Berbelanja di Baloy memang berbaloi!

Baloy Jamin Produk Runcit Bermutu Dan Berbaloi | Pernah dengar pasal Baloy? Baloy adalah nama platform dalam talian dengan model perniagaan O2O (Online to Offline) / C2M (Consumer to Market). Baloy bukan nama baru dalam Malaysia ini tau, buktinya hujung minggu lepas mereka telah meraikan pembukaan cawangan Baloy Member Mart ke-46 di Kota Damansara.

Baloy Member Mart boleh ditemui di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Baloy mula beroperasi sejak setahun yang lalu dan merancang untuk membuka 100 buah Baloy Member Mart menjelang Disember ini.



Untuk korang yang masih kurang faham tentang model operasi Baloy, mereka beroperasi berdasarkan langganan, dengan dua jenis keahlian Biasa dan Emas. Selain dari pembelian terus di kedai, pengguna dan ahli boleh membeli barangan di laman sesawang www.baloy.com.my dan mengambilnya di Baloy Members Mart berhampiran. Tak perlu nak bersesak nak pergi ke supermarket, terus beli dan lepas tu pick up sahaja. Mudah kan? Takde la istilah TERbeli 😏



Ahli biasa mempunyai kuota pembelian RM300, sementara ahli Emas menikmati kuota perbelanjaan RM500 seminggu di laman web Baloy atau di mana-mana 46 kedai fizikal mereka. Apa yang membanggakan sebab di Baloy mereka menawarkan pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah, yang mampu menyaingi harga pasaran, selari la dengan cogan kata mereka "Lowest Pricing Guaranteed". Di Baloy kita boleh jumpa lebih 500 barangan dari jenama ternama seperti Nestle, Yeo’s, Jalen dan Adabi.



Sally sendiri dah cuba dan ternyata harga dekat Baloy Member Mart memang ada yang tak masuk akal dan murah daripada supermarket dan hypermarket yang lain. Selain daripada susun atur yang sangat kemas, bila kita walk-in ke Baloy Member Mart, memang akan terkejut dengan penjimatan yang kita boleh dapat disamping promosi berkala yang mereka jalankan.

Kebetulan Sally datang masa promosi pembukaan cawangan Baloy Member Mart ke-46 di Kota Damansara, dengan hanya berbelanja serendah RM30 dalam satu resit, Sally dapat grab promosi Purchase With Purchase (PWP), dengan tambahan RM2 je dapat beras 5kg tau. Mahunya tak berbaloi berbelanja di Baloy?

Selain dalam proses kerjasama dengan beberapa syarikat dan badan swasta lain, Baloy turut
memberi peluang kepada pelabur baru untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan mereka bagi merealisikan rancangan untuk membuka 100 buah Baloy Member Mart menjelang Disember ini.

Laman web : www.baloy.com.my
Instagram: @baloymembermart | Facebook: Baloy

Post a Comment

2 Comments

  1. Berbaloy baloyyyyy... wahh wahhh! Sekarang semua boleh beli di hujung jari.. kalau taknak sesak2, order dulu baru ambil kat kedai macam Baloy ni.. Nice2

    ReplyDelete
  2. wah nce name , saya tak pernah dgr tapi nmpk mcm bagus dan byk good feedback

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!