Sunday, July 19, 2020

Pelancaran Bilik Pameran SMI Cars Sdn. Bhd di Jalan Ampang - Tawaran Pemotongan Cukai Sehingga 50%!


SMI Cars rasmi ruang pameran baharu | SMI Cars Sdn Bhd; yang dulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah melancarkan ruang pameran kenderaan yang pertama di Jalan Ampang. Kebetulan showroom ni berdekatan dengan rumah, jadinya Sally tak lepaskan peluang untuk ke sini, bagi menyaksikan majlis pelancaran dan juga sebab ada ramai artis jemputan dan makan-makan. Hehe.


Kalau korang nak tau, SMI Cars menawarkan pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan impot. Mereka juga merupakan ahli PEKEMA, dan mereka sangat komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini dan perkhidmatan peribadi yang tersendiri.

Lokasi bilik pameran ini yang terletak strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur (siapa tak tau Jalan Ampang oii!), design bangunan satu tingkat ini telah direka oleh seorang bakal arkitek berumur 19 tahun, Asyraaf Khan, yang menampilkan seni bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi keutamaan.

Di ruang pameran ini, mereka mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antaranya adalah Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.

Antara VIP yang hadir.

Majlis ini mengaplikasikan majlis 'norma baharu' dengan mematuhi SOP yang betul. Selain daripada melancarkan bilik pameran ini, majlis ini juga turut diadakan supaya peminat-peminat kereta boleh memandu uji kenderaan mereka sebelum membuat keputusan untuk membeli. Jangan risau sebab SMI Cars komited memastikan bahagian luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji.

Berita baik juga kepada mereka yang berniat untuk mempunyai kenderaan mewah sendiri, SMI Cars juga menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50% seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana, dan juga turut membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada terma dan syarat).


Selain daripada kehadiran artis-artis jemputan, bagi memeriahkan majlis, Dato' Jamal Abdillah juga turut membuat persembahan. Tak lupa juga kumpulan NICO G yang turut sama memberikan persembahan bertenaga dan event emcee.

Matlamat mereka adalah untuk menawarkan kepada pelanggan-pelanggan mereka dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka.


Diharapkan dengan penurunan kos memiliki kenderaan import, bakal-bakal pemilik akan teruja dengan promosi yang ditawarkan dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita. Bagi korang yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian dengan harga yang lebih rendah.

SMI CARS SHOWROOM
Alamat: 308, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (berhadapan Starbucks Drive-Thru)
Tel: 03-4251 5151 | 03-4251 4242
Facebook: SMI Cars | Instagram: @SMI_Cars

6 comments:

  1. Bila la boleh beli kete mewah tu kan..angan2 je la dulu kot tua2 nanti dapat beli hihi

    ReplyDelete
  2. Wah ada penurunan kos kereta import ya. Boleh lah sapa-sapa yang nak tukar kereta import singgah sini cuci-cuci mata dulu..

    ReplyDelete
  3. Kalau nk tengok2 cuci mata pun boleh nie

    ReplyDelete
  4. Menarik offer ni, kalau ada rasa nk tmbh kete lagi.. Nt nk p sini

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat kereta2 ni semua.. Dpt bergmbr pun ok dh.. Hehehe.. Kalau yang nak beli tu elokla beli sekrg tengah ad ediskaun ni

    ReplyDelete
  6. Oh ada can lah nak tukau kete baru tahun ni ekeke..meriah even..seronoklah dpt jpa abg zack ekeke

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!