Sunday, July 19, 2020

Nasi Kandar Marrybrown, sedap ke?



Nasi Kandar Marrybrown - 2020 | Akhirnya peminat-peminat Marrybrown boleh tersenyum sebab Nasi Kandar MB telah kembali lagi! Kali ini dengan kelainan istimewa, bukan satu ketul ayam tetapi dua ketul ayam rangup, boleh pilih sama ada original ataupun spicy - untuk lebih PUAS-NESS!

Nasi Kandar MB disajikan dengan nasi yang dibanjiri dengan kuah kari, dilengkapi dengan sebiji telur rebus, bendi, papadom dan segelas Heaven and Earth Teh Ais Limau, complete set untuk satu hidangan yang mengenyangkan.

Nasi Kandar Chicken Combo berharga dari:
1) Nasi Kandar (1 ketul ayam): Harga dari RM 16.20
2) Nasi Kandar (2 ketul ayam): Harga dari RM 12.70



Sally dah cuba Nasi Kandar MB, pada Sally...Nasi Kandar MB sedap, ayam yang super crunchy, makan dengan nasi yang dilimpahi kuah kari yang pekat dan pedas...memang menaikkan selera. Tambahan papadom, bendi dan telur rebus melengkapi lagi hidangan ni. Kalau Sally, memang akan mintak extra kuah kari (walaupun dan sedia melimpah) supaya lebih padu dan ummph!


Untuk korang yang lebih selesa untuk makan di rumah, jangan risau...bermula 16-30 Julai, akan ada promosi di Foodpanda yang mana "Foodpanda Deal" menawarkan 2 set Nasi Kandar (1 ketul ayam) dengan harga RM22 sahaja!

Menu Nasi Kandar di Marrybrown sudah mula dijual bermula hari Khamis, 16 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020 - untuk promo Nasi Kandar (2 ketul ayam), dan selepas tempoh promosi, Nasi Kandar (1 ketul ayam) akan dimasukkan ke dalam menu secara kekal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, boleh layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my

2 comments:

  1. Adoii nampak sedp.. Nak kene cuba ni..

    ReplyDelete
  2. Banyaknya pkrtion. Ni kalau makan mahu kenyang setahun. Hahaha.. Nampak sedaplah Sally kena cuba ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!