Thursday, August 13, 2020

Ageless Medispa | Rawatan Shine Bright Dari Dr. Alice Prethima Michael



Shine Bright Program - Promosi sempena Merdeka! | Kalau dekat Malaysia ini, kalau dalam dunia estetik, siapa yang tak kenal dengan Dr. Alice Prethima Michael. Dengan pengalaman selama 30 tahun, dalam dunia Perubatan Keluarga selain daripada kepakaran beliau dalam Obstetrics and Gynaecology (OBGYN), Surgeri Kosmetik dan Perubatan Estetik.

Sally pun pernah mendapatkan rawatan Cryo-Lipolysis dengan beliau sekitar tahun 2017, jadinya memang tak lepaskan peluang untuk mendengar tentang promosi Shine Bright yang mampu memberikan kita instant result dan yang penting sekali tak sakit dan kekal lebih lama daripada rawatan lain**.



Untuk program Shine Bright ni terdapat beberapa rawatan iaitu:

1. Shine Bright Program
2. Gold Laser
3. Thread Lift using Aptos Thread
4. Facial Rejuvenation Method (Profhilo)
5. Oxygen to Derm Theraphy



Kebetulan Balqis akan menamatkan zaman bujang dia beberapa hari kemudian, kami pun suggest Balqis buat rawatan Shine Bright yang menggunakan laser untuk menaikkan seri wajah dan secara langsung menstabilkan tona warna kulit dan mencerahkan kulit. Dual-Yellow Multi Wavelength Laser yang digunakan mempunyai dua fungsi yang berbeza; gelombang 578 nm kuning and 511 nm hijau.

Setiap satu gelombang dikuasakan oleh teknologi berasaskan copper bromide untuk menembus jauh, tanpa membuat kerosakan pada sel. Laser Dual Yellow merupakan salah satu laser estetik, dengan hasil yang terbukti untuk semua jenis kulit pada skala Fitzpatrick I - VI.

Gelombang 578 nm kuning - targets vascular lesions, matching the absorption of haemoglobin exactly.
Gelombang 511 nm hijau - targets pigmented lesions, ideally absorbed by melanin contained within melanocytes.



Rawatan Shine Bright ini sangat sesuai untuk mereka yang menderita penyakit melasma dan juga yang inginkan kulit wajah yang cerah bersih, bebas jerawat dan nampak muda remaja. Laser Dual Yellow menggunakan FEM® technology.

FEM® ialah Fast Edge Micropulse. Kekuatan sebenar FEM® adalah pada denyutan gelombang cahaya kuning yang semakin meningkat, dan kemudian semasa penurunannya, memberikan daya puncak 3kW tepat di mana ia diperlukan (pada kulit).


Dr Ana dengan 5.0mm Contact Handpiece



Nampak tak berseri gila kulit Balqis selepas buat rawatan kan? Yang ini tanpa sebarang mekap, cuma dia dipakaikan sunblock (juga merupakan produk keluaran Dr Alice). Jenuh puji dia masa majlis kahwin dia, memang naik seri pengantin tu selepas buat rawatan. Tak rugi rasanya, bukannya selalu pun kan?



Bertuah dapat bersama-sama dengan Dr Alice dan juga Mrs Malaysia World 2019/2020, Miss Priyadarshimi berkongsitentang gaya hidup sihat, rawatan yang ada di Ageless Medispa (34 jenis rawatan) dan juga bagaimana kesan pandemik Covid-19 kepada kehidupan dan kenapa kena jaga penampilan dengan lebih baik selepas ini.

Berita baik untuk yang nak cuba Program Shine Bright, Ageless Medispa sedang menawarkan promosi sempena bulan kemerdekaan sehingga 1 September 2020. SEMUA RAWATAN DITAWARKAN DISKAUN SEBANYAK 40%!!

Jangan lepaskan peluang ini tau, cepat-cepat booking temujanji dengan Dr Alice.

Ageless Medispa & Clinics Sdn. Bhd.
257, Jalan Maarof, Bangsar,
59000, Kuala Lumpur.
Tel: +603 2095 0458 / +603 2282 0994
Fax: +603 2096 1458
Email: aliceageless@gmail.com

3 comments:

  1. Woahhh! Nak nyantek gak macam miss Malaysia tu.. ekekekekek... Nanti nak try pi medispa kat sini, lama tak manjakan kulit muka ni

    ReplyDelete
  2. Rezeki pengantin baru dan betul-betul jadi bersih kulit Balqis ya, berseri nampak. Pengantin lama ni pon macam teringin jugak hihiih

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!