Saturday, July 25, 2020

Konsert Online High5JOOX - Menampilkan Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Ismail Izzani, Daiyan Trisha, Floor 88, FML, Sophia Liana & Budak Ngam

JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, menjemput anda untuk berhibur bersama artis-artis popular Malaysia. Nantikan tiga persembahan secara langsung dalam talian bersempena sambutan ulang tahun ke-5 High5JOOX, JOOX Malaysia.

Nikmati “Konsert Online High5JOOX” di keselesaan rumah anda atau di mana-mana sahaja anda berada untuk menyaksikan persembahan memukau Naim Daniel dan Ismail Izzani, Floor 88, serta artis-artis JOOX ORIGINALS; Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, dan Sophia Liana & Budak Ngam. Peminat juga berpeluang memenangi pas eksklusif untuk berinterasksi secara langsung dengan idola mereka melalui panggilan video!

Nantikan pukauan vokal dari Ledakan Duo: Naim Daniel dan Ismail Izzani, yang akan membuat persembahan bersama di konsert Online ini pada 25 Julai. Dan jika anda peminat muzik rock, maka jangan lepaskan peluang untuk menikmati gegaran mantap muzik ini bersama Gegaran Band: Floor 88 pada 8 Ogos, kerana mereka akan membuktikan kepada peminat mengapa mereka adalah kumpulan yang paling banyak distrim di JOOX.


Sebagai penutup acara konsert ini, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan artis-artis JOOX ORIGINALS yang akan berlangsung pada 15 Ogos yang menggabungkan ratu balada Dayang Nurfaizah, penyanyi dan pencipta lagu Daiyan Trisha, artis duo R&B baharu FML, bintang Rap meningkat naik, Sophia Liana & Budak Ngam yang pasti akan menawan hati dengan keunikan masing-masing.

Jangan terlepas konsert dalam talian yang luar biasa ini! Tandakan kalendar anda sekarang:

25 Julai, Sabtu 9 malam | Naim Daniel and Ismail Izzani
8 Ogos, Sabtu 9 malam | Floor 88
15 Ogos, Sabtu 9 malam | JOOX ORIGINALS - Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana & Budak Ngam


Sertailah keterujaan konsert ini dan RSVP sekarang di https://bit.ly/RSVPLedakanDuoJOOX! Lebih hebat, dua pemenang bertuah akan dipiliholeh JOOX untuk memenangi pas eksklusif berinteraksi secara langsung dengan artis-artis ini menerusi panggilan video. Peminat akan dipilih untuk setiap konsert. Maklumat lanjut penyertaan boleh didapati di laman Facebook JOOX Malaysia dan aplikasi JOOX!

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!