realme; jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia baru-baru ini mengumumkan bahawa kempen jenama "Dare to be realme" akan berlangsung bersama-sama dengan "828 Fans Festival".
828 Fans Festival
realme 828 Fans Festival akan berlangsung pada 28, 29 Ogos bermula jam 11.30am sehingga 10.00pm dan 30 Ogos dari 11.30am sehingga 12.00am sempena Hari Merdeka di realme Design Studio, Sg Penchala.
Design Studio realme yang pertama dilancarkan di Malaysia membawakan gelombang dalam dunia reka bentuk kerana realme membawa teknologi dan seni di satu tempat. realme Design Studio telah bekerjasama dengan pereka terkenal di dunia seperti Naoto Fukasawa dan Jose Levy.
realme juga telah bekerjasama dengan jenama yang popular di kalangan belia Malaysia seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy. Pengunjung yang datang berpeluang mendapatkan goodies bag, baucar tunai, baucar rebat, kupon makanan percuma, kupon ais krim, dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat banyak aktiviti menarik seperti maze string, aktiviti mewarna cawan, spinning wheel, The Chicken Spy, DIY Eggette Workshop, mannequin artwork showcase, selfie check-in, Wonderful Wallet RM1 dan Tiktok Challenge yang disiapkan sepanjang perayaan.
Mannequin artwork showcase
Artis kegemaran Malaysia seperti Bungaisme, Sophia Liana, Noki ft Loca B, Yonnyboi, IamNeeta, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Sufian Suhaimi, Floor88, Insomniacks dan Zynakal juga akan membuat persembahan semasa festival ini. Peminat/pengunjung yang ingin menyertai realme 828 Fans Festival dikehendaki mendaftar di https://forms.gle/8xvBk45yvETwt2Yp7. Kepada yang tak dapat hadir, boleh menikmati festival di rumah dengan menonton live streaming melalui Facebook.
828 realme Fans Festival juga diadakan sempena pelancaran untuk keluarga siri C realme, realme C12 dan realme Buds Classic. C12 didatangkan dengan 6000mAh Mega Battery yang sebenar kini tersedia untuk rakyat Malaysia yang mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama untuk penggunaan harian mereka. C12 didatangkan dengan dua warna; marine blue dan coral red.
Selain dari realme C12, realme Buds Classic juga diperkenalkan untuk menawarkan pengguna pengalaman Long Live Music Bundle. Penjualan dalam talian pertama realme C12 dan realme Buds Classic akan diadakan pada 25 Ogos, jam 1.00 p.m, dan di kedai akan mula dijual mulai 31 Ogos 2020.
Kalau ada masa hujung minggu ini, jangan lupa ke 828 realme Fans Festival. Semua pengunjung wajib mendaftar di https://forms.gle/8xvBk45yvETwt2Yp7 selewatnya pada 27hb Ogos 2020.
4 Comments
Realme ni range harga hp dia murah..mmg mampu beli lah.tgk org share kualiti gmbr pun cantik..
ReplyDeletewah menariknya !!
ReplyDeleteGood info to share kak. :)
ReplyDeleteMenarik nie Sally.. ada rezeki nak juga cari satu hp realme nanti.. 😉
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!