Saturday, July 18, 2020

Earth Home; Produk Racun Serangga No 1 Di Jepun, Kini Di Malaysia.

Rumahku syurgaku; rumah kita merupakan tempat yang paling kita nak selesa, nak bebas daripada segala bau, serangga, dan persekitaran yang tak selesa. Earth Corporation Jepun (EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, kini memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia.

Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu bermula tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.

Sebagai permulaan, mereka telah memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga yang kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan.



Salah satu produk terunggul mereka ialah adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.

Kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.

Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah:

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR



Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.
↪ Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.
↪ Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90



2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR

Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.
↪ Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.
↪ Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90



3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan.
↪ Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60

4. Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap

100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.
↪ Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90

5. Perangkap Tikus Bergam ARS

Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)
↪ Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90



6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Ringkas, mudah digunakan dan efektif!
Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.
↪ Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90

Jangan lupa dapatkan semua produk ini di pasaran Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!