Nak jimat dan harga borong? Jom beli barang dapur dekat SEGI Fresh!

SEGI Fresh, jimat dengan harga borong | Masa musim awal PKP yang lepas, memang payah betul nak keluar, jadinya sama ada Sally beli secara atas talian ataupun beli di tempat yang dekat dan mudah, tapi kalau nak beli ikan ayam susah la beli online, jadinya salah satu tempat yang Sally kunjungi selalu mestilah SEGI Fresh, tapi bukan la masa PKP je Sally pergi, selalu sangat dah pergi pun.

Salah satu sebab kenapa Sally selalu pergi SEGI Fresh, sebab memang dekat dengan kawasan rumah Sally, dekat gila like kalau pergi SEGI Fresh cawangan Ampang Waterfront tu, jalan kaki je daripada rumah. HAHA.



Bila ramai kawan-kawan yang mengeluh sebab terkesan dengan pandemik Covid-19 ni, ada juga la yang bertanya macam mana Sally uruskan kewangan keluarga walaupun tiada kerja tetap, salah satu yang Sally amalkan di rumah ialah beli dalam kuantiti yang banyak tapi harga borong.

YES, itu rahsia dia. Sally akan cari cara untik jimat tapi dapat kuantiti yang berbaloi dengan apa yang Sally bayar, pada Sally, kuantiti dan kualiti harus selari. Sally suka memasak, suka makan...hahahaha... So, apa lagi, kena la sentiasa ada bahan-bahan yang segar dan lengkap.



Pertama, Sally sampai je SEGI, lokasi pertama mesti bahagian VALUE PACK! Jangan salah tau, ini bukan bahagian barangan yang hampir tamat tempoh atau dah nak rosak, tapi ini bahagian untuk korang yang suka jumlah RM2! Hahaha...macam pergi kedai RM2 kan?

Bahagian Value Pack ini selalunya ada sayur-sayuran basic yang kita guna di rumah, contohnya cili padi, tomato, timun, terung, bawang besar, bawang putih dan sebagainya. Sally suka sebab kita boleh agak perbelanjaan kita sebab harga dia dah memang confirm RM2. Lepas tu baru cari barang lain.

Selain daripada itu, bahagian ini dapat mengelakkan kita daripada beli terlalu banyak, sebab sayur-sayuran kan kategori yang mudah rosak. Simpan lama-lama dalam peti sejuk pun tak menjaminkan kesegaran sampai 2-3 bulan. Betul tak?



KESEGARAN

Ini salah satu elemen penting, Sally kalau masuk SEGI memang gembira betul, sebab nampak sayur, buah semua segar. Tak ralat langsung nak beli, dan dekat SEGI Fresh kadang tu ada benda yang kita cari dekat pasaraya tapi susah nak dapat.

Macam hari tu Sally teringin nak makan rebung, jenuh cari dekat pasaraya takde, dekat SEGI Fresh pula berlambak. Ibu pulak kalau pergi SEGI, pisang, jambu batu, mangga...tiga buah ni memang tak pernah dia lupa beli, sepanjang masa ada je stok dia.





BANYAK PILIHAN DAN PROMOSI BERBEZA

Di SEGI Fresh juga ada banyak pilihan dan ada pelbagai promosi berbeza. Barangan basah terutamanya, kalau kita ke pasaraya mungkin takkan dapat harga promosi macam ini. Disebabkan disini mereka menjual dengan harga borong, jadinya untuk kita ni walaupun beli dalam kuantiti yang sedikit masih lagi dapat menikmati harga yang sama. Sesuai la untuk yang berniaga.

Kalau risau tentang status halal daging, jangan risau sebab dekat sini ayam, daging semuanya di ambil daripada pengeluar yang berstatus halal. Kita yang Muslim jangan risau nak beli ok?




IKAN HIDUP PUN ADA! FRESH LAGI!

SEGI ni macam pasar basah cuma lebih selesa, walaupun takde la fancy macam korang ke shopping mall atau pasaraya, tapi kat sini masih lagi selesa nak membeli barangan dapur. Bukan takat barang basah, nak beli beras, minyak masak, kicap, eh pendek kata selagi mana benda tu kita guna di dapur, ada di jual di SEGI Fresh.



Jadinya kalau korang sejenis yang macam Sally, yang nak berjimat, beli dengan harga borong...Korang memang kena letakkan SEGI Fresh salah satu daripada pilihan utama untuk membeli barang dapur. Lagipun SEGI Fresh kini dah ada 42 cawangan tau di seluruh Malaysia, Sally pulak memang area Ampang jela menjadi pilihan...tapi korang boleh cuba tengok lokasi lain yang berhampiran dengan lokasi korang di laman web mereka segifresh.com

'Pilih Fresh, Pilih SEGI'
Facebook : www.facebook.com/Segifresh
Instagram : @segifreshmarket

Post a Comment

2 Comments

  1. Segar2nyaaaa..kalau ke pasar ni mau mcm2 beli..berbakul2 hehe

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun suka beli barang dapur kat Segi Fresh nie..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!