai Penarik - Daerah Setiu
Kalau korang peminat pantai macam Sally, Pantai Penarik di daerah Setiu wajib dikunjungi. Selain daripada terkenal sebagai lokasi pantai yang cantik, Pantai Penarik juga sangat terkenal sebagai lokasi untuk menikmati Goreng Celup Tepung. Bayangkan makanan laut yang di celup tepung, di goreng panas-panas, sambil tu kita makan dan menikmati keindahan pantai dengan pasir yang memutih. Memang syok!
Ada beberapa pilihan kedai yang menjual menu Goreng Celup Tepung, korang pilih la yang mana ikut selera masing-masing, setiap satu kedai ada kelebihan yang tersendiri, ada panorama yang berbeza dan yang penting sekali ada buaian yang berbeza!
3. Pantai Mangkuk - Daerah Setiu
Lokasi Pantai Mangkuk tidak terlalu jauh daripada Pantai Penarik, mungkin jarang dengar sebab di kawasan pantai ini lebih terpelihara dan tiada tarikan yang wow seperti di Pantai Penarik tapi pantai ini lebih cantik, lebih ekslusif dan membuatkan kita lebih dekat dengan keindahan pantai tanpa gangguan terlalu ramai manusia.
Tak hairan la kalau pantai ini juga telah menjadi lokasi kunjungan utama kaum kerabat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abdin. Untuk korang yang suka memburu dan gemar menikmati keunikan suasana matahari terbit dan terbenam, Pantai Mangkuk wajib ada dalam list.
4. Terrapuri Heritage Village (Kawasan Persendirian) - Daerah Setiu
Berhampiran dengan Pantai Mangkuk, Terrapuri Heritage Village merupakan sebuah resort yang mengandungi 29 rumah dan diilhamkan daripada seni bina Melayu dari abad ke-17. Resort ini bukan kawasan awam, jadi sebelum masuk perlu memohon kebenaran, kalau tak silap ada bayaran di kenakan tapi Sally kurang pasti.
Terrapuri yang bermaksud The Land of Palace atau Tanah Istana adalah projek pemeliharaan dan pemuliharaan rumah Terengganu Melayu klasik. Pernah menonton Hikayat Merong Mahawangsa? Disinilah lokasi penggambaran filem tersebut, memang berbaloi untuk sesi fotografi di setiap pelusuk kawasannya yang cantik!
5. Pulau Perhentian - Daerah Kuala Besut
Pulau Perhentian, antara pulau yang tercantik di Malaysia dan seringkali dijadikan sebagai lokasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia. Jujurnya Sally pertama kali sampai ke Pulau Perhentian dan dah jatuh cinta pandang pertama dengan panorama pulau ini. Jangan terkejut tau sebab ada hampir 14 lokasi yang menarik kita boleh teroka di pulau ini antaranya Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Perkampungan Nelayan atau Kampung Pasir Hantu, Titik Penyu (Turtle Bay) dan Lata Air Berani.
6. Kampung Jambu Bongkok - Daerah Marang
Nama pun dah catchy kan? Kampung Jambu Bongkok merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Marang. Untuk pengetahuan korang, kampung ini bukannya sebuah kawasan pelancongan tetapi mula tular di media sosial kerana panorama yang sangat sesuai untuk sesi fotografi dan haruslah kerana kawasannya yang berhampiran dengan pantai.
Lebih menarik lagi sebab penduduk kampung pun mula membangunkan pondok-pondok dan buaian untuk mereka yang datang melawat. Salah satu tarikan yang membawakan pulangan kepada penduduk setempat. Kalau korang tanya apa yang ada di sini? Semestinya pokok kelapa dan pantai, tapi jangan terkejut sebab dengan hanya kehadiran dua elemen ini korang mampu mendapatkan gambar yang menarik.
Sementara kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, apa kata ambil peluang ini untuk teroka dan bercuti dalam Malaysia. Selain daripada dapat membantu menaikkan ekonomi negara dan rakyat setempat, kita juga boleh belajar dan teroka negeri-negeri yang ada di Malaysia. Siapa kata Malaysia tiada tempat yang menarik? Cuba Cuti-Cuti Malaysia, Sally yakin korang akan setuju yang "Malaysia Truly Asia!"
Kredit foto kepada lensa Azwan Ali (@azwanali), Megumi (@kariwamegumi) dan Sally Samsaiman (@sallysamsaiman)

5 Comments
Masjid Russia tu best tu. Feeling2 gi russia sambil pakai winter coat shoot situ, menarik! hehe Jemput join my GA last 30 September! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
ReplyDeletecantiknye, memang plan nak ke ganu boleh singgah tempat-tempat yang Sally share nanti
ReplyDeleteWahhh cntik2 pemandangan kat ganu... Lagi2 berlatar blkgkan masjid kristal tu...
ReplyDeletealways love terengganu
ReplyDeleteWah best nyer, kalau kita ada peluang pergi ke Kuala Terengganu kita nak OOTD macam tu juga.
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!