Monday, July 20, 2020

Tiki BBQ Seafood Dinner | Kontiki @ The Federal Kuala Lumpur (SOP Baharu!)


Tiki BBQ Seafood Dinner | Kontiki @ The Federal Kuala Lumpur - Bulan Julai, bulan kebangkitan beberapa sektor selepas PKP akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Kebanyakkan sektor termasuk sektor perhotelan telah mula beroperasi bagi merancakkan kembali ekonomi negara.

Walaupun Federal Hotel Kuala Lumpur masih belum membuka pintu mereka kepada tetamu untuk menginap, tetapi jangan risau sebab kita masih lagi boleh merasai nikmat makanan yang di sajikan oleh restoran mereka.

Jujurnya Restoran Kontiki di The Federal Kuala Lumpur merupakan antara restoran kegemaran Sally, jadinya untuk bufet kali ini, walaupun dengan SOP yang baharu, Sally tetap tak lepaskan peluang untuk makan di sini.



Restoran Kontuki di The Federal Kuala Lumpur telah dibuka semula pada 15 Julai 2020

Kontiki yang bertempat di tepi kolam renang memang menggamit pandangan untuk berehat ketika hujung minggu. Jadi tak salah, kalau kita menyelami aroma pelbagai jenis daging yang di gril BBQ.

Antara pilihan makanan laut dan daging untuk di gril termasuklah potongan pilihan daging lembu, potongan daging kambing, sosej, makanan laut segar seperti udang karang, udang besar, udang air tawar, udang harimau, sotong dan lain-lain lagi.

Tiki BBQ Seafood Dinner
Jumaat &Sabtu
6.30pm hingga 9.30pm
RM138 nett / dewasa
RM69 nett / warga emas
RM49 net / kanak-kanak


Menu lain juga merangkumi sushi dan sate, sate di bakar di hadapan mata kita manakala sushi juga dibuat segar di hadapan kita. Selain daripada itu, di bahagian "carving-station", ada Whole Roasted Salmon, Beef Wellington, Lamb Rack; yang disajikan dengan sos pudina, sos cendawan, sos lada hitam, rosemary, cream white herbs dan sos BBQ. Chef mereka komited untuk menyediakan hidangan utama yang enak untuk memenuhi selera yang berbeza.


Menyajikan sup terbaik seperti yang digemari oleh ramai pengunjung, chef juga menyajikan sup kobis bunga, sup krim labu @ krim sup cendawan. Seleksi menu pencuci mulut pun wajib cuba tau, antara yang Sally nak suggest termasuklah pelbagai pastri Perancis mini, puding mangga,puding tembikai susu, puding roti, aneka aiskrim, ais kacang, bubur manis, dan pelbagai jenis kek!


Demi menjaga jarak dan juga mengurangkan sentuhan, pihak restoran juga akan menyajikan makanan menggunakan kereta sorong, dan kita boleh pilih dan minta makanan yang kita suka. Sama juga macam makanan untuk di gril, kita hanya perlu pilih dan mereka akan bakarkan kemudian sajikan ke meja kita. Norma baharu kan?



Untuk pembuka selera, boleh cuba menu yang ada di bahagian "cold cuts" dan salad. Untuk pilihan makanan laut sejuk, pilihan seperti udang harimau, kupang, daging lembu/kambing panggang sejuk wajib cuba. Kalau peminat tiram pun jangan lepaskan peluang untuk menikmati tiram segar disini. Menu-menu lain seperti Kerabu Malaysia, rojak buah, acar buah patut dicuba!

Kalau korang peminat menu-menu gril, BBQ dan makanan laut yang segar, Sally memang sarankan korang cuba dan nikmati kesegaran menu yang ada. Wajib cuba makan semua menu yang disediakan.

Untuk tempahan boleh hubungi :
The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant
No 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166
Email: fnb@federal.com.my
Website: www.fhihotels.com/federal
Facebook: www.facebook.com/kontiki.federalkl
Instagram: www.instagram.com/kontiki.federalkl

7 comments:

  1. Sedapnyaa lahaiii.. lama plak tak makan gril bbq gitu..
    Kalau ke KL boleh cuba makan sini laaa

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni bila tgk sate tu meleleh dah mulut ni tauuuu aahaha..insyaallah ada rezeki akan dtg boleh la singgah makan sini

    ReplyDelete
  3. Tetiba... Lapaaaaa huhu banyaknya fav food akk ada kt situ. Adoiiii, ada ni kang ajak husband terjah ni kang hehhe

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya.. banyak pilihan juga kat sini kan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya menu kalau kat hotel..

    ReplyDelete
  6. Ya amlun.. Sedpanya semua menu dia. Daging tu menggoda.. Bgusla bila dh buka.. Rasa nak menginap je dna menikmati mkann dekat sini

    ReplyDelete
  7. Wow terliur tengok potongan daging tu.. ada servis kereta sorong plak tu yelahlah social distancing perlu amik berat so pelanggam x payah bangun ambil makanan dah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!